CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kedai Makan Tutup- Hutang Nico G Semakin Tinggi, Duit Semakin Menyusut

19-7-2021 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7458| Komen: 23

Description: Hutang semakin tinggi manakala wang simpanan kian menyusut.
Hutang semakin tinggi manakala wang simpanan kian menyusut.

Dua perkara itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan penyanyi rap yang juga anggota kumpulan Nico G iaitu Nico mengalami tekanan untuk meneruskan kehidupan ketika pandemik Covid-19.


Cerita Nico atau nama sebenarnya Abdul Fashah Abdul Aziz, 47, premis makanannya di medan selera di Menara PJD, Sentul tidak dapat beroperasi susulan pihak pengurusan hanya membenarkan kehadiran 20 peratus pekerja dalam satu bangunan.


Foto: mStar 

"Sekarang ni saya duduk rumah je, sejak dua bulan lalu kedai terpaksa tutup sebab pelanggan tak ramai.

"Saya diberitahu hanya 20 peratus daripada anggaran 800 pekerja yang bertugas di menara itu, masuk ke pejabat.


"Itu pun jadual kerja mereka dibahagikan kepada dua, maknanya hanya 10 peratus datang ke pejabat pada satu-satu masa," katanya kepada mStar.

Menurut Nico dia mula mengusahakan kedai makan dengan menyediakan pelbagai hidangan makanan Cina Muslim sejak setahun yang lalu bersama isteri, Juwiati Musa, 38.

Tambah Nico lagi, akibat masalah kewangan juga dia terpaksa menghentikan dua pekerja kerana sudah tidak mampu untuk membayar gaji.

Foto: mStar

"Memang tertekan, hutang pun semakin lama semakin bertambah. Saya terpaksa tangguh bayaran sewa kedai sebanyak RM500 sebulan, hutang rumah, kereta dan lain-lain.

"Bukan tak nak bayar hutang tapi wang simpanan makin terhad, jadi saya perlu guna untuk tujuan yang lebih penting," katanya.

Ujar penyanyi Inilah Nasibku bersama dua lagi anggota Nico G iaitu Affa dan Dino ini, karier lakonan yang baru diceburinya sejak dua tahun lalu juga terbantut kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Acara hiburan dah lama tak ada, jadi nak menyanyi pun tak boleh seperti dulu.

"Kemudian saya aktif dalam bidang lakonan, masa PKP 1.0 dulu masih ada lagi tawaran... tapi sekarang nak berlakon pun dah tak boleh.

"Harapnya Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini dapat berakhir segera, jadi saya boleh kembali berniaga dan berlakon.

"Lepas ni kalau ada pihak produksi yang nak ambil saya berlakon, boleh la ambil," katanya.

Foto: mStar

Setakat ini, antara drama lakonan Nico ialah Kl Gangster Underworld 2, Kasih Bertaut dan Pusaka Chalet Ana.

Untuk rekod kali terakhir Nico G menghasilkan album pada 2019 selepas sekian lama menyepi.

Nama asal kumpulan Nico atau Network International Chicanos Organization ditukar kepada Nico G sebagai projek penjenamaan semula kumpulan itu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 19-7-2021 01:28 PM
Niaga tepi jalan dan online la.
Quote kelapaparut 19-7-2021 01:34 PM
ingat dulu lg rap kumpulan nico, terjoget2 i..
Quote Skuau 19-7-2021 01:52 PM
try jer bawa makanan tu ke tepi jalan@buka gerai...demi kelangsungan....
Quote nakkomenjugak 19-7-2021 02:47 PM
moga bertabah
Quote naina 19-7-2021 02:59 PM
I kagum dengan orang yang berani buka gerai makan dan masak. Banyak kerja wooo. Masak sendiri kat rumah 2,3 lauk pon lotihh dan banyak belanja..ni lagi kedai.
Quote salmon-suki 19-7-2021 03:00 PM
Sape ek ni? Lagu 'nasibku' tu y "mengapa kamu,mengapa kamu jadi begitu..inilah nasibku" tu ke?{:smile

Cuba niaga online,pd ai,kalau makanan sedap,niaga online pn org tetap akan cari sbb ai mcm tu..kedai sedap,kalau ai taw ada online,ai order online kalau xleh g kedai dia..in sha Allah..jaga kualiti,berkat rezeki..ehhh.. hehehe~
Quote imanjannah 19-7-2021 03:02 PM
mmg perit.. kesian, moga ada sinar utk kita semua
Quote cikX87 19-7-2021 04:38 PM
nama panjang kumpulan NICO ni da macam nama syarikat
Quote sambaldurian 19-7-2021 04:49 PM
klu ada networking, boleh supply mknn utk staff yg ada wfo. sbb musim2 ni wfo, yg keje ofis ada yg caterer anta.
Quote cm_vungtau 19-7-2021 05:22 PM
Mengapa kamu. Mengapa jadi begitu? Inilah nasibku.
Quote gigahertz 20-7-2021 12:25 AM
LadyCarefree: Niaga tepi jalan dan online la.

boleh guna shopee. kalau kenal dia boleh inform dia
i akan ajar A to Z . mana2 kursus shopee xde ajar ni.
Quote Jolabu 20-7-2021 01:36 PM
Tapi tempat aku musim covid makin ramai niaga tepi jln, MCM2  ada
Quote djzara81 20-7-2021 01:58 PM
Inilah nasibku. Dulu aku ngefan sama kumpulan Nico, opcoz Affa was my fav among the trio. Siap beli kaset & kumpul poster & artikel.
Quote cha-cha 20-7-2021 02:00 PM
Yatuhan network international chicanos organization ku minat alfa je dulu
Quote eira2310 20-7-2021 02:01 PM
Time2 covid, try niaga online, buat delivery,xpn niaga tepi jln..niaga mkn ni senang jual janji sedap..org akan cari
Quote che-cikL 20-7-2021 02:47 PM
Buka kat PJD ke? Mmg la.. situ pejabat JKR je, itupun beberapa cawangan / bahagian yg kecil2 sahaja. Mana ada offices lain, private offices mmg takde. Kalau SOP pejabat Kjaan tutup, mmg tutup, kalau 20% kat office pun berapa kerat je org dlm tu. Tinggi2 pun tak berapa besar pejabatnya, parking je dah 5 tkt kut kalau tak salah.

Bukanlah food court macam dia mention tu, lebih kepada canteen yg ada 5,6 tenants shj. Kalau zaman tak Covid-19 pun mmg sendu situ. Mana ada org awam dtg saja2 kalau takde urusan dlm JKR tu.


Quote silampumeja 20-7-2021 02:55 PM
naina replied at 19-7-2021 06:59 AM
I kagum dengan orang yang berani buka gerai makan dan masak. Banyak kerja wooo. Masak sendiri kat ru ...

Iyee... I pun kagum..
Quote acikhan 20-7-2021 04:00 PM
berniaga makanan mmg letih lbh2 lg kedai...haku niaga online kecilan + pdpr ank2 x boleh fokus ngan letih jd ank2 selalu kena marah...pastu laki suruh stop dulu fokus Kat ank2 je...tp berniaga mmg masyuk
Quote Acikgomen 20-7-2021 05:29 PM
che-cikL replied at 20-7-2021 02:47 PM
Buka kat PJD ke? Mmg la.. situ pejabat JKR je, itupun beberapa cawangan / bahagian yg kecil2 sahaja. ...

Pi la bukak payung depan kilang2 nokkk
Deyols je yg keja tanpa sempadan khennnnz musim2 pkp neh

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.059311 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top