CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Digelar 'Si Kayu', Pengarah Pertahan Sharifah Rose

20-5-2021 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3892| Komen: 18

Description: Sejak gadis berusia 23 tahun, Sharifah Rose muncul dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard yang disiarkan slot Lestary di TV3, tumpuan mula terarah kepada selebriti media sosial atau Instafamous itu.
Sejak gadis berusia 23 tahun, Sharifah Rose muncul dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard yang disiarkan slot Lestary di TV3, tumpuan mula terarah kepada selebriti media sosial atau Instafamous itu.


Sepantas kilat, kehadiran Sharifah Rose mendapat reaksi netizen yang rata-rata membangkitkan soal kemampuan gadis yang lebih dikenali dalam platform media sosial ini, berlakon.

Tidak hairanlah, gelaran pelakon 'kayu' atau 'pokok' kembali diperkatakan dalam laman sembang. Netizen turut membangkitkan kewajaran penerbit dan stesen penyiar memilih personaliti media sosial sebagai pelakon drama berdasarkan faktor individu terbabit mempunyai pengaruh besar atau pengikut ramai di Instagram (IG).



Ini membuka perdebatan terhadap kewibawaan penggiat seni dan pembekal kandungan hingga ada yang mengaitkan apakah penyiar atau penerbit sanggup memperdagangkan mutu produk semata-mata mengejar rating.

Rata-rata netizen menganggap personaliti media sosial yang tiba-tiba terjun dalam dunia lakonan, tidak berbakat, hanya bergantung kepada paras rupa dan diragui kemampuan mereka beraksi.

Mengajukan soalan itu kepada pengarah drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Nizam Zakaria, Sharifah Rose mampu berlakon biarpun masih 'hijau' dalam dunia seni.

"Untuk bakat baharu dan 'hijau' seperti Sharifah Rose, dia berada pada tahap okay. Pasti jika terus diasah dan mencuri ruang belajar, dia boleh berlakon mengikut tahap dimahukan penonton," katanya kepada BH Online.


Foto: IG

Nizam berkata, gelaran artis 'kayu' hanyalah persepsi penonton.

"Kalau pengarah, penerbit dan stesen TV fikir seseorang pelakon tidak 'kayu', maka tidak 'kayulah' dia. Sedangkan hakikatnya, kamilah yang kena menghadap pelakon itu setiap hari sampai dia tidak lagi digelar 'kayu'.

"Kebiasaannya, orang yang mengatakan pelakon 'kayu' itu adalah mereka yang tidak tahu menilai lakonan... Perkara ini sangat subjektif," katanya.

Nizam berkata, sebagai pengarah, dia memiliki keupayaan menilai kemampuan bakat baharu seperti Sharifah Rose.

"Saya memiliki keupayaan mengagak apakah seseorang itu boleh pergi jauh dalam dunia lakonan atau sebaliknya. Jadi, percayalah dengan keupayaan saya itu," katanya.



Tambah Nizam, kemampuan penonton menilai bakat lakonan adalah berbeza.

"Perkara ini berbalik kepada cita rasa. Ada orang suka menu Melayu dan ada yang suka masakan Barat. Begitu juga dalam soal lakonan. Adakalanya lakonan bersahaja sudah memadai untuk menzahirkan emosi.

"Namun, ada pula pihak yang menganggap lakonan keterlaluan atau 'over the top' itulah yang dikatakan bagus. Pada akhirnya, kita sukar memuaskan hati orang," katanya.

Nizam berkata, ada ketikanya, pengarah meminta pelakon memberi aksi berlebih-lebihan atau 'over' di set penggambaran.



"Ini dilakukan kerana ada pihak menganggap berlakon berlebih-lebihan itu baik. Sebagai contoh, bukan semua babak sedih memerlukan pelakon menangis.

"Adakalanya hanya dengan wajah kaku sudah cukup menyerlahkan emosi yang tidak dapat diluahkan. Namun, akhirnya, penonton mahu lebih. Jadi, pengarah ada kalanya dalam dilema memuaskan hati sendiri atau penonton," katanya.

Secara peribadi, Nizam lebih menyukai pendekatan sederhana tetapi mengesankan atau 'less is more'.

"Disebabkan itulah, saya suka menonton cerita dari Scandinavia, drama bersiri Jerman atau terbitan British Broadcasting Corporation (BBC) yang menggunakan konsep 'less is more'," katanya.

Nizam berkata, penggambaran drama Kekasih Hati Mr Bodyguard sebanyak 20 episod masih belum selesai.



Sementara itu, Sharifah Rose yang digandingkan dengan Redza Rosli dalam drama berkenaan tidak mengambil hati dengan kritikan penonton termasuk gelaran pelakon 'kayu'.

