CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Isteri Sendiri Yang Sebelum Itu Pernah Menjadi Mangsa Rogolnya

30-7-2021 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4603| Komen: 36

Description: Polis Delhi menahan seorang lelaki kerana disyaki membunuh isterinya yang sebelum itu pernah menjadi mangsa rogolnya.
Polis Delhi menahan seorang lelaki kerana disyaki membunuh isterinya yang sebelum itu pernah menjadi mangsa rogolnya.

India Today melaporkan suspek lelaki dikenal pasti sebagai Rajesh pernah ditahan di penjara kerana disyaki merogol wanita berkenaan.


Hindustan Times melaporkan lelaki berkenaan kemudiannya berkahwin dengan isterinya iaitu wanita didakwa diperkosanya itu, Disember lalu selepas dia dibebaskan dari penjara.

Menurut rekod, isteri Rajesh itu pernah melaporkan dirinya diperkosa pada Jun tahun lalu selepas lelaki berkenaan berjanji untuk mengahwininya.


Gambar Hiasan

Berdasarkan laporan diterima daripada wanita itu, polis membuka kertas siasatan sebelum menahan Rajesh pada Ogos tahun lalu.


Bagaimanapun, Rajesh dibebaskan dari penjara Tihar pada Oktober selepas mangsa menarik semula laporan dibuat kerana mahu mengahwini dengan lelaki itu.

NDTV melaporkan kedua-duanya disatukan pada Disember lalu.

Keluarga wanita itu bagaimanapun mendakwa Rajesh sering mengasari dan bertengkar dengan isterinya.

Ia menyebabkan wanita itu nekad kembali ke pangkuan keluarga, tetapi Rajesh memujuk untuk kembali tinggal dengannya.

Rajesh kemudian mengambil isterinya itu di sebuah kampung di Udham Singh Nagar di Uttarakhand, pada 11 Jun lalu lalu tanpa pengetahuan keluarga.

Sejak itu, wanita itu gagal dihubungi dan ia mendorong keluarganya membuat laporan atas kehilangan anak mereka pada 15 Jun lalu.

Berdasarkan telefon bimbit wanita itu, lokasi terakhir menunjukkan dia berada berhampiran sebuah kuil di Nainital pada 12 Jun iaitu sama dengan tempat Rajesh berada.

Rajesh pada mulanya menafikan dirinya terbabit dalam pembunuhan itu tetapi akhirnya mengaku dan mengatakan gangguan daripada mangsa serta ibu mentua mendorongnya berbuat demikian.

"Suspek bertemu dengan isterinya di tempat dijanjikan yang terletak kira-kira 13 kilometer (km) dari Nainital.

"Selepas melakukan hubungan intim, suspek membunuh mangsa.

"Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan Seksyen 201 kanun sama kerana cubaan menghapuskan bukti," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 30-7-2021 11:13 AM
Dasar lelaki keling..dah lepas nafsu ko pergi bunuh plak. Memang tiada nilai langsung perempuan India eh. Nasib la India Malaysia nasib lebih baik. Takda sapa nak rogol.
Quote Kurex 30-7-2021 11:18 AM
Baca tajuk dah agak dari negara mana... jgn kritik yach, nanti kena tolak -294.. kena komen murni2 je.... Kohkohkoh
Quote Skuau 30-7-2021 11:32 AM
naina replied at 30-7-2021 11:13 AM
Dasar lelaki keling..dah lepas nafsu ko pergi bunuh plak. Memang tiada nilai langsung perempuan Indi ...

itu pon ada gk yg tak reti bersyukur kt Msia ni.
Quote margo20 30-7-2021 11:45 AM
hmm apo la nak jadi
Quote nakkomenjugak 30-7-2021 11:50 AM
Yindia Darul Bahaya untuk Wanita
Lembu lagi diangkat martabat nya dari pompuan kat sana
Quote rikiruj 30-7-2021 11:56 AM
Kawin dengan perogol???... orang paling trauma bila berdepan, sekarang kena berdepan tiap2 hari & kena rogol lagi.  Mana punya orang la boleh bagi & terima idea ni.
Quote I.K.A888990 30-7-2021 12:35 PM
Ya Allah seksa hidup perempuan ni
setan punya lelaki
Quote Doflaminggow 30-7-2021 12:42 PM
Jenis Pundek ni. dah lepas sedap ko p bunuh lak. apa punya jenis org la
Quote 266799eMkaY 30-7-2021 01:06 PM
Kesian mangsa... Terseksa sampai habis nyawa.
Quote any42 30-7-2021 01:11 PM
dah bunuh mcm2 la alasan gangguan dr mentua kononnya. Time rogol ank org ape pula alasan
Quote wasabi29 30-7-2021 01:26 PM
Puak K mmg berfikiran camnin. Akal kat lutut .
Quote Ayda89 30-7-2021 01:28 PM
Sempat ye ko menyedap buat bekal lepastu bunuh pulak
Quote RaraLavenda 30-7-2021 02:08 PM
Kesian mgsa. Tak pasal2 kene bunuh. Bukan nak victim blaming tapi yg hang pergi tarik report tu dah kenapa? Kahwin pulak dgn perogol. Dulu aman2 hidup lepas perogol tu kene tangkap tapi skang dah jadi mcm ni.
Quote RaraLavenda 30-7-2021 02:11 PM
Aku mmg anti klu ade yg cdg nak perogol kahwin dgn mgsa x kira yg bagi cdgn tu dari keluarga mgsa/ pmgsa atau mgsa sendiri. X cukup trauma kene rogol ni kene tambah trauma hidup dgn perogol pulak.
Quote RaraLavenda 30-7-2021 02:13 PM
any42 replied at 30-7-2021 01:11 PM
dah bunuh mcm2 la alasan gangguan dr mentua kononnya. Time rogol ank org ape pula alasan

Time merogol disalahkn pulak syaitan menghasut utk merogol. Padahal sendiri punya nafsu x reti nak kawal.
Quote RaraLavenda 30-7-2021 02:14 PM
rikiruj replied at 30-7-2021 11:56 AM
Kawin dengan perogol???... orang paling trauma bila berdepan, sekarang kena berdepan tiap2 hari & ke ...

Hahaha...kannnn...x bley nak brain dgn golongan mcm ni.
Quote imanjannah 30-7-2021 02:19 PM
apa la nak jadi..
Quote Artemesiaa 30-7-2021 02:23 PM
Sebab tu orang macam ni tak seharusnya diberi peluang kedua
Quote yebit157 30-7-2021 02:28 PM
sia sia je tarik report then kahwin. patut biar dia mereput dalam penjara

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.058512 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top