CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Takutkan Pencuri, Rumah Yang Hangus

21-5-2021 06:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1579| Komen: 3

Description: Seorang warga emas di Thailand membakar rumahnya apabila mendapati beberapa pencuri cuba memecah masuk ke dalam rumahnya dalam kejadian di daerah Panat Nikhom, wilayah Chonburi, lapor laman berita T ...
Seorang warga emas di Thailand membakar rumahnya apabila mendapati beberapa pencuri cuba memecah masuk ke dalam  rumahnya dalam kejadian di daerah Panat Nikhom,  wilayah Chonburi, lapor laman berita The Thaiger, kelmarin.


Wanita berusia 77 tahun yang tinggal bersendirian itu cuba menakut-nakutkan pencuri tersebut dengan menghidupkan dapur gas dan membakar beberapa barangan di dalam rumahnya.

Selepas mempercayai penceroboh sudah beredar tidak lama kemudian, wanita itu cuba memadamkan kebakaran yang dia sendiri mulakan, namun api merebak dengan pantas dan seluruh rumah terbakar.



Mangsa kemudian lari keluar dan menghubungi pihak polis dan bomba.

Apabila anggota polis dan bomba tiba, mereka menemui wanita itu menunggu dengan tenang di luar kediaman dua tingkat tersebut yang marak dijilat api.

Siasatan polis berhubung kes tidak menemui sebarang bukti pecah masuk, namun ia bukan bermakna pihak berkuasa tidak mempercayai keterangan wanita tersebut.


Jurucakap Polis Panat Nikhom berkata, wanita itu masih berdepan tindakan undang-undang kerana kebakaran tersebut sementara siasatan selesai.

Ini adalah kerana menurut undang-undang negara itu, mencetuskan kebakaran adalah satu kesalahan di sisi undang-undang walaupun kediaman sendiri.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 21-5-2021 07:18 AM
Marahkan nyamuk kelambu dibakar...
Quote salmon-suki 21-5-2021 10:41 AM
Alahaiiiii nenek...kenapa lah mcm tu...
Quote pxlbb 21-5-2021 10:45 AM
Kesian... pencuri zaman skrg pun bukan setakat mencuri, kang nak merogol la membunuh la. Scary wey.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.050098 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top