CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hospital Sungai Buloh Tak Caj Urus Jenazah Pesakit Covid-19 Sehingga RM9,000

22-7-2021 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2176| Komen: 13

Description: Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh menafikan terlibat dalam mengenakan caj kepada waris jenazah pesakit Covid-19 sehingga mencecah RM9,000.
Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh menafikan terlibat dalam mengenakan caj kepada waris jenazah pesakit Covid-19 sehingga mencecah RM9,000.


Foto: FB


Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur berkata, pihaknya hanya terlibat dalam mengendalikan urusan pengambilan jenazah dari wad sehingga ke tempat penyimpanan dan pengurusan jenazah Covid-19 dan bukan Covid-19 sahaja.

"Semua waris perlu berurusan dengan syarikat yang dipilih oleh waris bagi pengurusan pengebumian pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19," katanya dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebook Hospital Sungai Buloh Selangor di sini pada malam Rabu.

Sebelum ini, tular satu visual suara dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa Hospital Sungai Buloh mengenai caj pengurusan jenazah pesakit Covid-19 yang mencecah sehingga RM9,000.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 22-7-2021 03:07 PM
Ada sindiket kan...
Yang kat hospital.serdang tu ada.masuk.dalam ni kan..
Kena.siap.mandikan kononnya baru bolrh bawak balik..n bukan free yach..
Ada caj tersembunyi yang melampau gitchu
Quote misuke 22-7-2021 03:57 PM
Untunggg....
Quote dua_chzy 22-7-2021 04:01 PM
shernazz replied at 22-7-2021 03:07 PM
Ada sindiket kan...
Yang kat hospital.serdang tu ada.masuk.dalam ni kan..
Kena.siap.mandikan konon ...

Kerja orang dalam hospital sendiri kan? Sah2.
Quote nakkomenjugak 22-7-2021 04:19 PM
kalau ada benda2 tersembunyi, aku tak terkejut la....
mana orang nak buat benda free.
Quote white_musk 22-7-2021 04:21 PM
Adakah itu kesan vaksin pada sikap yang teruk sekali??
Quote n3ar 22-7-2021 04:25 PM
rahsia yg diketahui kat hospital, dikatakan orang2 di hospital dapat komisyen tambah2 kalau pengurusan jenazah bukan muslim..

sama konsep macam polis2 di balai yg dapat komisyen dari bengkel kenderaan kalau ada kemalangan
Quote noor2 22-7-2021 04:37 PM
Ya tuhannn..jgnla menangguk di air yg keruh

Simpati la sikitttt
Quote xy_daen 22-7-2021 04:53 PM
Open secret... Darjah korupsi di negara terchenta ini memang lah tinggi. Leading by example gitu... Dah Mantan PM pun korup billion2...
Quote Artemesiaa 22-7-2021 06:42 PM
Tak ada angin masakan pokok bergoyang
Quote chipsmoremore 22-7-2021 07:14 PM
n3ar replied at 22-7-2021 04:25 PM
rahsia yg diketahui kat hospital, dikatakan orang2 di hospital dapat komisyen tambah2 kalau pengurus ...

Setahu sis x charge pun utk pengurusan jenazah covid ni, esspecially yg muslim, cuma bangsa lain tu maybe ada charge dr pihak ke 3 yg bkn dari hospital.
Sis igt kwn chinese bgtau diorg nak mati pun susah perlu standby 20k utk reserve tmpt dan urusan berkaitan choiii, ingat hidup je susah mati pun susah

Quote da_lynn 22-7-2021 09:30 PM
My experience, arwah Ayah I meninggal di Sg.Buloh sebab covid, masa kat jabatan forensik, akan dimaklumkan either ada bayaran atau tak.
Dan hospital akan tanya urusan van jenazah nak urus sendiri atau guna hospital punya. Kalau guna hospital kena bayar pada hospital (bayaran based on mileage dr hospital ke kubur).

Untuk pengurusan jenazah, akan ada ustaz yg di outsourced yg uruskan. Dan bayaran khidmat ustaz & team dia between rm500-600.
Quote pu3_rania 22-7-2021 09:40 PM
da_lynn replied at 22-7-2021 09:30 PM
My experience, arwah Ayah I meninggal di Sg.Buloh sebab covid, masa kat jabatan forensik, akan dimak ...

Takziah buat awak dan keluarga
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada dan solihin
Aamiin Allahumma Aamiin
Quote da_lynn 22-7-2021 10:48 PM
pu3_rania replied at 22-7-2021 09:40 PM
Takziah buat awak dan keluarga
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama par ...

Terima kasih sis.
Aamiin Allahumma Aamiin

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.052325 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top