CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jais Sedar Ada Kubur Tolak Jenazah Pesakit Covid-19- Beri Alasan ‘Kuota, Utamakan Kariah‘

1-6-2021 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7395| Komen: 77

Description: Kecoh mengenai isu tanah kubur yang terhad untuk kebumi jenazah pesakit Covid-19, khususnya di Lembah Klang berikutan peningkatan kes kematian akibat wabak itu.
Kecoh mengenai isu tanah kubur yang terhad untuk kebumi jenazah pesakit Covid-19, khususnya di Lembah Klang berikutan peningkatan kes kematian akibat wabak itu.

Isu kuota harian pengebumian jenazah dan tanah kubur yang mengutamakan kariah selain tempoh urusan pengebumian yang singkat mengikut waktu pejabat disuarakan oleh Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad mengakui terdapat masalah yang berlaku membabitkan pengurusan jenazah pesakit Covid-19, berdasarkan maklumat yang diterima beliau.


Kredit foto: FB JAWI


Sehubungan itu katanya, satu perjumpaan akan disegerakan bagi membincangkan apakah langkah yang perlu diambil bagi menangani beberapa isu tentang pengurusan jenazah Covid-19 di Selangor.


"Ini kerana sudah ada isu-isu berlaku penolakan yang kita tidak tahu siapa yang menentukan bahawa hanya kubur-kubur tertentu boleh kebumi jenazah pesakit Covid-19.

"Isu-isu melibatkan jenazah mesti disegerakan, saya akan ambil keputusan bersama dan akan dibentangkan senarai kubur di semua daerah khususnya daerah di Lembah Klang.

"Saya akan buat keputusan menetapkan semua jenazah di mana-mana (kubur) yang paling hampir dan dikebumikan di situ. Semua perlu beri kerjasama," katanya kepada mStar.

Mohd Shahzihan berkata, kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan masalah tanah perkuburan dan akan mewujudkan yang kawasan baharu sekiranya berlaku kapasiti penuh.


Kredit foto: mStar


"Fatwa pun telah ada dibolehkan kubur bertingkat. Jangan jadikan halangan bahawa seolah-olah kubur itu untuk ahli kariah. Agama tidak ajar begitu.

"Mati kita di mana dan bila itu adalah urusan Allah SWT. Yang ada (jenazah) sekarang, yang mati sekarang perlu diselesaikan," tegasnya.

Beliau merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor yang diwartakan pada 7 Oktober 2004 mengenai kubur bertingkat.

Malah, menerusi Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-245: Membina Kubur Bertingkat di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut memberitahu hukum pembinaan kubur bertingkat adalah harus dan dibolehkan.

Mengulas lanjut, Mohd Shahzihan berkata, perbincangan tersebut akan dilakukan bersama pegawai-pegawai tadbir jabatan itu terlebih dahulu dalam membuat keputusan.

"Semua pegawai tadbir akan membentangkan kepada saya senarai tanah perkuburan yang available. Dan saya akan serahkan kepada hospital yang paling hampir.

"Kalau di Ampang, yang paling dekat adalah Hospital Ampang, dengan melihat kawasan perkuburan berdekatan dengan Ampang. Jenazah pesakit Covid-19 patut ditanam di kawasan ia meninggal dunia.

"Kadang-kadang ada waris yang menuntut jenazah pesakit Covid-19 untuk dibawa balik (ke kampung), kita tak boleh halang. Tapi saya nasihat janganlah macam tu sebab waris tak boleh uruskan pun. Kita sempurnakan keperluan si mati dahulu, itu yang diutamakan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail ketika dihubungi berkata, sebanyak tiga tanah perkuburan di bawah seliaan Jawi menjadi lokasi pengebumian jenazah berkaitan kes Covid-19 sejak lebih setahun lalu.

Jelasnya, tiga Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) ialah TPIRS KL-Karak, TPIRS Bukit Kiara dan dan TPRS Kg Melayu Kepong.

"Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan, Jawi juga tertakluk dengan saranan dan SOP (prosedur operasi standard) berkaitan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Walau bagaimanapun setakat ini, tempoh masa yang dibenarkan adalah memadai bagi menyelesaikan tugasan pengurusan jenazah dengan sempurna di samping koordinasi dan komitmen yang baik daripada semua pihak yang terlibat," katanya sambil menambah waktu urusan pengebumian jenazah yang ditetapkan adalah dari pukul 9 pagi hingga 5 petang berpandukan SOP yang ditetapkan.

Mohd Ajib berkata, Pasukan Petugas Khas Pengurusan Jenazah Covid-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)-Jawi telah menguruskan 435 jenazah pesakit Covid-19 setakat ini.

Ia turut disokong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi ciapannya di laman Twitter rasmi beliau turut, yang memberi reaksi kepada laporan mStar pada pagi Selasa mengenai isu pengurusan jenazah Covid-19.

Kredit foto: Twitter


"Di Wilayah-Wilayah Persekutuan, tiada masalah insyaAllah. Sehingga hari ini, 435 jenazah berkaitan Covid-19 telah diuruskan oleh Pasukan Petugas Khas Jenazah Jakim dan Jawi," tulis beliau.

Menurut rekod Jawi setakat 31 Mei 2021, 435 jenazah yang diuruskan itu diterima daripada hospital-hospital di Wilayah Persekutuan, dengan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 214 jenazah.

Pada Selasa, mStar melaporkan Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid kesal kerana terpaksa berdepan dengan isu kelewatan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 disebabkan oleh beberapa faktor termasuk isu kuota jenazah dan tanah kubur yang mengutamakan kariah.

Berkongsi pengalaman, beliau yang dikenali sebagai Ustaz Rafie mendakwa berlaku kelewatan pengebumian jenazah seorang pesakit Covid-19 disebabkan 'ditolak' beberapa tanah perkuburan di Lembah Klang.

"Seorang pesakit Covid-19 meninggal dunia pagi Ahad, tapi masih belum dikebumikan selepas 24 jam. Kita cuba lima kubur di Selangor dan satu kubur di Kuala Lumpur.

"Kita cari dan rayu sana sini untuk uruskan jenazah, tapi mereka ada kuota selain alasan di luar kariah. Bila kita cuba kubur yang keenam, barulah diterima dan dapat dikebumikan sekitar pukul 5 petang Isnin," katanya merujuk kariah iaitu kawasan yang didiami penduduk yang berkongsi masjid atau surau. -CARI

Sumber: mStar Online
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 1-6-2021 10:11 AM
Hidup susah, mati pun susah. Orang kaya juga yang lek2 je.
Quote nitezen 1-6-2021 10:12 AM
pehal JAIS nak reject2 lak  jenazah covid ni... bukan leh jangkit pon kat 'penduduk dalam' tu... ye ke dak?
Quote stingerbaik 1-6-2021 10:13 AM
dua_chzy replied at 1-6-2021 10:11 AM
Hidup susah, mati pun susah. Orang kaya juga yang lek2 je.

Kau dah book lot katna chzy?
Quote dua_chzy 1-6-2021 10:14 AM
stingerbaik replied at 1-6-2021 10:13 AM
Kau dah book lot katna chzy?

Tatau lagik. Bodo la ko Manak tetibe.
Quote stingerbaik 1-6-2021 10:14 AM
Satu liang lahad kongsi 5 jenazah tak boleh keww? Dalam posisi bertingket tingket?
Quote stingerbaik 1-6-2021 10:17 AM
dua_chzy replied at 1-6-2021 10:14 AM
Tatau lagik. Bodo la ko Manak tetibe.

Kalau kau nak aku boleh tolong book utk kau sebelah lot TGNA sekarang..sejuk pusara kau tau...sebelah mantan alim ulamak....kau dapat tempiasnya....



Quote ketupatnasi 1-6-2021 10:30 AM
pelik pelik lahai perangai.
mohtip ahli kariah dah cop lobang kubor?? mcm la ahli kariah bayar sewa kubor.
ke takut doa anak cucu tak sampai kalau tak berdoa tepi kubor?
ingatkan je Cina je yang berkira nak carik lokasi..
Quote stingerbaik 1-6-2021 10:32 AM
ketupatnasi replied at 1-6-2021 10:30 AM
pelik pelik lahai perangai.
mohtip ahli kariah dah cop lobang kubor?? mcm la ahli kariah bayar sew ...

