CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cikgu Matematik Terpaling Hot Di Dunia Mengajar Di Instagram

16-6-2021 11:51 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 15318| Komen: 66|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Bukan bimbo tetapi penuh kebijaksanaan.Seorang guru matematik membuatkan ramai para pengikutnya jatuh cinta terhadap mata pelajaran yang penuh mengelirukan itu.Pietro Boselli, dari Verona, Itali berko ...




Bukan bimbo tetapi penuh kebijaksanaan.

Seorang guru matematik membuatkan ramai para pengikutnya jatuh cinta terhadap mata pelajaran yang penuh mengelirukan itu.

Pietro Boselli, dari Verona, Itali berkongsi mengenai formula matematik di laman instagramnya. Lebih luar biasa apabila mengaitkannya dengan resepi cinta membuatkan ramai terpesona.

Foto : IG

Digelar guru matematik terpanas di dunia, Pietro, 33 bermula sebagai pensyarah di University College London pada tahun 2016.

Terbaharu, bekas wajah Armani itu memuat naik episod 'In Depth', menjawab beberapa soalan yang diajukan.


Video berdurasi setengah jam bertajuk 'Apa itu cinta (kimia cinta)' membicarakan topik pembakaran dari sudut saintifik dan logik  seperti yang dilaporkan portal Daily News.

Foto : Ig

Tidak terlalu berat topiknya, Pietro yang bertubuh sasa ini menjelaskan yang matematik tidak susah sebaliknya masih mempunyai masa untuk lagu-lagu cinta dan puisi dan ilmu tersebut lebih mudah difahami.

Memiliki 2.7 juta pengikut membuatkan Pietro meyakinkan pengikutnya bahawa cinta bukan perasaan semata-mata tetapi sistem motivasi utama iaitu
koktel bahan kimia yang menghasilkan cinta. Dia juga mengatakan ianya sama seperti resipi kek coklat.

"Daya tarikan dan nafsu berbeza, begitu juga dengan cinta tetapi saya hanya menerangkan resipi kek paling klasik di sini."

Foto : IG
Yang sebenarnya, adakah penerangan Pietro yang menarik perhatian netizen atau wajah tampan dan badan sasa lebih jadi tarikan? - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 16-6-2021 12:32 PM
Semoga dapat mempelajari badan  pietro dgn lebih mendalam dan terperinci
Quote AbukRokok 16-6-2021 12:33 PM
pompuan mana suka badan mcm ni....eeee geli yekkkkk
yg suka kunyit jah
Quote matchstick 16-6-2021 12:44 PM
AbukRokok: pompuan mana suka badan mcm ni....eeee geli yekkkkkyg suka kunyit jah


#dengkike
Quote Aikiko 16-6-2021 12:50 PM
Baru nak suruh kurex komen tapi dia dah masuk dulu
Wow....herloknya
Quote Orix 16-6-2021 12:57 PM
AbukRokok: pompuan mana suka badan mcm ni....eeee geli yekkkkkyg suka kunyit jah



Muka dan saiz badan main peranan utk berbadan sebegini. Kalo rupa mcm ni haiyoooooooooooo siapa yg tak mahu {:shy{:shy{:shy
Quote ketupatnasi 16-6-2021 01:07 PM
terpaling hot pun 2.7 mill jah follower.. Apooo?? terpaling malaysia flip hijab jahhhh dah dapat 1 mill tauuu... gitu permainan dunyaaaa
Quote cahaya_almas 16-6-2021 01:23 PM
Wow...kalau cikgu kt msia kacak2 .cm ni mcm mana lah kan..result peksa msti gempak...
Quote Perawankota 16-6-2021 01:52 PM
Susah nak carik cikgu hot kt malaysia.. Kalau badan sado pon, tinggi lak tak cukup.. Adoi
Quote Elle_mujigae 16-6-2021 02:04 PM
Hensemnyaaa
Quote makadek 16-6-2021 02:21 PM
Asal aku tk rasa getarnya
Quote annehuda 16-6-2021 03:19 PM
AbukRokok replied at 16-6-2021 12:33 PM
pompuan mana suka badan mcm ni....eeee geli yekkkkk
yg suka kunyit jah

ko perempuan ke aku baru tau
Quote Cece1234 16-6-2021 03:22 PM
Nape kepala dia nmpak cm kecik..
Quote user.name 16-6-2021 03:58 PM
Quote user.name 16-6-2021 03:59 PM
Quote user.name 16-6-2021 04:00 PM
Quote user.name 16-6-2021 04:00 PM
Quote user.name 16-6-2021 04:01 PM
Quote user.name 16-6-2021 04:02 PM
Quote user.name 16-6-2021 04:02 PM

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.057401 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top