CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM70,000 Melayang Dikompaun Sambut 'Birthday', Kenapa Degil Sangat Ni?

20-5-2021 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6578| Komen: 39

Description: Padah menyambut hari jadi, 14 individu termasuk tuan rumah didenda dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM70,000 dalam kejadian di Taman Suria, di sini pada malam Selasa.
Padah menyambut hari jadi, 14 individu termasuk tuan rumah didenda dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM70,000 dalam kejadian di Taman Suria, di sini pada malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, operasi pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu dibuat pada jam 11 malam hasil maklumat orang awam.



Gambar hiasan

Menurutnya, apabila sampai di lokasi, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang mendapati 10 lelaki dan empat perempuan berusia antara 17 hingga 38 tahun itu sedang berkumpul di hadapan rumah.

"Hasil siasatan yang dijalankan mendapati 13 orang telah hadir ke rumah salah seorang penghuni di situ dengan tujuan meraikan hari lahir di mana aktiviti tersebut tidak dibenarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kesemua mereka telah dibawa ke IPD Kluang dan sebanyak 14 kompaun telah dikeluarkan, masing-masing setiap seorang berjumlah RM5,000, di bawah Per.16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021.


"Kita menyeru orang ramai agar mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh MKN bagi mengekang penularan wabak Covid-19," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Imkhai 20-5-2021 04:34 PM
padan muka bodoh!!!
Quote Manjahati 20-5-2021 04:41 PM
Mendapatlah kan...
Quote salmon-suki 20-5-2021 04:43 PM
Wauwww..laju..sogaybewak bila nak kena kompaun?sah2 merentas dgn menipu,pstu ziarah raya sama..
Quote brown_pupil 20-5-2021 04:52 PM
cakap jer ko sepupu sepapat dgn jahlop.. mesti polis tu x saman ko. Paling kuat dia kata dalam siasatan..
Quote sarah82 20-5-2021 05:12 PM
70k.. Nangis aku baca..
Quote imransulaiman 20-5-2021 05:20 PM
Besar harapan saya agar pesalah degil dan bingai yang langgar SOP ni tak diluluskan rayuan minta kurang denda.
Quote renko 20-5-2021 05:20 PM
hari2 dgr berita saman kompaun sana sini
persoalannya, org tu bayar ke x
kerajaan pun xpnh umum hasil saman dah berapa
Quote sue_liah 20-5-2021 05:21 PM
dekat dgn rumah aku tu, jenis degil mendapat la
Quote syamzana 20-5-2021 05:23 PM
padan muke dah benak sgt nak folo rules. laju plak polis area derang buat keje
Quote MissVixen 20-5-2021 05:23 PM
Kalau kematian, sakit berat boleh la kesian. Ni sebab birthday je...manusia bodoh, selfish, degil ni patut dipijak2 je.
Quote laksmanabentan 20-5-2021 05:28 PM
uiikkkk tetamu kena saman 5k tu seorang... perhhh...

tetamu neolofa tu cuma kena 1,500 aja seorang..

kenapa lain ekkkk.....
Quote kerunai 20-5-2021 05:35 PM
Edited by kerunai at 20-5-2021 05:36 PM

Quote Aaaaaookkk 20-5-2021 08:17 PM
Mahei pulak kompoun nye.
Jahlop tu knp sikit je? Celah gigi dia je.
Quote bungarose 20-5-2021 08:20 PM
Kenape nelofa anjur majlis kawin yang dihadiri ramai xpakai facemask dan tak patuh sop kena denda baru 10k ajer? Piyu langsung xpakai facemask pun tak kena denda pun.
Quote mizkajura 20-5-2021 08:55 PM
Owwwh mendapat. Tahniah la pulis
Quote gekkou 20-5-2021 09:02 PM
sementelahan jahlop hanya didenda rm60k buat majlis gilang gemilang berlaga bontot
tak plak saman each yang hadir tu?
sungguh la tak adil
Quote merrissa 20-5-2021 09:08 PM
“Ahahhaah nasib laaaa” kata jahlop

Moga jahlop tu insaf, insaf smpai bersara dri bdng seni, duduk tinggal dipondok

Quote supernaturalee 20-5-2021 09:10 PM
Laju btl
Xde pun kata dlm siasatan whatsoever
Dh lh 5k each plk tu

Slh ttp slh
Tp double standard tu yg x kena


Quote laksmanabentan 20-5-2021 09:11 PM
gekkou replied at 20-5-2021 09:02 PM
sementelahan jahlop hanya didenda rm60k buat majlis gilang gemilang berlaga bontot
tak plak saman e ...

hahahahaa... nanti lobenak akan jawab..
hidup jangan la dengki sangat...
hati hitam la tu kann...

hahahahahaha.......

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.053756 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top