Setiap lot ada nombor masing masing for reference..iteww yg jadi rebutan sebenarnya..utk dicai....

Kahkahkahkshkah
Quote anisanim 1-6-2021 10:39 AM
Nk tanam pun ada kuota plak kt Selangor. Pihak berwajib Selangor jgn la bgi sampai isu gini timbul. Malu la skit kat ummah. Kalau org mengata nanti, kita jugak yg macam cacing kepanasan.. Bukan masa skrg nk reserve utk kariah ke x,  Kita mati kat mana pun itu masih rahsia Allah..
Quote ketupatnasi 1-6-2021 10:44 AM
stingerbaik replied at 1-6-2021 10:32 AM
Setiap lot ada nombor masing masing for reference..iteww yg jadi rebutan sebenarnya..utk dicai.... ...

bongok lah kau
lagi tinggi jawatan dalam kariah lagi tinggi feng shui kubor eh?
Quote Nana_Man 1-6-2021 10:45 AM
Kariah tu byr booking fees ke?
Quote nazzse 1-6-2021 10:47 AM
yg selangor isu berebut tanah kubur, yg kl tu apasal waktu tanam pukul 9-5 je? Kesian la meninggal 5.01 petang pagi esok baru boleh tanam..
Quote ellejo 1-6-2021 10:48 AM
org mesjid mmg kuat kroni. kalo kita tak setuju mula la ugut2 kata nanti ko mati urus sendiri.
Quote sarahmirza 1-6-2021 10:53 AM
Isu "lokek" tanah kubur ni I dah hadap tahun 2016-2017 dulu.... Bila kita org nak pindahkan few kubur ke kawasan lain....

Orang surau/masjid pulak yang melebih2 mac selama hidup tanah kubur tu tanah depa  & depa yang bayar cukai tanah tiap2 tahun...

Jijik la perangai... Bersongkok serban berjanggut tapj hati busuk bak bangkai...
Quote Cece1234 1-6-2021 10:54 AM
ketupatnasi replied at 1-6-2021 10:44 AM
bongok lah kau
lagi tinggi jawatan dalam kariah lagi tinggi feng shui kubor eh?

Teringat movie korea psl cite raja2 berebut kubur  sbb feng shui..
Quote stingerbaik 1-6-2021 10:55 AM
sarahmirza replied at 1-6-2021 10:53 AM
Isu "lokek" tanah kubur ni I dah hadap tahun 2016-2017 dulu.... Bila kita org nak pindahkan few kubu ...

Part time penggali kubur keww kau ini?
Quote stingerbaik 1-6-2021 10:59 AM
ketupatnasi replied at 1-6-2021 10:44 AM
bongok lah kau
lagi tinggi jawatan dalam kariah lagi tinggi feng shui kubor eh?

Can you just name one pemimpin besar atau raja raja yang seingat kau,yang makamnya dikalangan rakyat jelata?

And these same people yang swear by the fact that they are pemimpin yg berjiwa rakyat?

Sedangkan TUHAN melihat kita semua sama kheunz?

Yang dikebumikan dimakam raja dgn yang dikebumikan dipusara awam ampang...kau rasa bila dibangunkan dipadang masyar nanti sorangbdgn tanjak sorang dgn kainmpelikat cap gajah sujud?
Quote mawar_mustika 1-6-2021 11:00 AM
xblh ke sekali kn...org kite je yg merumitkn...klu kt mekah sn diorg skali kn terus...
Quote krustykrab 1-6-2021 11:03 AM
nitezen replied at 1-6-2021 10:12 AM
pehal JAIS nak reject2 lak  jenazah covid ni... bukan leh jangkit pon kat 'penduduk dalam' tu... ye  ...

Bukan jais rejek...berdasarkn artikel kt atas tu aku rasa pengurusan tanah perkuburan kot...

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.054726 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top