CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Tak Kisah Anggapan Orang, Rempit Pun Budaya Malaysia’ – Abubakarxli

15-6-2021 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2758| Komen: 6

Description: Penyanyi rap Abubakarxli tidak kisah dengan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya membawa imej ‘rapper rempit’.
Penyanyi rap Abubakarxli tidak kisah dengan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya membawa imej ‘rapper rempit’.

Pemilik nama lengkap Mohamad Faiz Mohamad Yusuf itu berkata, kalau itu yang orang pandang dalam dirinya, dia tidak kisah asalkan tidak membawa ke arah negatif.



Kredit foto: IG Abubakarxli

“Saya tak bangga (dengan gelaran itu) tapi saya juga tak nafikan ada yang anggap saya begitu.

“Dekat negara-negara luar pun ada mereka punya budaya sendiri. Macam di United Kingdom mereka suka pakai ‘jogger pants’. Kalau di Amerika Syarikat, mereka dengan ‘superbike‘,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Kata pelantun lagu NiNiNi itu, sekalipun rempit namun kalau tidak membawa ke arah yang salah, dia merasakan tidak mengapa.

“Tiada pun nak bawa imej rempit, memang tiada dalam rancangan karier saya. Tapi kalau itu orang pandang, tidak mengapa, asalkan tak bawa ke arah yang salah. Benda itu (rempit) pun mungkin budaya Malaysia


“Sejujurnya, saya tak kisah pun orang nak cakap apa,” katanya lagi.



Abubakarxli, 25, kembali dengan single terbaharu berjudul Naik featuring penyanyi wanita jelita, Shalma Eliana yang dilancarkan di semua pelantar muzik digital minggu lalu. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 15-6-2021 04:48 PM
Nampak beno artikel berbayo nak promote {:thief
Quote Ciktiekus 15-6-2021 05:18 PM
Cubaan utk promote lagu ke?
Quote azimodin 15-6-2021 06:22 PM
Rempit pon dah jadi culture rupanya ye... Ntah la dik, teruskan menyendooo
Quote makcun14 15-6-2021 06:50 PM
Suka hati la ... iols ingat dulu masa too phat baru naik pun ramai pandamg sebelah mata sekarang tengok nama dorang level mana . Semoga terus kuat berusaha and jaga displin, tu jach.
Quote Levespa 15-6-2021 07:00 PM
sila google maksud budaya dulu dek..
Quote slyfynx 15-6-2021 09:03 PM
Adui, xde penasihat PR ke die ni?
Rempit budaya Malaysia eh.
Teruk nau ko punye aspirasi.
Paling best kaitkan dgn jogger pants.
Kalau ko ckp pasal baju kurung paham le jgk kaitannye tu.

Bape die bayar cari untuk artikel ni?

Mane lebih byk? bayaran die atau bayaran adik beradik kemut, adik beradik melvin bersawang terhadap Sepul?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.050574 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top