CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat 'Hantaran Maut' Di FB, Bapa Tunggal Tampan Jadi Perhatian Wanita

25-6-2021 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8945| Komen: 43

Description: Seorang bapa tunggal tampan tidak menyangka gurauannya di Facebook bahawa dia memiliki segala-galanya kecuali isteri menjadi tular di media sosial.
Seorang bapa tunggal tampan tidak menyangka gurauannya di Facebook bahawa dia memiliki segala-galanya kecuali isteri menjadi tular di media sosial.

Portal FilipinoTimes melaporkan Don Dizon Lugtu, 34, berkongsi gambar rumah impiannya, tiga anaknya, tetapi tanpa seorang isteri.


Dia kemudian mengubah 'hantaran maut' itu dan membuang perkataan 'mencari isteri' selepas menerima banyak pertanyaan daripada individu yang mahu mengenalinya.


Kredit foto: FB

Don mengatakan dia terkejut dengan maklum balas netizen terhadap hantaran Facebooknya.

Bagaimanapun, dia mengatakan tidak menganggap serius mesej rawak yang diterimanya dan fokus utamanya kepada tiga anak dan perniagaan.

Dalam laporan sama, Don dilaporkan bertemu dengan seorang wanita bernama Kris ketika berusia 18 tahun.

Selepas bercinta selama berbulan-bulan mereka berpisah, tetapi Kris melahirkan anak kembar selepas setahun.


Menerusi ujian, Don disahkan bapa kepada kembar itu.

Don mengaku pada waktu itu, dia belum bersedia menamatkan kehidupan bujangnya.

Kris kemudian meninggalkan negara itu dan memutuskan untuk menyerahkan hak jagaan kembar kepadanya.

Don kemudian menyedari dia mempunyai tanggungjawab besar terhadap kembarnya dan ketika itulah perubahan mula berlaku secara perlahan.

Don menutup gimnasiumnya pada 2017 dan mula mencari sumber pendapatan lain untuk anak kembarnya.

Dia melabur di sebuah bar di Tarlac City dipanggil, The Woods pada 2018.

Pada 2020, Don mendapat tahu wanita lain bernama Cindy yang ditemuinya pada 2011 juga melahirkan anak ketiganya.

Dalam pada itu, Don menjelaskan dia hanya bergurau ketika mengatakan dia sedang mencari ibu baharu untuk anak-anaknya.

Don berkata, ketika ini dia mahu fokus dalam perniagaannya dan menjaga anak-anaknya.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bored_atticus 25-6-2021 11:39 AM
duh.. muka mcm ni sah-sah melambak lauk-pauk free terhidang untuk dia..
just pilih-pilih saja mana dia mau..
Quote toxicated 25-6-2021 11:40 AM
Helok. Derma sperm bersepah tp at least dia yg jaga anak2 tu. Perempuan pulak yg lari..
Quote emera 25-6-2021 11:42 AM
Ingatkan bapak tunggal bini mati ke, cerai ke. Rupanya penabur sperma.
Quote jahcomel 25-6-2021 11:52 AM
Encemnyeee...brtanggungjwb plak
Quote chandrahusin 25-6-2021 12:06 PM
muka helokk mmg  la laku
acah2 takajut  
Quote exclusive_vvip 25-6-2021 12:36 PM
ni baru 3 yg dia tau..ntah2 ada lagi yg dia xtau
Quote clarizsa 25-6-2021 12:38 PM
Tabur benih merata rata
Quote jfq 25-6-2021 12:39 PM
Apa hantaran mautnya
Quote VioletsAre_Blue 25-6-2021 12:43 PM
Takde la ensem sangat
Quote None68 25-6-2021 12:47 PM
Mau jugak bertanggungjawab..
Quote batmana 25-6-2021 12:59 PM
ni belum taraf bapa, psl tak kawin, tabur sperma
ni taraf budak2 aja
Quote MontanaHannah 25-6-2021 01:00 PM
Edited by MontanaHannah at 26-6-2021 12:30 AM

Ada lah tu kekurangan yg xtahan isteri nak tunggu lagi



Quote lurve82 25-6-2021 01:08 PM
Xpe la dia xnak kawen…buang sperm merata pun tp jaga anak2 tu ok la…bukan biawak…dan bukan dia rogol pun…
Quote Thunderclouds 25-6-2021 01:19 PM
Muka pinoy ja. Igt drop dead gorgeous sgt. And he doesn't practice save sex. Membiak merata. Mujur responsible.
Quote downiey 25-6-2021 01:21 PM
helok nye.. hahahaah
Quote supernaturalee 25-6-2021 01:23 PM
Thunderclouds replied at 25-6-2021 01:19 PM
Muka pinoy ja. Igt drop dead gorgeous sgt. And he doesn't practice save sex. Membiak merata. Mujur r ...

Tah ke ramai lg
Tp disbbkn yg lain dh kawen
Put the responsibility pd new husband yg x tau ape2 psl the kids

X terkejut Klu there's more to cum
I mean come

Quote sekngucing 25-6-2021 01:26 PM
hmmmm.......
Quote Kurex 25-6-2021 01:27 PM
Tak boleh lawan kekacakkan zul ripin
Quote Thunderclouds 25-6-2021 01:28 PM
supernaturalee replied at 25-6-2021 01:23 PM
Tah ke ramai lg
Tp disbbkn yg lain dh kawen
Put the responsibility pd new husband yg x tau ape ...

Hahahahaha nice pun. And yes ada possibilities there is more

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.047102 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top