CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bomoh Indonesia Hantar Santau, Roket Ghaib Serang Israel

20-5-2021 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8745| Komen: 83

Description: JAKARTA – Sekumpulan bomoh di Indonesia dikatakan membantu Palestin melawan Israel dengan menghantar sihir dan roket ghaib kepada Rejim Zionis itu.
JAKARTA – Sekumpulan bomoh di Indonesia dikatakan membantu Palestin melawan Israel dengan menghantar sihir dan roket ghaib kepada Rejim Zionis itu.

Seorang pengguna YouTube, Kang Ujang Busthomi yang juga merupakan seorang pendakwah bebas di negara itu menerusi satu video yang dimuat naik di akaun YouTube miliknya berkata dia yang baru-baru ini sempat berkunjung ke salah satu kawasan di Indonesia sempat melihat ritual bagaimana 30 orang bomoh di situ menghantar sihir kepada Israel.

Dalam video berdurasi selama 22 minit itu, Kang Ujang memberitahu dia menerima undangan daripada sekumpulan bomoh itu untuk melihat ritual mereka bagi membantu Palestin dengan menghantar roket ghaib mereka.



Roket tersebut dikatakan mengambil masa selama dua hari untuk sampai ke Israel.


Tambah kumpulan bomoh itu lagi, mereka turut menyediakan jin untuk menjaga Palestin daripada dibedil oleh roket Israel.

Video tersebut menjadi tular di media sosial dan kebanyakan netizen yang menontonnya meninggalkan komen-komen yang lucu.


“Ambil masa dua hari untuk sampai? Ambil yang ekspres ya?,” tulis seorang netizen.

“Nanti kalau sudah sampai di Israel beritahu saya ya,” tulis seorang lagi netizen.

Video tersebut sudah ditonton hampir 12,000 kali dengan hampir 200 komen.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Adrif


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dess402 20-5-2021 04:38 PM
Kita pun hantar je lah makcik2 bawang tu pie israel . Biar depa gerun sikitt .
Quote dua_chzy 20-5-2021 04:39 PM
Youuuuuu gooooo Ndddooooonnnnnnnnn
Quote dua_chzy 20-5-2021 04:40 PM
Tengok2 kuliling Yisroel tu jin Yahudi pula berkepung protect Yisroel.
Quote mesmerize 20-5-2021 04:43 PM
roket santet apa yang lambat sangat sampai tu.. roket ke belon udara?.. kalau naik direct commercial flight pun  13 jam dah bole sampai london.. ni kan pulak isreal kat area middle east mediterranean tu dalam 11 jam dah sampai kot.. pastu pulak guna khidmat jin.. patutnya jauh lebih laju dari commercial flights.. kelakar betul yindon
Quote batu kikir 20-5-2021 04:46 PM
Kah... kah.... kah.....
Indon... Indon
Quote noor2 20-5-2021 04:46 PM
....mesti ramai israel mati lepas ni.
Quote Tinot7 20-5-2021 04:46 PM
[youtube]mhdpjWtaE5k[/youtube]
Quote salmon-suki 20-5-2021 04:48 PM
Santet selalunya akan ada nama atau org y dituju kan..ni dorg tuju kat sapa precisely?ke skrg dah boleh santet the whole nation?
Quote tripleid 20-5-2021 04:49 PM
Naik apa tu sampai 2hari?naik jet concorde xsampai 3jam dah sampai
Quote namr 20-5-2021 04:49 PM
Santet menatenyahu tuh
Quote stingerlemon 20-5-2021 04:50 PM
salmon-suki replied at 20-5-2021 04:48 PM
Santet selalunya akan ada nama atau org y dituju kan..ni dorg tuju kat sapa precisely?ke skrg dah bo ...

kau ingat solat aja ada jamak, santet tak boleh dijamakksn sekali? pakaliao?

kahkahkahkajkahkahkah
Quote Normabaru 20-5-2021 04:51 PM
Indon klu xngobrok xsah... Baik ko curik vaksin skali klu santau blh settle perang
Quote stingerlemon 20-5-2021 04:52 PM
Tinot7 replied at 20-5-2021 04:46 PM

caya lah ...sumbangan kita...selain hantar masks kita juga ada mr aquaman yg dapat scan pagar israel.......




kahkahkahkahkahkahkahkahlahkahkahkahlah
Quote Ferr_Remy 20-5-2021 04:53 PM
Aiyorkk 2 hari tu lama okey hahahhaa
Quote dodolgemok 20-5-2021 04:55 PM
Lama juga yah ambil masa 2 hari utk sampai. Adakah refuel transit di beberapa negara sebelum smpai ke yisroel?
Quote salmon-suki 20-5-2021 04:56 PM
stingerlemon replied at 20-5-2021 04:50 PM
kau ingat solat aja ada jamak, santet tak boleh dijamakksn sekali? pakaliao?

kahkahkahkajkahkah ...

Kenapa jamak?
Quote stingerlemon 20-5-2021 04:58 PM
salmon-suki replied at 20-5-2021 04:56 PM
Kenapa jamak?

kenapa takmo jamak?

kau larat sebut satu satu nama?

akai letak mana?

Quote salmon-suki 20-5-2021 05:05 PM
stingerlemon replied at 20-5-2021 04:58 PM
kenapa takmo jamak?

kau larat sebut satu satu nama?

Oooo ehhh..gituuuu..yelaa yelaa..xpernah nak santet org..maybe cumulative yahudi laa yee..plus netanyahu plus biden plus penyokong tegar yahudi..okay okay~
Quote Skuau 20-5-2021 05:09 PM
pasni...jaka sembung,jaka geledek,si buta,mak lampir,suster ngesot,gundala,wiro sableng.....

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.060689 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top