CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jelaskan Misi Sebenar Ke Gaza, Caprice Sedih Disindir Seorang Ustaz

26-6-2021 05:34 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 17330| Komen: 80|Original author: Oleh: LilRose

Description: Sejak terbang ke Gaza bagi melaksanakan misi kemanusiaan, ramai ternanti-nanti perkembangan daripada Caprice.
Sejak terbang ke Gaza bagi melaksanakan misi kemanusiaan, ramai ternanti-nanti perkembangan daripada Caprice.

Namun, kemas kini terbaru di Instagramnya menunjukkan penyanyi itu agak sedih dan terkilan apabila pemakaiannya ditegur seorang 'ustaz'.



Kredit foto: IG

Katanya, biarpun tidak menyatakan secara jelas kepada siapa posting itu ditujukan, namun Caprice terasa ia seolah-olah menyindir dirinya.

Justeru, Caprice memuat naik video memohon maaf sekiranya ada pihak terasa hati dengan penampilannya itu.



"Dia tak sebut nama saya tapi dia macam sindir saya. Seorang yang berambut dan berpakaian seperti saya sampai ke Palestin untuk memberi bantuan," katanya.

Jelas Caprice, ia bukan kali pertama Caprice turun padang buat kerja amal sedemikian sambil menunjukkan video bukti dia pernah mengikuti protes susulan pengisytiharan Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

Dalam nada kecewa, Caprice mempersoalkan tindakan individu terbabit mempertikaikan kunjungannya ke Gaza.

"Saya minta maaf kalau pakaian saya tak sesuai, tak senonoh bagi ustaz," katanya.



Sebelum itu, Caprice juga sempat menjelaskan apa misi sebenarnya ke Gaza dan Mesir selepas dipertikai ramai.

Kredit foto: IG

Di ruangan komen, ramai memberi kata-kata semangat kepada Caprice untuk meneruskan perjuangannya.

Bak kata netizen di ruangan komen, berdakwah memang kena pakai jubah je ke? - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ira_229 26-6-2021 05:45 PM
Rambut dia! tak salah haram kan kalau lelaki rambut mcm tu?
Quote aammyy 26-6-2021 05:52 PM
ira_229 replied at 26-6-2021 05:45 PM
Rambut dia! tak salah haram kan kalau lelaki rambut mcm tu?

Rambut dia macam mana?
Quote Skuau 26-6-2021 06:22 PM
so..apa jer la benda dia dh derma kat rakyat palestin???
Quote makiting 26-6-2021 06:27 PM
Disaat rakyat Malaysia sgt ramai dlm tekanan dlm kesusahan, apasal diaorg ni tak de hati perut eh! P sibuk tolong org luar. Tolong rakyat senegara tak dpt pahala ke? Apa, dia ni mmg penting sangat ke utk negara hantar ke sana? Sakit pulak hati mak ni, dgn kita semua tak blh gerak rentas, ekonomi masing2 tgh sakit.. ni org2 mcm ni blh pulak terlepas.
Quote rosannazmia 26-6-2021 06:28 PM
Xpaham akk apa isunya? Psl rambut? Psl baju? Ade je yg bertato kafir yahudi bkn israeli tlg rakyat palestin ikut misi bantuan kemanusian?? Wartawan kat amerika tu bangsa yahudi teruk dia kena sbb dia nak bongkar kejahatan zionis , siap kena bomb lagi tp selamat lah… tlg explain sikit psl topinasi ni kena perli???
Quote Suchi 26-6-2021 06:39 PM
Ostad mana sindir dia? So dah sampai ke dia kat Gaza nun?

