CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Mana Sumbangan RM20 Juta Rakyat Malaysia?" – Ebit Lew Soal Nadir

22-7-2021 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 124837| Komen: 1066

Description: Pendakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di Pale ...
Pendakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di Palestin.


Ebit Lew dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di Instagramnya tadi berkata, dia tidak membawa duit sesiapa daripada kutipan tabung kerana pihak tidak pernah membuka sebarang tabung Gaza.


“Saya pergi sana dengan duit saya sendiri dan tidak pernah buka satu tabung pun untuk ke Gaza, Palestin. Saya pergi dengan duit saya bersama sahabat yang sangat rapat dengan saya dan juga ada beberapa rakan di Facebook yang menyumbang.

“Ramai maki saya dakwa saya bawa duit Malaysia ke sana, dalam Live Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini dia pernah sebut beliau mengumpul duit sumbangan yang berjumlah RM20 juta, jadi soalan itu sebenarnya berbalik kepada beliau di mana duit itu?


“Saya yakin dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana, tetapi saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM20 juta, ada resit ada bukti?,” katanya.

Ebit juga menjawab persoalan yang dibangkitkan Muhammad Nadir Al-Nuri mengapa pihaknya membeli barang keperluan di Cairo, Mesir, di mana katanya persoalan itu sepatutnya tidak dibangkitkan kerana satu-satunya NGO dibenarkan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.

“Sebenarnya soalan ini tidak patut wujud, kerana satu-satunya NGO yang dibenarkan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.

“Hal-hal bantuan memang melalui persatuan Bulan Sabit Merah Mesir. Saya beli barang perubatan empat lori di Mesir, semua sudah masuk. Di Gaza juga saya ada beli barang sumbangan. Saya guna juga duit saya beli barangan di Mesir,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • husie91

  • cactuskapi

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 22-7-2021 03:12 PM
Kenapa sedara Ebit yang terkenal baik dan zuhud tak berhenti bercakap semasa azan zohor? Hati sedang dup dap dup dap marah Nadir sampai lupa hormat azan ka gimana? Lim guanjing kepir zimmi pun tau hormat azan berenti bercakap masa azan taw?
Quote noor2 22-7-2021 03:19 PM
Lerrrr nadir pun 2×5....euwww
Quote None68 22-7-2021 03:28 PM
Wake up call for all NGO
Quote MontanaHannah 22-7-2021 03:29 PM
akhir zaman

pilihlah jantan yg berupa rockstar lebih afdhol daripada jantan lebai di kepala
Quote doubleharmonic 22-7-2021 03:29 PM
so bakalan berbalas2 buat repot polis nanti? so? adakah ni semua salah syuk bak kata dudasab kambus?

Quote makadek 22-7-2021 03:30 PM
Tunggu turn nadir lak
Tp dewa ada cakap tak
Saya redha kalau saya di audit
Kalau ada baru gentle
Quote Normabaru 22-7-2021 03:32 PM
Edited by Normabaru at 22-7-2021 03:45 PM

sorry la kaka masih team nadir..

ebit ni sexplain xde langsung bukti.. audit apetah lagi.. setakat sembang pastu nangess... Bukti xgak tnjuk

hmm.. siap ckp nothing wrong going gaza during pandemic.. Nothing wrong with visit ayah dia masa quarantine wajib????

dah setahun dok tgk news hari2 xpenah tahu lak NGO blh jadi 'terdesak'smpi kena g oversea masa covid.. org nk kawin pon smpi kena postpone. fmly xjumpa sume.. ebit rilek jln2 dgn team ramai2 kt mesir.. hanat!  

https://www.kosmo.com.my/2021/07/21/dikompaun-rm2000-ziarah-kubur/

if this common people yang buat terus compound 2k.. Siap kena kecam.. tp sebab ebit semua ok?

#sopkayangan
#doublestandard
Quote white_musk 22-7-2021 03:32 PM
dua_chzy replied at 22-7-2021 03:12 PM
Kenapa sedara Ebit yang terkenal baik dan zuhud tak berhenti bercakap semasa azan zohor? Hati sedang ...

Bila dia bercakap semasa azan tu dik chazy?
Quote sarah82 22-7-2021 03:33 PM
Aku rasa nadir ada jawab ttg sumbang 15 juta

FITNAH 2. WAJIBKAH BANTUAN MELALUI SAYA?

Sememangnya sejak 2013 tidak ada satu NGO Malaysia pun yang masuk melainkan saya berjumpa dan beramah mesra dengan mereka sama ada kepimpinan Yayasan Amal, MyCare, MAPIM, Viva Palestin, Global Peace Mission, Muslim Care atau mana-mana NGO pun. Tiada yang saya minta disampaikan bantuan melalui saya, tidak ada yang diminta datang 'mencemar duli' malah saya yang akan ke tempat penginapan mereka dan beramah mesra kerana seronok dapat berjumpa.

