CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepit Zakar Pada Mangga Kunci, Nak Buka Kunci Pula Hilang

19-7-2021 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2955| Komen: 19

Description: BANGKOK – Seorang lelaki bujang menderita kecacatan zakar kekal selepas organ tersebut tersangkut pada mangga kunci selama dua minggu, lapor akhbar Daily Mail semalam.
BANGKOK – Seorang lelaki bujang menderita kecacatan zakar kekal selepas organ tersebut tersangkut pada mangga kunci selama dua minggu, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Lelaki berusia 38 tahun itu mengepit kemaluannya pada satu mangga besi, namun dia tidak sengaja menghilangkan kuncinya, menyebabkan zakarnya mula membengkak.

Dia cuba membuka mangga kecil itu, namun gagal lalu membiarkan sahaja alat itu tersangkut pada kemaluannya selama dua minggu sehingga berlaku jangkitan dan menjadi terlalu sakit. Dia kemudian dikejarkan ke sebuah hospital di Bangkok.

Foto: Viral Press
Ibu lelaki itu memaklumkan kepada petugas perubatan bahawa anaknya suka memasukkan zakarnya ke dalam lubang-lubang kecil.

Tambahnya, anak lelakinya itu tidak mempunyai teman wanita dan berasa bosan kerana terlalu lama berkurung dalam rumah akibat pandemik Covid-19.

“Anak saya seorang yang suka berahsia dan tidak mempunyai teman wanita. Dia telah lama terkurung di dalam rumah kerana bimbang untuk keluar akibat pandemik,” kata wanita itu yang amat malu dengan tindakan anaknya.

Pasukan perubatan mengambil masa 30 minit untuk memotong mangga kunci itu dengan menggunakan pemotong elektrik.

Walaupun sudah berjaya dikeluarkan daripada mangga kunci itu, pasukan perubatan memaklumkan bahawa insiden itu mungkin mengakibatkan kerosakan berkekalan kepada zakar kerana ia telah tersekat terlalu lama. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husie91 19-7-2021 12:51 PM
Laki ni lembam ke? Kenapa umur dah 38 tahun mak duk backup lagi explain his doing.. pastu.. takde kerja cari kerja.. sudahhh
Quote edayildiz 19-7-2021 01:05 PM
i ingt mangga blh kunci pintu jer..pastu mak plak tlg ckp pdhl dh tahap antertu
Quote missycutie 19-7-2021 01:15 PM
depression kot..
Quote sambaldurian 19-7-2021 01:36 PM
terus jd sida2. bosan sgt pun xyah la fetish2.
Quote pasa 19-7-2021 01:40 PM
punca byk tgk blue ni nak bagi kote jadi besor mcm negro.

beli la kok ring kan byk jual nak jugak cara ekstreme.
Quote any42 19-7-2021 01:51 PM
ya ampunnn. Lock kmaluan sbb xde gf ke camne
Quote buapakperut 19-7-2021 01:58 PM
ni namanya purity lock kà
Quote doubleharmonic 19-7-2021 02:08 PM
motip? nak kepit ko tiru bijan jah takyah susah nak pakai mangga bagai

Quote imanmariam 19-7-2021 02:22 PM
Lock sbb nak menjaga kemaluan dari berterbangan ke ni
Quote gideoncross 19-7-2021 02:48 PM
Takziah, dh khilangan slh stu "bnda" yg pling pnting utk seorg llaki.
Quote nakkomenjugak 19-7-2021 02:55 PM
padan muka. salah sendiri. nexttt
Quote Inez2145 19-7-2021 03:41 PM
In related news, the existence of the Loch Ness Monster has been There are real penises like that out there that are lurking in nature.walgreenslistens
Quote Jitu 19-7-2021 04:27 PM
euwww mak dia boleh jawab anak dia mmg suka memasukkan tuttt dlm lubang2 kecil
Quote Punat_button 19-7-2021 07:07 PM
apa pulak suruh pasukan perubatan potong mangga

Quote Babai 19-7-2021 08:49 PM
husie91 replied at 19-7-2021 12:51 PM
Laki ni lembam ke? Kenapa umur dah 38 tahun mak duk backup lagi explain his doing.. pastu.. takde ke ...

Memang lembam agaknya
Quote ChildrenOfBodom 19-7-2021 08:50 PM
what is the capital of Thailand?

BANGCOCK
Quote sukacactus 19-7-2021 11:08 PM
Maknya explains mcm ank tu kecik lg
Sampai aku gi scroll blk ats cek umrnya berapa
Cemana dia tahan ye sampai 2 minggu tu
Quote hashashes 19-7-2021 11:51 PM
Pencil 2b ke size nya tu sampai muat masuk dalam lubang mangga yang kecik tu
Quote Suchi 20-7-2021 12:00 AM
Mcm kesian plak sbb jd kerosakkan kekal. Tapi rosak yg cemana ya? Adakah dah takde rasa nak main lagi?

Kenapa la dibiarkan lama2 sampai 2 minggu kalau masa mula tersekat tu pi hospital mesti tak rosak menda alah tu

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.092882 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top