Quote miszclassique 26-6-2021 06:50 PM
Ko ingat ko sedih2 kitorang kat sini kisah??? Kerja nak menyentap je sape suruh gateii pegi sana time2 covid camni
Quote Rara77 26-6-2021 06:52 PM
Cara kau berjalan riak betul
mcm nak pi makan angin
niat tu nak bantu ke lebih publisiti
netijen tololwer mana yg sapot poyo ni
Quote lanse 26-6-2021 06:59 PM
Dia ni asyik sentap ja. Dan ustaz mana yang sindir tu.
Quote slyfynx 26-6-2021 06:59 PM
Sejak terbang ke Gaza bagi melaksanakan misi kemanusiaan, ramai ternanti-nanti perkembangan daripada Caprice.


Sape?
Sape yang ramai tu.
Aku kalau die terkawin ngn pompuan sana and terus stay permanent sana pun xpe.
Alhamdulillah
Quote midori_katana 26-6-2021 07:31 PM
Rara77 replied at 26-6-2021 06:52 PM
Cara kau berjalan riak betul
mcm nak pi makan angin
niat tu nak bantu ke lebih publisiti

Yang ni pun akak perasan.. bila akak tgk video tu terus rasa tak kena dgn cara berjalan dan gaya pakaian yg nampak terlalu elok itu.. kita nak pergi tlg org susah kan.. pakai simple dah…
Quote momopoko 26-6-2021 07:49 PM
Yang terbaik bantu jiran/orang terhampir dulu. To meet new friends/ networking dekat sana kemudian lah cerita.


Pagi tadi nampak announcement serahan bantuan asas (telur, beras, minyak & tuala wanita) sekitar Ampang, Gombak, Shah Alam.


Ramai bertanya macam mana nak dapatkan bantuan ni. Kesian n sedih betul keadaan kat Malaysia sekarang ni.
Quote anony-mous 26-6-2021 07:52 PM
Caprice elok je smpai hospital palestine. How come ebit terkandas di mesir?
Quote makneng 26-6-2021 08:04 PM
Sorang sedih sorang sayu.. Lantaklah kome
Quote cupu 26-6-2021 08:06 PM
Rara77 replied at 26-6-2021 06:52 PM
Cara kau berjalan riak betul
mcm nak pi makan angin
niat tu nak bantu ke lebih publisiti

Hat ni betul...gaya jalan tu dongak langit sungguh. Bab ni ebit menang..tunduk je dia.
Quote Kurex 26-6-2021 08:06 PM
Asyik sentap je pondan ni
Quote sehirkedi 26-6-2021 08:06 PM
Menyampah dengan puak extreme. Semua tak kena. Anggap diri mereka yg suci dan mulia. Tengok orang lain seperti penuh dengan dosa.

Mentaliti Taliban terorrist.
Quote likilu 26-6-2021 08:17 PM
Amboi misi pakcik bawang. Come here uncle comment sikit.

1. Provide help.
- which Palestinians in need of help
- what help do they need
- what do you have to offer
- how do you successfully deliver your resource
- how does that will impact your beneficiaries.

2. Road to Aqsa 2040
Apa misi ini? Personal mission kah? How's that relevant menunggang mangsa perang untuk misi perdibadi ke?

3. Meet and greet my n sg in Egypt.
Eh hello, the whole world is under lockdown. Do you suggest people start visiting other people under the strict lock down order? How is this a humanitarian mission at all?

Uncle bukan nak siram air sejuk kepada semangat jihad membara but kat Malaysia kita dah aware, street feeding waktu Ramadan however popular pun, bukan cara terbaik beramal di bulan Ramadan, lagi bagi banyak impact negative sebenarnya.

Apa yang positive nya dari penerbangan seorang pakcik bawang ni ke Africa sana? (Egypt Africa ke Asia?) Nanti ada lah tu visiting pyramid naik sand dune. Dasar neefloa!
Quote TerataiMelur02 26-6-2021 08:24 PM
makiting replied at 26-6-2021 06:27 PM
Disaat rakyat Malaysia sgt ramai dlm tekanan dlm kesusahan, apasal diaorg ni tak de hati perut eh! P ...

Syahid tu hanya kat gaza je sisthur pemikiran dorang

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.063070 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top