"Saya fikir kecaman dan teguran itu perlu. Daripada situ, saya melihat semula kesilapan dan apa yang perlu ditambah baik serta diperbaiki dalam lakonan. "Tiada manusia yang sempurna.

"Andai diberi kepercayaan dan peluang, saya tidak serik berlakon lagi. Ini hanyalah permulaan karier lakonan saya," katanya.

Sharifah Rose menganggap setiap kecaman sebagai nasihat dan pandangan demi kelangsungan kerjaya seninya yang baru mekar.



Dia memiliki lebih 700,000 pengikut di IG. Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard disiarkan setiap Rabu hingga Sabtu di slot Lestary TV3 sejak 15 Mei lalu.

Redza membawa watak Hadif Akashah manakala Sharifah Rose sebagai Hana Aralyn yang menjalin hubungan cinta selepas bertemu untuk menyelesaikan suatu misteri. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 20-5-2021 03:03 PM
citer bodoh, heroin bodoh, pengarah pun bodoh molantun lantun
Quote Guccibamboo 20-5-2021 03:17 PM
Die ni seiras wan sharmila je.....tp versi muda bergetah. Tp wan sharmila pun not bad, lawa je lg & mmg pandai berlakon.
Iols nak wajah baru yg berbeza & yg lebih fresh kalau nak ade pendatang baru pun
Quote firasAli 20-5-2021 03:28 PM
Kesiannya team drama minah ni

Isu kayu pun dorang highlight kan, asalkan dpt publisiti kan?moga pompuan ni kayu selama lamanya, biar sampai bang Jamil mampos org up pasal kayu jeh
Quote merrissa 20-5-2021 03:44 PM
alahai lama2 ok la...tp ak pon x tgk cter ni AHAHHAHHA
Quote ctaz 20-5-2021 03:49 PM
tajuk drama pun dah banggang
Quote Unagi 20-5-2021 03:56 PM
drama boring ngan gedik nye mak aihhhh..tak sanggup aku nak tengok..
Quote Anamia 20-5-2021 04:01 PM
Semalam tertengok cerita ni dgn husband. Ok je dia berlakon. Husband pun ckp ok je takde la kayu pun. Ada je mimik muka
Quote zie_indah 22-5-2021 06:58 AM
Mmg xbest pun dia berlakun itu ja nak cakap
Quote hayrin86 22-5-2021 08:57 AM
mamajawie replied at 20-5-2021 03:03 PM
citer bodoh, heroin bodoh, pengarah pun bodoh molantun lantun

Kan.. Elok rasanya slot LESTARI disiarkan dari Rabu hingga Jumaat aje.. Rabu hingga Sabtu buat apa..

Apapun, drama "Kampung Kolestrol" kat TV9 lagi selera layan berbanding drama yang ada dia..


Quote hayrin86 22-5-2021 08:59 AM
zie_indah replied at 22-5-2021 06:58 AM
Mmg xbest pun dia berlakun itu ja nak cakap

Kan.. "Kampung Kolestrol" kat TV9 lagi bagus sebab kadangkala terselit tauladan yang harus dijadikan contoh biarpun berunsur jenaka.

Quote nubook 22-5-2021 02:24 PM
Media play kuat la dia ni. Lagi org ckp lagi dia suka.
Quote nordin84 22-5-2021 04:39 PM
dia dgn sorg instafemes yg bajet2 sawan tu.. nhrw ke bnde namanye.. mmg kayula selamanye
Quote AmandaRollins 22-5-2021 05:49 PM
Citer bodyguard ni mmg dia nmpk kayu jati sgt2...tp masa berlakon drama yg ada khai bahar,not bad...
Quote kaedahnya 22-5-2021 05:52 PM
ok la ok la baru sangat sangat berlakon kan. lain la kalau dari kecik dah berlakon macam elfira, sweet qismina dengan liyana jasmay tu. tapi emma maembong 1st drama dia berlakon pun lagi ok dari lofa. mungkin ada sesetengah orang ni gifted kot.
Quote Mary_jane 22-5-2021 06:00 PM
Dah memang kayu. Si redza rosli tu elok je berlakon tapi bila pair dengan dia ni nampak kekok sekekoknya.
Quote ciksaenara 22-5-2021 09:04 PM
aku adela tertengok lakonan nya. tidak la kayu sekayunya. plus pelakon baru kan. ada part natural ada part kayu. yang aku tak berkenan kalau tengok si sweet kismia berlakon. very unnatural. actually kalau part yang dia macam ketawa.
Quote SpyLeman 23-5-2021 02:05 AM
Lari sikit dr topik kayu, btw dia ni dah dapat lampu hijau ke dari TZ? Takde pun TZ bawak ke dlm scene keluarga?
Quote EykaZulaikha 27-5-2021 10:14 AM
lakonan kayu, skrip hambar, jalan cerita merapu.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.052814 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top