CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Setiap Hari Bulan Madu, Arash Mohd Reda 13 Tahun Masih Belum Dikurniakan Zuriat

26-6-2021 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13094| Komen: 68

Description: Pelakon Arash Mohd reda belum dikurniakan cahaya mata selepas 13 tahun berkahwin dengan isteri tercinta, Noor Afidahwati Mohammad, 41.
Pelakon Arash Mohd reda belum dikurniakan cahaya mata selepas 13 tahun berkahwin dengan isteri tercinta, Noor Afidahwati Mohammad, 41.

Arash, 51, berkata, dia bersama isteri sentiasa berfikiran positif selain menganggap belum ada rezeki untuk menimang zuriat walaupun pelbagai usaha sudah dibuat.




"Saya sudah 13 tahun berkahwin, tapi belum ada rezeki cahaya mata. Tapi alhamdulillah, kami pun sudah berusaha. Masing-masing okay, cuma tiada rezeki lagi.

"Kami macam biasa menjalani kehidupan sama seperti orang lain. Setiap hari adalah bulan madu bagi kami berdua sebab tiada anak. Kami lalui normal saja.

"Kami rapat dengan semua anak saudara dan mereka pun rapat dengan kami. Tak pernah rasa kecil hati apabila ada yang tanya sudah berapa anak, sebaliknya kami selesa berterus terang. Tiada masalah pun.

"Alhamdulillah, saya dan isteri terima apa berlaku dan lalui sekarang. Kami selalu anggap belum ada rezeki. Mungkin ada sebab Allah tak nak bagi lagi. Mungkin juga ada sebab yang kita tak nampak sekarang. Insya-Allah pada masa depan baharu tahu. Saya percaya pada qada dan qadar Allah. Saya dan isteri reda dengan apa yang berlaku. Usaha tetap usaha, cuma hasilnya belum ada rezeki lagi," katanya.



Kredit foto: IG Arash

Arash yang menjadi sohor kini ekoran lakonannya dalam drama Scammer berkata, dia dan isteri juga sering menerima pandangan dan cadangan daripada rakan untuk mengambil anak angkat.

"Kami sudah biasa dengan soalan sebegini. Sebab kami jenis terbuka, jadi okay saja. Tiada apa yang perlu dikesali. Kadang-kadang ada juga yang cakap tak nak ambil anak angkatkah.

"Niat hati memang nak, tapi ada sebab belum masanya ambil anak angkat. Tak tahu sekarang, mungkin esok lusa dan akan datang baharu tahu kenapa," katanya.

Menurut Arash, sepanjang tempoh perkahwinan itu juga, dia dan isteri sudah mendapatkan khidmat nasihat doktor dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

"Usaha kami lebih kepada perubatan moden di mana mendapatkan khidmat nasihat doktor di hospital. Macam sebelum ini iaitu dalam lima ke enam tahun lalu, isteri pernah menjalani pembedahan sebab ada masalah membabitkan kesihatan wanita.

"Selepas itu, doktor pun ada berikan ubat. Semua sudah okay. Cuma belum ada rezeki. Kami tak ada masalah dan tetap gembira," katanya.

Bagaimanapun, kehidupan seharian Arash dan isteri terubat apabila ditemani dengan 11 kucing yang dianggap sebahagian daripada keluarganya.



"Kucing daripada seekor asalnya yang mana sudah 10 tahun bersama kami. Kemudian saya ada bagi pada kawan empat ekor. Jadi, yang tinggal sekarang dengan kami ada 11 ekor. Semua kucing memang tak kurung dalam sangkar.

"Kami menjaga semua macam anak. Kami dalam rumah. Makan, minum, tidur kami jaga sebaiknya. Alhamdulillah, ada saja rezeki menjaga mereka.

"Kucing saya ini bukan saja binatang peliharaan, tapi sudah menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Saya memang pencinta haiwan. Kalau boleh nak buat macam zoo di rumah," katanya.



Namun, dalam masa sama, Arash berkata, masih ramai belum mengetahui kisah peribadinya disebabkan kurang gemar berkongsi perkara itu terutama di media sosial.

"Saya lebih gemar kongsi mengenai kerjaya. Dari segi status, sebenarnya ramai tahu saya berkahwin iaitu sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, sampai sekarang. Tapi, memang jarang kongsi di Instagram atau Facebook mengenai kehidupan peribadi dengan keluarga. Kadang-kadang ada boleh kongsi, ada kena simpan sendiri. Kalau nak kongsi semua dengan peminat, tidak ada pula nak simpan nanti.

