CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minta Tolong Bomba Angkat Mayat Isteri Obes

22-7-2021 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2937| Komen: 17

Description: Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan bomba untuk mengangkat mayat isterinya seberat 230 kilogram yang meninggal dunia di ruang tamu rumah mereka di Taman Desa Damai Cheng, di sini, hari ini.
Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan bomba untuk mengangkat mayat isterinya seberat 230 kilogram yang meninggal dunia di ruang tamu rumah mereka di Taman Desa Damai Cheng, di sini, hari ini.

Difahamkan, wanita berusia 33 tahun itu meninggal dunia ketika sedang duduk di sofa awal pagi tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka, Zulkhairani Ramli berkata, panggilan kecemasan diterima daripada pihak polis pada pukul 7.09 pagi.



Katanya, sepasukan 10 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Khairuddin Atan telah dikejarkan ke lokasi bersama-sama dua buah jentera.

“Pasukan bomba tiba di kediaman tersebut pada pukul 7.19 pagi dan mendapati mayat wanita obes seberat 230 kilogram itu berada dalam keadaan terlentang di atas lantai.

“Seramai enam orang anggota termasuk pegawai bomba bersama-sama membantu mengangkat mayat mangsa untuk dipindahkan ke atas lori angkut bomba,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Jelasnya, operasi tersebut selesai pada pukul 8.25 pagi dan mayat telah dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, keluarga mangsa memaklumkan wanita tersebut mempunyai sejarah penyakit asma.

“Namun siasatan lanjut akan dilakukan oleh pihak polis dan Jabatan Forensik Hospital Melaka,” katanya.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 22-7-2021 03:10 PM
Senang nya mati..

Takziah utk family
Quote haruslah 22-7-2021 03:15 PM
Takziah
kesiannya
Quote None68 22-7-2021 03:26 PM
Takziah untuk keluarga berkenaan
Quote noor2 22-7-2021 03:32 PM
Umur baru 30an dah gemok 230kg ....gemok menyebabkan kematian juga....

Takziah....
Quote ellejo 22-7-2021 03:44 PM
asma mmg mampu membunuh ya.
Quote Nnasda53 22-7-2021 04:04 PM
Takziah, muda lagi berat 230kg.
Quote nakkomenjugak 22-7-2021 04:12 PM
Takziah.
Jaga badan semua ya. Jaga diri
Quote syamzana 22-7-2021 04:27 PM
takziah kpd keluarga simati
yg lelaki duduk tu pun gemuk juga.
Quote white_musk 22-7-2021 04:29 PM
Mana yang kata gemuk is awesome?
Quote nononcrux 22-7-2021 04:32 PM
sesak napas kemungkinan..
Quote MsKathryn 22-7-2021 05:40 PM
Takziah.... muda lg
Quote dua_chzy 22-7-2021 05:43 PM
white_musk replied at 22-7-2021 04:29 PM
Mana yang kata gemuk is awesome?

Dah mati kak Musk.
Quote loQlaQ 22-7-2021 06:11 PM
kalu dak khilaf...
230KG = 500 pounds = 1/4 tan
Quote Artemesiaa 22-7-2021 06:12 PM
Terima kasih buat abam bomba yang membantu dan takziah buat keluarga mangsa
Quote HappyGumbira 22-7-2021 08:43 PM
takziah dan pengajaran untuk kita supaya jaga kesihatan
Quote lurve82 22-7-2021 08:45 PM
Takziah..jaga kesihatan semua…
Quote RaraLavenda 28-7-2021 04:42 PM
Takziah. Ini peringatan untuk kita semua agar jaga kesihatan.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.116950 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top