CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dikompaun RM26,000 Sambut Hari Jadi Ahli Kongsi Gelap

22-7-2021 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2047| Komen: 2

Description: Keseronokan 13 lelaki termasuk beberapa individu dipercayai ahli kongsi gelap menyambut hari jadi secara rahsia di sebuah kedai perabot di Taman Merdeka Jaya, Melaka akhirnya terbongkar apabila kesemu ...
Keseronokan 13 lelaki termasuk beberapa individu dipercayai ahli kongsi gelap menyambut hari jadi secara rahsia di sebuah kedai perabot di Taman Merdeka Jaya, Melaka akhirnya terbongkar apabila kesemua mereka ditahan dan dikompaun sebanyak RM26,000, hari ini.


Kesemua suspek berusia 20 hingga 50 tahun itu ditahan dalam beberapa siri tangkapan di sekitar negeri ini sejak petang semalam sehingga awal pagi tadi.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, acara tersebut telah dilakukan pada Isnin lalu, namun terbongkar selepas pihak polis menerima laporan mengenainya menerusi satu klip video berdurasi 3 minit 54 saat, semalam.

Katanya, susulan itu sepasukan pegawai serta anggota daripada Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka telah membuat beberapa siri tangkapan di bawah Ops Cantas.


“Menerusi klip video tersebut, polis berjaya mengesan kesemua 13 individu yang terlibat dan membuat tangkapan di sekitar negeri ini bermula petang semalam sehingga awal pagi tadi.

“Tindakan kompaun keseluruhan sebanyak RM26,000 telah dikenakan terhadap suspek mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 


Sumber: K! ONLINE
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 22-7-2021 07:23 PM
cerdik pandai ambk video bagai kena la
Quote misuke 22-7-2021 11:10 PM
Ok la tu...sambut dgn bff....at least xde la usung betina mcm set2 diskotik tingkat 2 kajang ittewww

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.050108 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top