"Tapi, kalau nak tahu dan bagi sesiapa yang mengikuti saya di media sosial, tentu pernah nampak saya bergambar dengan isteri, sambut raya dan sambutan hari jadi saya. Sambutan pun biasa-biasa saja, kami berdua saja. Saya pula jenis yang tidak suka terlalu 'havoc'.

"Alhamdulillah, saya seronok dengan kehidupan sekarang. Memang kalau tengok di Instagram dan Facebook saya, lebih banyak berkongsi soal kerjaya dan kucing saya. Lagipun, peminat sekarang pun sudah berbeza dengan dulu. Sekarang pun sudah ramai nak tahu perkembangan kerjaya artis yang mereka minat. Namun, ada segelintir nak juga tahu kisah peribadi," katanya.

Selain berkongsi mengenai kucing kesayangan, ada ketika Arash berkongsi hobi seperti aktiviti berbasikal, mendaki dan joging.


Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beta_carotene 26-6-2021 03:41 PM
lawa bini heols...

meols doakan richard gere malaysia ni dpt la cahayamata soon..
Quote Trumpettt 26-6-2021 03:46 PM
Cantik isteri...asalkan happy. Org anak 8 pun, if x bahagia cerai berai jugak.
Quote twins 26-6-2021 03:51 PM
Insyaallah, semuanya dalam perancangan Allah.... jangan putus asa.
Quote LadyCarefree 26-6-2021 03:51 PM
Bagusnya dia ni. Untunglah wife dia. Dia pun xde skandal kot sbb mcam xpernah dengar.

Happiness bukan terikat dengan kahwin atau tak atau ada anak atau tak.

Btw, wawa dn erel xnak ke bg diorang ni madu korang. Kan konon ramai pregnant termasuk wawa, oleh kerana madu yg korang jual. Hehe.
Quote Cece1234 26-6-2021 03:54 PM
Dia ni msti sejenis tenang je..wife dia pun comey..beza umur byk jugak..lawak nama kucing2 dia melayu abis..
Quote ImpianSeroja 26-6-2021 03:54 PM
Semoga " Richard Gere" Dipermudahkn segala urusan.
Quote 3chanceno 26-6-2021 04:15 PM
Semuga dipermudahkan segala urusan
Quote Lengkong 26-6-2021 04:48 PM
Semoga tercapai apa sahaja hajat mereka

Quote shernazz 26-6-2021 05:00 PM
Cece1234 replied at 26-6-2021 03:54 PM
Dia ni msti sejenis tenang je..wife dia pun comey..beza umur byk jugak..lawak nama kucing2 dia melay ...

Cam jiran iols
Nama.kucing2 dia adalah amir, che ta n.maggie..
Hahahaha
Memula lawak.iols dengar
Lama2 dah biasa..hahaha
Quote KelisaOren 26-6-2021 05:16 PM
Amboi nama kuceng sama dgn watak drama kamal n uqasha
Quote sapeka 26-6-2021 05:31 PM
Ok la tu
Ada anak bukan pengukur bahagia
Bahagia kita yang cari sendiri
Quote elnor_81 26-6-2021 05:41 PM
Aku minat dia ni berlakon. Xde la nk over sgt.
Quote emera 26-6-2021 06:03 PM
Biasanya couple yg tak de anak tp bertahan belas2 tahun ni, mmg betul2 bahagia. Masing2 jenis tak kisah, tak peduli org kata, pandai menangkis umpatan orang etc. Yang penting, saling sokong menyokong.

Been there. Skrg bertambah bahagia dgn kehadiran seorang puteri, alhamdulillah.
Quote emera 26-6-2021 06:04 PM
sapeka replied at 26-6-2021 05:31 PM
Ok la tu
Ada anak bukan pengukur bahagia
Bahagia kita yang cari sendiri

Sangat betul!!!!
Quote eely_shana 26-6-2021 06:20 PM
Semoga dikurniakan cahaya mata suatu hr nnti buat arash dan isteri. dan moga bhgia hingga ke jannah.
Quote matjerk 26-6-2021 06:24 PM
"Arash yg menjadi sohor kerana drama Scammer"

Eh hello bukan ke dia mmg fofular dah...
Quote faraway1 26-6-2021 07:16 PM
Exactly, bahagia bukan kerana ada anak atau tidak...
Kita yang cipta bahagia
Quote ladybugz 26-6-2021 07:37 PM
bahagia mengikut acuan sendiri. x dinafikan anak ni menceriakan lg hubungan namun bersamanya datang tanggungjawab dan tugas yg besar. jadi semuanya terpulang pada diri sendiri dan menjaga hubungan dengan Allah. bersyukurla walau dimana pun tahap kita ada sekarang. yakin ianya yg terbaik.
Quote RainbowPink 26-6-2021 07:42 PM
Semoga ada rezeki zuriat nanti Insya Allah.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.077955 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top