CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jiggy Tiada Halangan Untuk Kahwin Lagi

26-6-2021 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8744| Komen: 30

Description: Pelawak dan pelakon, Mohamad Aizat Ahmad Nazri atau lebih dikenali sebagai Jiggy, 31, mengaku tidak akan serik untuk berkahwin lagi seandainya bertemu jodoh dengan wanita lain.
Pelawak dan pelakon, Mohamad Aizat Ahmad Nazri atau lebih dikenali sebagai Jiggy, 31, mengaku tidak akan serik untuk berkahwin lagi seandainya bertemu jodoh dengan wanita lain.

Menurut Jiggy, tiada halangan untuk dia berkahwin lagi walaupun sebelum ini pernah berdepan dengan kegagalan rumah tangga yang dibina bersama bekas pengacara HLive, Elly Ariffin.



Kredit foto:


“Siapa yang tak nak berumah tangga dan lagipun, saya suka budak-budak. Cuma mungkin masa sahaja belum ada lagi. InsyaAllah mana tahu akan datang, tiba-tiba ada seseorang hadir dalam hidup saya.

“Nak kata serik itu tidaklah,” katanya ketika ditemui dalam sidang media secara virtual bagi mempromosikan drama 13 episod Seram Tak Seram terbitan Nafalia Corporation Sdn. Bhd semalam.

Selain itu, menurut Jiggy lagi, dia sedar sebelum ini tidak menguar-uarkan kisah perceraiannya dengan Elly dan perkara itu menjadi bahan persoalan orang ramai.


“Saya rasa kami berdua mempunyai rahsia bersama. Saya pun tak nak cakap apa-apa sebab kalau cerita itu keluar di Internet, bukan kita sahaja yang baca pasal kenyataan itu, tapi orang sekelililing pun akan baca dan mungkin tersalah anggap.

“Jadi saya tak nak macam itu.Biarlah saya diam dan orang nak cakap apa, cakaplah. Kecuali kalau sesuatu perkara itu terlalu melampau atau mengganggu keluarga, maka saya akan bersuara,”katanya.

Terdahulu, Jiggy dan Elly mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 sebelum empat tahun kemudian kedua-duanya membuat keputusan bersama untuk berpisah setelah gagal mempertahankan perkahwinan mereka.



Dalam pada itu, bercakap mengenai lakonannya dalam drama Seram Tak Seram, kata Jiggy, dia juga berdepan dengan beberapa situasi menyeramkan ketika berada di lokasi penggambaran sebelum ini.

Memandangkan dirinya ada kebolehan deria keenam, ada ketika ketika di set Jiggy terpaksa berpura-pura tidak mengambil kisah dengan kelibat-kelibat entiti yang mengganggu.

“Janganlah minta. Deria keeanam saya ini bergantung pada situasi juga sebab ada ketika entiti itu menunjukkan diri, ada ketika dia beri kita rasa kehadirannya saja. Bila jadi macam itu, saya akan rasa nak muntah, mual-mual, tak selesa dan masa itu saya akan bagi diri relaks sebentar.

“Bacalah doa juga tapi tak mahu cerita pada semua orang di set sebab nanti beri kesan pula pada kelancaran waktu penggambaran,”katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 26-6-2021 04:01 PM
Cemana la aku pi baca tajuk ni as Jiggy Tiada Harapan Untuk Kawin Lagi
Quote ohara 26-6-2021 04:15 PM
Ada jugak tengok heols mengacara jpop. Ok lah jugak..not bad la
Quote fealefea 26-6-2021 04:22 PM
Bukan sakit kanser ke die ni
Quote susukambingbest 26-6-2021 04:32 PM
Cerai kes curang dulu ker? Dulu ada frumer bukak tred plawak curang tu. X ingat dah crita tntg apa. Tntg check in hotel kot
Quote TomyamPuteh 26-6-2021 04:39 PM
Aku x kenai pon sapa dia ni. OK. Aku ngaku la. Aku dh tua.
Quote Kurex 26-6-2021 04:40 PM
Dia helok... Badan sedap...
Screenshot_2021-05-20-21-55-11-927_com.instagram.android.jpg
Quote Orix 26-6-2021 04:40 PM
Bukan dia ni ada penyakit ke eh ke iols silap org
Quote Miss_LoveLeen 26-6-2021 05:19 PM
Suka tgk dia berlakon dlm jkkk..
Quote helicornia 26-6-2021 06:47 PM
dia ni kanser kan.nampak sihat je kemain sado lagi
Quote wirazam 26-6-2021 06:58 PM
sukacactus replied at 26-6-2021 04:01 PM
Cemana la aku pi baca tajuk ni as Jiggy Tiada Harapan Untuk Kawin Lagi

Aku lak..ingatkan tadi jibby..pet name ssorg...siap terdetik dlm hati ..wah beraninya hahaha
Quote sukacactus 26-6-2021 07:18 PM
wirazam replied at 26-6-2021 06:58 PM
Aku lak..ingatkan tadi jibby..pet name ssorg...siap terdetik dlm hati ..wah beraninya hahaha

Hahaha, halangan Jibby sekuntum bunga ros
Quote ImpianSeroja 26-6-2021 10:35 PM
Tak berapa kenal sgt beliyau ni ..ketinggalan betul iolls hoho
Quote nakkomenjugak 27-6-2021 04:13 AM
getting jiggy with it
Quote September14 27-6-2021 10:24 AM
X kenal tp helok jgk
Quote febreze 27-6-2021 10:31 AM
Kurex replied at 26-6-2021 04:40 PM
Dia helok... Badan sedap...

kan..seksi jugakkkk sbb bdn tinggi..kompem alexx suennn nokkkkk mak suke!
Quote violetungu 27-6-2021 01:44 PM
ok sedappp..
Quote awenda507 27-6-2021 02:26 PM
Mcm pnh terbaca dia ni ade kanser
Quote CiskekYumm 27-6-2021 03:41 PM
Whoryusss dek??
Haiyohh nampak nau aku dah kertu
Quote tepisket.. 27-6-2021 07:58 PM
Husin jkk kg kalut. Haha.. suka watak dia banding salman dgn salehudin..cliche memasing..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.282754 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top