CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kesian, Sedih Tengok Elizad,"-Aprena Manrose Pun Buat Rawatan Kesuburan

25-6-2021 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4285| Komen: 13

Description: Mengalami nasib yang sama, Aprena Senrose turut berasa simpati dengan hinaan yang diterima pelakon Elizad Sharafuddin berkaitan soal rezeki anak.
Mengalami nasib yang sama, Aprena Senrose turut berasa simpati dengan hinaan yang diterima pelakon Elizad Sharafuddin berkaitan soal rezeki anak.

Bagaimanapun Aprena, 28, berkata, dia tidak pernah dilemparkan dengan kata-kata sebegitu kesat yang keterlaluan sehingga menggores hati.


Foto: IG

“Saya kesian dan sedih dengan apa yang berlaku pada Elizad, setakat ini saya tidaklah kena kecaman teruk macam tu.

“Selalu saya ditanya je bila nak dapat anak. Bagi saya itu semua ketentuan Allah yang mana kami sebagai wanita hanya mampu ikhtiar,” ujarnya kepada mStar.

Aprena berkata demikian pada sidang media drama Hati Mu Sedingin Salju yang diadakan secara maya pada Khamis.




Pada malam Rabu, pelakon Elizad meluahkan rasa sedih apabila menerima hinaan di ruangan komen platform media sosial sebuah portal yang menuduhnya sebagai mandul, tidak solat dan tidak menutup aurat.

Elizad memberitahu dia sudah berusaha pelbagai cara dan rawatan untuk mendapatkan cahaya mata namun masih belum dikurniakan rezeki itu.



Susulan itu pelakon Teman Lelaki Upahan berkenaan membuat laporan polis pada malam Rabu terhadap seorang netizen yang dianggap melampau dan cuba menjatuhkan maruahnya.

Sementara itu, Aprena yang sudah empat tahun mendirikan rumah tangga mengakui turut berusaha menjalani pelbagai rawatan sebagai ikhtiar mendapatkan anak.

Dia juga berharap semua pihak faham dengan situasi yang dialami oleh wanita yang senasib dengan mereka.



“Pertanyaan fasal anak itu dah memang soalan wajib orang akan tanya saya. Bagi saya tidak sensitif sebab saya dah bersedia... nak tak nak kena jawab juga.

“Sekarang masih berusaha pelbagai rawatan kesuburan. Kalau dah berhasil saya kongsikan jenis rawatan apa yang saya jalani, ” ujarnya.



Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wah Syahman mendirikan rumah tangga dengan Mohd Afiq Hazman pada 2016. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 25-6-2021 11:39 AM
Setiap artis bagi oendapat, setiap kali tu kau nak bukak benang kan????
Quote mawarkhayalan99 25-6-2021 12:00 PM
cantik dia ni suami pun herlokk. moga cepat timbang anak. amin
Quote cicicumel 25-6-2021 01:13 PM
Elozad tu dh nk masuk 40 so mmg over sensitif la. Perempuan ni dh masuk 40 chance nk peknen makin rendah.
Quote bintangct 25-6-2021 04:51 PM
sorg ikut muka mak.. sorg ikut muka bapak
Quote mesmerize 25-6-2021 04:57 PM
diorang dah buat IVF macam tokti belum?
tokti tu lagi la susah sebab suami tua.. dah akhir 50an masa buat IVF ..
diorang ni suami muda2 nampaknya.. mungkin higher chance nak conceive kalau takde masalah kesuburan lain.. semoga TokTi baca masalah diorang ni n bagi tips... n semoga cepat2 dapat anak2 yang sehat n sempurna untuk diorang ni
Quote ImpianSeroja 25-6-2021 09:20 PM
Semoga Dipermudahkn segala urusan
Quote anony-mous 26-6-2021 06:46 AM
Awat muka dia lain skrg?? X lawa mcm dlu. Octovia tu lawa haih . Dlu x rasa she lawa. Skrg rasa mcm dia lg lawa dri aprena
Quote imanjannah 26-6-2021 07:31 AM
moga baik2 aja untuk korang
Quote doubleA 26-6-2021 01:14 PM
Semoga sesiapa saja yg nak ttc dan memang bersedia nak anak dikurniakan zuriat. Sian ye nak buat camana, kadang2 yg betul2 mampu tak dapat pulak. Yg kurang mampu berderet setahun sorang anak. Elizad memang nampak desperate, iols pun simpati. Iols doakan cpt rezeki
Quote pikah89 27-7-2021 06:54 PM
Smoga dpermudahkan dan berjaya aamiin
Quote udangku 27-7-2021 06:55 PM
Iols suka dia, suara dia pun sexy serak serak basah, semoga dipermudahkan dalam urusan mendapat cahaya mata
Quote lilcountess 27-7-2021 07:06 PM
doubleA replied at 26-6-2021 01:14 PM
Semoga sesiapa saja yg nak ttc dan memang bersedia nak anak dikurniakan zuriat. Sian ye nak buat cam ...

faktor umur barangkali . org yg tak ada timbangrasa akan kata dia yg ada masalah. perempuan kan selalu disalahkan kalau lambat mengandung. kes elizad ni, lagi tambah tekanan sbb suami dia ada anak sebelum ni
Quote skinskin 27-7-2021 08:05 PM
semoga dipermudahkan segala urusan..kwn aku kawin umur 40..skang umur 45..anak dah tiga..rezeki dia tuh

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.052524 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top