View: 2640|Reply: 8
|
Dah lah tak kaya, tak giler glamor Amir Raja-Lawak lagi bantu orang dengan hasil
[Copy link]
|
|
Amir Raja Lawak dapat bantu orang, hasil jual air jagung
AMIR Raja Lawak
Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak, 32, gembira dan bangga apabila bisnes Air Jagung Amerreka yang diusahakannya di tepi jalan sejak 2017 lalu kini dapat membantu orang lain mencari pendapatan tambahan.
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi dihubungi berkata dia juga tidak menjangkakan bahawa perniagaan air jagung itu dapat memberi manfaat kepada orang lain juga.
"Sekarang pun ada kawan saya yang sebelum ini bekerja sebagai pekerja industri membantu saya berniaga. Alhamdulillah, dapat juga saya kongsi rezeki dan tolong ringankan beban keluarga kawan saya di dalam keadaannya tak boleh 'shooting' ketika ini.
"Walaupun risau juga terdedah dengan persekitaran kerana kes jangkitan Covid-19 yang masih lagi tinggi, tapi saya ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Jika ada pelanggan yang nak bergambar, saya minta jarakkan diri dan bersalaman pun tak boleh," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya impian untuk meluaskan perniagaan air jagung itu dengan membuka kafe, Amir yang juga pelakon drama Man Transform berkata keinginan sebegitu tetap ada tersemat di dalam hatinya
"Saya pun ada hasrat nak buka kafe macam kawan-kawan lain, memang teringin. Tapi, saya kena fikir banyak sudut sebab nak kena beringat untuk bayar sewa kedai dan gaji pekerja.
"Malah, melihatkan situasi pandemik yang masih teruk sekarang ini tak tahulah bila akan reda. Saya risau dengan keadaan yang tidak menentu ketika ini apabila tengok ada peniaga-peniaga kena tutup kedai sebab tak mampu nak tanggung lagi," katanya.
Amir berkata dia bersimpati dengan nasib peniaga yang terpaksa gulung tikar ketika pandemik ini dan berdoa semoga mereka berjaya untuk bangkit kembali. Apapun, Amir berkata dia juga tidak berasa malu mencari rezeki menjual air di tepi jalan.
Ujarnya, dia kini bersyukur bisnesnya itu sudah mempunyai agen dan stokis di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Pahang dan Kedah. Katanya selain air jagung dan keladi, dia juga menambah produk baharu iaitu air epal dan tembikai susu.
Menurut Amir, dia bertuah kerana isteri, Nur Intan Syafinaz dan keluarga menyokong penuh dan selalu bertanya khabar tentang perjalanan bisnesnya itu. Apapun, katanya aktiviti promosi yang selalu dibuat di media sosial juga sangat membantu.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
CAPRICE TU PATUT MALU LA DENGAN AMIR NI.
|
|
|
|
|
|
|
|
threat sendu...
nak tolong orang tak perlu kaya. yang penting ikhlas.
ni mentioned tak kaya, tak glamour dah kenapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang pernah susah lebih memahami bila orang lain susah.
Orang kaya, glamour, susah nak ada empathy. Tak faham masalah orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Bisnes Air Jagung Amir Raja Lawak Bantu Ramai Orang Cari Duit
Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak, 32, gembira dan bangga apabila bisnes Air Jagung Amerreka yang diusahakannya di tepi jalan sejak 2017 lalu kini dapat membantu orang lain mencari pendapatan tambahan.
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi dihubungi berkata dia juga tidak menjangkakan bahawa perniagaan air jagung itu dapat memberi manfaat kepada orang lain juga.
Foto: IG
"Sekarang pun ada kawan saya yang sebelum ini bekerja sebagai pekerja industri membantu saya berniaga. Alhamdulillah, dapat juga saya kongsi rezeki dan tolong ringankan beban keluarga kawan saya di dalam keadaannya tak boleh 'shooting' ketika ini.
"Walaupun risau juga terdedah dengan persekitaran kerana kes jangkitan Covid-19 yang masih lagi tinggi, tapi saya ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Jika ada pelanggan yang nak bergambar, saya minta jarakkan diri dan bersalaman pun tak boleh," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya impian untuk meluaskan perniagaan air jagung itu dengan membuka kafe, Amir yang juga pelakon drama Man Transform berkata keinginan sebegitu tetap ada tersemat di dalam hatinya.
"Saya pun ada hasrat nak buka kafe macam kawan-kawan lain, memang teringin. Tapi, saya kena fikir banyak sudut sebab nak kena beringat untuk bayar sewa kedai dan gaji pekerja.
"Malah, melihatkan situasi pandemik yang masih teruk sekarang ini tak tahulah bila akan reda. Saya risau dengan keadaan yang tidak menentu ketika ini apabila tengok ada peniaga-peniaga kena tutup kedai sebab tak mampu nak tanggung lagi," katanya.
Amir berkata dia bersimpati dengan nasib peniaga yang terpaksa gulung tikar ketika pandemik ini dan berdoa semoga mereka berjaya untuk bangkit kembali. Apapun, Amir berkata dia juga tidak berasa malu mencari rezeki menjual air di tepi jalan.
Ujarnya, dia kini bersyukur bisnesnya itu sudah mempunyai agen dan stokis di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Pahang dan Kedah. Katanya selain air jagung dan keladi, dia juga menambah produk baharu iaitu air epal dan tembikai susu.
Menurut Amir, dia bertuah kerana isteri, Nur Intan Syafinaz dan keluarga menyokong penuh dan selalu bertanya khabar tentang perjalanan bisnesnya itu. Apapun, katanya aktiviti promosi yang selalu dibuat di media sosial juga sangat membantu. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Pandai amir sedar diri xsyok sendri, bkn semua bisnes sesuai duk dlm kedai besar, bt hbs modal je.. Ni sllu retis2 gila glamour bt silap bkk kedai renovate puluh2 ribu.. Smpi 6 bln tutup |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Amir.. Teruskan usaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
lazim replied at 19-7-2021 11:22 PM
Pandai amir sedar diri xsyok sendri, bkn semua bisnes sesuai duk dlm kedai besar, bt hbs modal je.. ...
Kan. Bukan artis je. Peniaga pun ada macamtu. Padahal ada je makcik meniaga berpuluh tahun nasi berlauk bawak pakai lori lagi asyuk dari peniga peniaga kedai ni. Tak payah bayar sewa kedai dengan bayar ramai pekerja |
|
|
|
|
|
|
| |
|