CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1158|Reply: 3

Nak Takutkan Pencuri, Rumah Yang Hangus

[Copy link]
Post time 21-5-2021 06:57 AM | Show all posts |Read mode
Seorang warga emas di Thailand membakar rumahnya apabila mendapati beberapa pencuri cuba memecah masuk ke dalam  rumahnya dalam kejadian di daerah Panat Nikhom,  wilayah Chonburi, lapor laman berita The Thaiger, kelmarin.


Wanita berusia 77 tahun yang tinggal bersendirian itu cuba menakut-nakutkan pencuri tersebut dengan menghidupkan dapur gas dan membakar beberapa barangan di dalam rumahnya.


Selepas mempercayai penceroboh sudah beredar tidak lama kemudian, wanita itu cuba memadamkan kebakaran yang dia sendiri mulakan, namun api merebak dengan pantas dan seluruh rumah terbakar.








Mangsa kemudian lari keluar dan menghubungi pihak polis dan bomba.


Apabila anggota polis dan bomba tiba, mereka menemui wanita itu menunggu dengan tenang di luar kediaman dua tingkat tersebut yang marak dijilat api.


Siasatan polis berhubung kes tidak menemui sebarang bukti pecah masuk, namun ia bukan bermakna pihak berkuasa tidak mempercayai keterangan wanita tersebut.


Jurucakap Polis Panat Nikhom berkata, wanita itu masih berdepan tindakan undang-undang kerana kebakaran tersebut sementara siasatan selesai.


Ini adalah kerana menurut undang-undang negara itu, mencetuskan kebakaran adalah satu kesalahan di sisi undang-undang walaupun kediaman sendiri.




Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2021 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Marahkan nyamuk kelambu dibakar...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahaiiiii nenek...kenapa lah mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian... pencuri zaman skrg pun bukan setakat mencuri, kang nak merogol la membunuh la. Scary wey.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 05:09 PM GMT+8 , Processed in 1.500901 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list