Kenapa saya nak mengharapkan sumbangan melalui pihak saya sedangkan tim saya sendiri sudah tidak menang tangan pun menguruskan bantuan sekitar RM15 juta untuk peringkat pertama pasca-perang yang diamanahkan kepada kami untuk Palestin? Dan untuk makluman kalian, untuk bantuan am kami hanya menggunakan kurang 10% sumbangan untuk pengurusan tetapi untuk bantuan kecemasan termasuk RM15 juta yang awal ini, kami mengambil 0% untuk pengurusan dan hanya meminta penyumbang menanggung kos transaksi wang ke sini!

Jujur saya katakan, saya mengharapkan yang terbaik dapat dilakukan untuk tim EL dengan saya bersedia berkorban masa dan tenaga untuk membantu dan sama-sama berkhidmat, tetapi ianya tidak seperti dijangkakan perkara kecil yang disalah ertikan telah mematahkan niat baik ini.

Harap jangan MALAS membaca.
Quote krustykrab 22-7-2021 03:33 PM
Byk duit ustaz & kawan2 ye, alhamdullilah
Quote doubleharmonic 22-7-2021 03:34 PM
Quote bakingsoda 22-7-2021 03:35 PM
noor2 replied at 22-7-2021 03:19 PM
Lerrrr nadir pun 2×5....euwww

awal sangat ni kaka. nadir kata dia audit ye cinta gaza tu, tunggu jawapan balas nadir dulu. tapi debot ni takde pulak jawab isu audit ngo dia? duit saya duit saya, duit pentaksub gi mana selama ni kalau yg dia bantu semua duit dia?
Quote Normabaru 22-7-2021 03:35 PM
makadek: Tunggu turn nadir lakTp dewa ada cakap takSaya redha kalau saya di auditKalau ada baru gentle


Tak dok. langsunggggsebab itukan duit saya.. Hahahaha
Quote Perk77 22-7-2021 03:39 PM
Celaka manusia yg mempergunakan manusia lain utk kepentingan peribadi ...Dan celaka la manusia yg mengetahui kebenaran tapi menyembunyikan aib yg dh tercemar kerana tembolok masing2...

Begini la esok dajjal dtg ..membawa seribu bantuan Dan kemesraan depan manusia ..Dan manusia menyembah2 Dan memuji2 kebaikan  demi kebaikan yg tertera depan Mata Dan menangis meraung bila Kata dajjal ni la dajjal Dan bila Kala di Minta mengakui keesaannya baru la nk sedar diri......

Ni lah bayangan Allah BG kat Kita sekrang ni...
Quote noor2 22-7-2021 03:40 PM
bakingsoda replied at 22-7-2021 03:35 PM
awal sangat ni kaka. nadir kata dia audit ye cinta gaza tu, tunggu jawapan balas nadir dulu. tapi  ...

Kaka komen ikut tajuk je....banyak.lagi masalah rraliti nk pikir dari duk mengadap masalah nadir dan ebit liew ni sampai sakit hati sakit jiwa gaduh sesama sendiri dgn orang yg tiada kena mengena dgn kita...


Sapa juga yg betul  yg salah lantaklah...lagi pun kaka x pernah memderma pada ngo mereka ni...
Quote ziara 22-7-2021 03:41 PM
betul ke EL tak bawa duit sesiapa ke sana? Aku tgk ig post Red Crescent  Malaysia 29 June, RCM facilitate access EL ke Gaza.. RCM juga ada buat kutipan sumbangan utk RC Palestine. So EL tak de bawa duit RCM ke?
Quote sharlenetexas 22-7-2021 03:42 PM
Saya saya saya saya saya
Sedih sedih sedih
Nangis nangis nangis

Quote darkness 22-7-2021 03:43 PM
dua_chzy replied at 22-7-2021 03:12 PM
Kenapa sedara Ebit yang terkenal baik dan zuhud tak berhenti bercakap semasa azan zohor? Hati sedang ...

Sorry menyampuk..tadi masa dia cakap pasal nadir pun..sebutan penipu kepada nadir tu pun dah mcm something wrong haha
Quote Thunderclouds 22-7-2021 03:44 PM
Tp cinta gaza anta audit tiap tahun. Dr ctu dh boleh trace duit2 sumbangn p mana hatta duit 40-50j sekalipn. Dr ctu pn boleh tau brapa byk organisasi dia pakai utk kos pengurusan. Dlm tele kan tn nadir dh cita. Knp i brasa dia ni dh mcm bdendam sbb nadir ni brani bbunyi??

Lihat semua komen(1066)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.187170 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top