CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bisnes Air Jagung Amir Raja Lawak Bantu Ramai Orang Cari Duit

19-7-2021 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3054| Komen: 8

Description: Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak, 32, gembira dan bangga apabila bisnes Air Jagung Amerreka yang diusahakannya di tepi jalan sejak 2017 lalu kini dapat membantu orang lain mencari pendapatan tamba ...
Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak, 32, gembira dan bangga apabila bisnes Air Jagung Amerreka yang diusahakannya di tepi jalan sejak 2017 lalu kini dapat membantu orang lain mencari pendapatan tambahan.


Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi dihubungi berkata dia juga tidak menjangkakan bahawa perniagaan air jagung itu dapat memberi manfaat kepada orang lain juga.


Foto: IG

"Sekarang pun ada kawan saya yang sebelum ini bekerja sebagai pekerja industri membantu saya berniaga. Alhamdulillah, dapat juga saya kongsi rezeki dan tolong ringankan beban keluarga kawan saya di dalam keadaannya tak boleh 'shooting' ketika ini.

"Walaupun risau juga terdedah dengan persekitaran kerana kes jangkitan Covid-19 yang masih lagi tinggi, tapi saya ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Jika ada pelanggan yang nak bergambar, saya minta jarakkan diri dan bersalaman pun tak boleh," katanya kepada Harian Metro.


Ditanya impian untuk meluaskan perniagaan air jagung itu dengan membuka kafe, Amir yang juga pelakon drama Man Transform berkata keinginan sebegitu tetap ada tersemat di dalam hatinya.


"Saya pun ada hasrat nak buka kafe macam kawan-kawan lain, memang teringin. Tapi, saya kena fikir banyak sudut sebab nak kena beringat untuk bayar sewa kedai dan gaji pekerja.

"Malah, melihatkan situasi pandemik yang masih teruk sekarang ini tak tahulah bila akan reda. Saya risau dengan keadaan yang tidak menentu ketika ini apabila tengok ada peniaga-peniaga kena tutup kedai sebab tak mampu nak tanggung lagi," katanya.

Amir berkata dia bersimpati dengan nasib peniaga yang terpaksa gulung tikar ketika pandemik ini dan berdoa semoga mereka berjaya untuk bangkit kembali. Apapun, Amir berkata dia juga tidak berasa malu mencari rezeki menjual air di tepi jalan.



Ujarnya, dia kini bersyukur bisnesnya itu sudah mempunyai agen dan stokis di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Pahang dan Kedah. Katanya selain air jagung dan keladi, dia juga menambah produk baharu iaitu air epal dan tembikai susu.

Menurut Amir, dia bertuah kerana isteri, Nur Intan Syafinaz dan keluarga menyokong penuh dan selalu bertanya khabar tentang perjalanan bisnesnya itu. Apapun, katanya aktiviti promosi yang selalu dibuat di media sosial juga sangat membantu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 19-7-2021 08:01 AM
threat sendu...

nak tolong orang tak perlu kaya. yang penting ikhlas.

ni mentioned tak kaya, tak glamour dah kenapa?
Quote NekNgah 19-7-2021 08:46 AM
Orang yang pernah susah lebih memahami bila orang lain susah.

Orang kaya, glamour, susah nak ada empathy.  Tak faham masalah orang lain.
Quote bulalof 19-7-2021 10:38 AM
good effort Amir!
Quote CARI-MRO 19-7-2021 10:51 AM
Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak, 32, gembira dan bangga apabila bisnes Air Jagung Amerreka yang diusahakannya di tepi jalan sejak 2017 lalu kini dapat membantu orang lain mencari pendapatan tambahan.


Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi dihubungi berkata dia juga tidak menjangkakan bahawa perniagaan air jagung itu dapat memberi manfaat kepada orang lain juga.




Foto: IG




"Sekarang pun ada kawan saya yang sebelum ini bekerja sebagai pekerja industri membantu saya berniaga. Alhamdulillah, dapat juga saya kongsi rezeki dan tolong ringankan beban keluarga kawan saya di dalam keadaannya tak boleh 'shooting' ketika ini.


"Walaupun risau juga terdedah dengan persekitaran kerana kes jangkitan Covid-19 yang masih lagi tinggi, tapi saya ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Jika ada pelanggan yang nak bergambar, saya minta jarakkan diri dan bersalaman pun tak boleh," katanya kepada Harian Metro.


Ditanya impian untuk meluaskan perniagaan air jagung itu dengan membuka kafe, Amir yang juga pelakon drama Man Transform berkata keinginan sebegitu tetap ada tersemat di dalam hatinya.


[ig]https://www.instagram.com/p/CRI-BLOh5eE/[/ig]



"Saya pun ada hasrat nak buka kafe macam kawan-kawan lain, memang teringin. Tapi, saya kena fikir banyak sudut sebab nak kena beringat untuk bayar sewa kedai dan gaji pekerja.


"Malah, melihatkan situasi pandemik yang masih teruk sekarang ini tak tahulah bila akan reda. Saya risau dengan keadaan yang tidak menentu ketika ini apabila tengok ada peniaga-peniaga kena tutup kedai sebab tak mampu nak tanggung lagi," katanya.


Amir berkata dia bersimpati dengan nasib peniaga yang terpaksa gulung tikar ketika pandemik ini dan berdoa semoga mereka berjaya untuk bangkit kembali. Apapun, Amir berkata dia juga tidak berasa malu mencari rezeki menjual air di tepi jalan.


[ig]https://www.instagram.com/p/CQuyE9dBs2b/[/ig]



[ig]https://www.instagram.com/p/CP91LlkBQia/[/ig]



Ujarnya, dia kini bersyukur bisnesnya itu sudah mempunyai agen dan stokis di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Pahang dan Kedah. Katanya selain air jagung dan keladi, dia juga menambah produk baharu iaitu air epal dan tembikai susu.


Menurut Amir, dia bertuah kerana isteri, Nur Intan Syafinaz dan keluarga menyokong penuh dan selalu bertanya khabar tentang perjalanan bisnesnya itu. Apapun, katanya aktiviti promosi yang selalu dibuat di media sosial juga sangat membantu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote nakkomenjugak 19-7-2021 03:16 PM
good luck dalam bisnes!
Quote lazim 19-7-2021 11:22 PM
Pandai amir sedar diri xsyok sendri, bkn semua bisnes sesuai duk dlm kedai besar, bt hbs modal je.. Ni sllu retis2 gila glamour bt silap bkk kedai renovate puluh2 ribu.. Smpi 6 bln tutup
Quote Mizlyn 19-7-2021 11:23 PM
Tahniah Amir.. Teruskan usaha..
Quote izat123 20-7-2021 02:36 AM
lazim replied at 19-7-2021 11:22 PM
Pandai amir sedar diri xsyok sendri, bkn semua bisnes sesuai duk dlm kedai besar, bt hbs modal je..  ...

Kan. Bukan artis je. Peniaga pun ada macamtu. Padahal ada je makcik meniaga berpuluh tahun nasi berlauk bawak pakai lori lagi asyuk dari peniga peniaga kedai ni. Tak payah bayar sewa kedai dengan bayar ramai pekerja

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.054539 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top