CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banduan Tuntut 20 Piza, Jadikan Pengawal Penjara Tebusan

22-7-2021 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1661| Komen: 4

Description: Dua pengawal dijadikan tebusan selama sembilan jam semalam oleh dua banduan yang antaranya menuntut piza, menurut jurucakap penjara Sweden.
Dua pengawal dijadikan tebusan selama sembilan jam semalam oleh dua banduan yang antaranya menuntut piza, menurut jurucakap penjara Sweden.

Stina Lyles berkata, kedua-dua tebusan dilepaskan dengan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan selepas tuntutan banduan diberikan piza ditunaikan, lapor AFP.



Gambar hiasan

Pegawai penjara, Torkell Omnell, berkata banduan yang dihukum kerana membunuh di penjara keselamatan tinggi Hallby berhampiran bandar Eskilstuna, memasuki kawasan dikhaskan untuk pengawal pada jam 12.30 tengah malam.

Katanya, mereka menahan dua pengawal yang berada di situ.

"Kami dengan cepat membawa orang tengah dan menghubungi polis, katanya.

Menurut laporan media Sweden, penculik mengemukakan dua tuntutan iaitu helikopter untuk melarikan diri dan 20 piza untuk tahanan lain.

Menurut polis, kedua tahanan itu dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. 



Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnyEnglish 22-7-2021 03:27 PM
halikopter dpt ka tak dpt?
Quote nakkomenjugak 22-7-2021 04:20 PM
kempunan pizza.
lain kali jangan buat naya.
Quote nononcrux 22-7-2021 05:54 PM
pizza pon tak dpt.. kesian
Quote Artemesiaa 22-7-2021 05:59 PM
Tak berbaloi usaha sekadar nak pizza

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.039673 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top