CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Lelaki Arwah Abam Genap 2 Tahun, Netizen Doa Hidayah Kuat Dan Tabah

15-6-2021 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2471| Komen: 8

Description: Balu kepada pelakon dan pelawak arwah Abam Bocey, Nor Hidayah ada menitipkan ucapan bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah yang kini sudah genap usia 2 tahun.
Balu kepada pelakon dan pelawak arwah Abam Bocey, Nor Hidayah ada menitipkan ucapan bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah yang kini sudah genap usia 2 tahun.


Hidayah turut berkongsi foto terkini bersama anak lelakinya itu bersama pengikut di laman media sosial Instagram.

Hidayah atau nama lengkapnya Nor Hidayah Mohd Ali mendoakan agar anaknya menjadi seorang anak yang soleh.


Kredit foto: IG

“Selamat Hari Lahir Anak ibu Syed Uthman Hamzah Bin Syed Umar Mokhtar genab 2 Tahun 14/6/2021.

“semoga menjadi Anak yg soleh berbakti kepada orang tuamu Ibu Ayah sentiasa mendoakanmu nyawaku. #kitabaikramaisayang #birthdayanakibuhamzahturn2 #nyawakuanakku,” tulisnya.




Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan hari jadi kepada anaknya di samping berharap Hidayah terus kuat dan tabah mengharungi ujian hidup.

“Sanah Helwah Hamzah sayang. Moga membesar sihat dan jadi anak soleh buat ibu dan juga buat arwah ayah,” tulis seorang warganet.

“Selamat hari lahir Hamzah…moga sihat selalu dan menjadi anak yang Soleh dan sentiasa dalam rahmah kasih sayang Allah SWT bersama ibu..,” doa seorang netizen.

“Slmt ari lahir Uthman.. Moga pnjg umur n murah rezeki.. Smoga mnjadi ank yg soleh berbakti kepada owg tuamu.. Ceria selalu disisi owg tersyg. Mudahn2 brjaya dunia n akhirat..,” titip ucapan daripada seorang warganet yang lain.




Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 di kediamannya, di Gombak akibat demam panas.

Jenazah Abam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Arwah meninggalkan isteri, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, dan seorang lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fazsemput 15-6-2021 01:13 PM
Cntik dayah sekrang. Nmpk lebih konfident...
Quote lavendernovella 15-6-2021 04:50 PM
Hensem budak ni.
Quote mily 15-6-2021 04:54 PM
Apa cer kes.. Si puteh senyap je
Quote biozipstar 15-6-2021 04:59 PM
so sekarang kerja apa... moga anakmu jadi anak yg soleh
Quote Ciktiekus 15-6-2021 05:48 PM
biozipstar: so sekarang kerja apa... moga anakmu jadi anak yg soleh


Lepas jual cempedak goreng kan bukak kedai makan..
Quote Nenolen 15-6-2021 06:07 PM
Happy Birthday Hamzah
Quote mamajawie 15-6-2021 10:49 PM
Maaf la adakah hati aku mulai hitam sebab aku rasa MO ni bakal menjadi trend stiap kali bfday si hamzah smpi AJM???
Quote ImpianSeroja 15-6-2021 11:25 PM
Anak comel..ibu pun da bertambah2 cantik

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.071200 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top