CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1146|Reply: 2

Dikompaun RM26,000 Sambut Hari Jadi Ahli Kongsi Gelap

[Copy link]
Post time 22-7-2021 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Keseronokan 13 lelaki termasuk beberapa individu dipercayai ahli kongsi gelap menyambut hari jadi secara rahsia di sebuah kedai perabot di Taman Merdeka Jaya, Melaka akhirnya terbongkar apabila kesemua mereka ditahan dan dikompaun sebanyak RM26,000, hari ini.


Kesemua suspek berusia 20 hingga 50 tahun itu ditahan dalam beberapa siri tangkapan di sekitar negeri ini sejak petang semalam sehingga awal pagi tadi.








Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, acara tersebut telah dilakukan pada Isnin lalu, namun terbongkar selepas pihak polis menerima laporan mengenainya menerusi satu klip video berdurasi 3 minit 54 saat, semalam.


Katanya, susulan itu sepasukan pegawai serta anggota daripada Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka telah membuat beberapa siri tangkapan di bawah Ops Cantas.


“Menerusi klip video tersebut, polis berjaya mengesan kesemua 13 individu yang terlibat dan membuat tangkapan di sekitar negeri ini bermula petang semalam sehingga awal pagi tadi.


“Tindakan kompaun keseluruhan sebanyak RM26,000 telah dikenakan terhadap suspek mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.




Sumber: K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2021 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
cerdik pandai ambk video bagai kena la
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu...sambut dgn bff....at least xde la usung betina mcm set2 diskotik tingkat 2 kajang ittewww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.080184 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list