CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah Menangis Jumpa Pak Cik Gelandangan Viral

30-7-2021 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6185| Komen: 28

Description: Pelakon Puteri Sarah tidak dapat menahan sebak sebaik saja berjumpa dengan lelaki warga emas yang menjadi mangsa sikap biadap seorang ahli perniagaan di sebuah pusat transit gelandangan di sini, seper ...
Pelakon Puteri Sarah tidak dapat menahan sebak sebaik saja berjumpa dengan lelaki warga emas yang menjadi mangsa sikap biadap seorang ahli perniagaan di sebuah pusat transit gelandangan di sini, seperti yang tular, semalam.


Puteri Sarah, 36, yang bertemu dengan lelaki berusia 64 tahun itu di pusat transit gelandangan itu, hari ini berkata, lelaki itu mengakui malu dengan apa yang berlaku.

Foto: IG

"Alhamdulillah, syukur saya berkesempatan jumpa pakcik ini. Pakcik ni memang sedih dan malu sangat dengan apa yang berlaku. Sempat dia meluahkan perasaan. Pakcik tu sudah 64 tahun. Bayangkan kalau ibu bapa kita kena 'sound' macam itu?

"Saya cakap, ramai yang sayang pakcik dan hargai pakcik serta mendoakan pakcik. Rakyat Malaysia memang marah dengan tindakan lelaki itu kerana tindakannya sangat biadap," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Puteri Sarah, kekayaan dan pangkat yang ada pada diri seseorang bukan jaminan untuk berkelakuan biadab dengan orang lain.



"Walau sekaya mana kita, sehebat mana kita janganlah kita kurang ajar dengan orang tua. Ingat kita bukannya selalu di atas nanti kita akan di bawah juga," katanya.

Rakaman video yang tular itu menunjukkan lelaki itu sedang mempersoalkan warga emas berkenaan adakah dia menyesal kerana tidak berusaha dan malas sewaktu muda sehingga menjadi gelandangan.



Difahamkan, individu terbabit bersama beberapa rakan ke pusat transit gelandangan itu untuk menyampaikan bantuan sebelum mengambil kesempatan menyampaikan ceramah motivasi kepada gelandangan.


Sementara itu, lelaki terbabit sudah menyatakan permohonan maaf secara terbuka melalui Instagram, hari ini.

Katanya, dia tidak berniat menghina sesiapa dan hanya mahu membantu golongan itu mengubah kehidupan selain tidak terfikir ada elemen kurang baik daripada rakaman video berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnyEnglish 30-7-2021 11:04 AM
#dewisayu
#Allahsayangpakcik
Quote nakkomenjugak 30-7-2021 11:04 AM
harap dia mintak maap la kat pokcik tu.
God sent pokcik to humble you down.
Quote fazila17 30-7-2021 11:07 AM
Amende bawak beg dior pi pusat transit gelandangan
Quote AbukRokok 30-7-2021 11:27 AM
berpusu pusu lebah2 mencari debunga
Quote shoyuna 30-7-2021 11:31 AM
Alhamdulillah murah rezeki pakcik lepas ni ye
Quote cruz2 30-7-2021 11:31 AM
Puteri sarah dah boleh saing2 dgn mila jirin dah bab2 isu terkini
Quote ezacbee 30-7-2021 11:42 AM
cruz2 replied at 30-7-2021 11:31 AM
Puteri sarah dah boleh saing2 dgn mila jirin dah bab2 isu terkini

Retis pun nak mencapup gak.
Quote stania83 30-7-2021 11:44 AM
oklah tuu..berani dia keluar disaat kes macam ni dgn ada anak kecik..bagus puteri sarah..dia bawak lady dior tu maafkan beliau ..beliau takde beg charles n keith
Quote tapirbiru 30-7-2021 11:47 AM
ramai pulak yg menyemak tumpang publisiti..kalau kesian..tlg diam2 sudehhhh
Quote makadek 30-7-2021 11:51 AM
Alarh nk up nama memasing
Rimas pakcik tu
Quote Diamje 30-7-2021 11:52 AM
Aku hurmmm kan aje....
Quote Kurex 30-7-2021 11:53 AM
Menguapppp
Quote katakauu 30-7-2021 11:55 AM
tgk x pict dia pi vaksin. mcm pakai hodie. nampak leher die. tp xkan die xpakai inner pulak kan...
Quote slyfynx 30-7-2021 11:55 AM
ok, thread kesepuluh dah pasal carl and the pakcik and respond retis berkenaan ini.
Tp udah admin suke thread byk2 kan.
Bukak je la.
Quote f@rE-h@n 30-7-2021 12:00 PM
sorang lagi retis menumpang isu viral.
pantang masing2 amik peluang ye.
Quote margo20 30-7-2021 12:03 PM
pakcik gelandangan lain yg tak viral ade jumpa tak?
Quote TomyamPuteh 30-7-2021 02:22 PM
Berdoyon doyon retis turut mencapub dgn harapan netizen menyedari kewujudan mereka di persada seni antarabangsa.
Quote chocobozhere 30-7-2021 02:32 PM
Dorg ni tayah lah asik jumpa pakcik ni. Nak femes jugak ke camne. Bagi je bantuan Diam2. Rakyat msia memang dah setuju tak patut dia kene macam tu. Susah2 lah nak buat pakcik tu ulang2 perasaan dia. Biar pakcik tu bertenang tak boleh ke. Takan nak bagi pakcik tu hari hari nagis.
Quote kiah_mai_pulak 30-7-2021 02:44 PM
aikkk mudahnya deyollsss ni g jumpa org???

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.073623 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top