CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warden Penjara Ditahan Buat Video TikTok Sokong Kekejaman Israel

20-5-2021 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2285| Komen: 7

Description: Polis menahan seorang warden penjara selepas videonya tular menyokong kekejaman rejim Israel terhadap Palestin di aplikasi TikTok, kelmarin.
Polis menahan seorang warden penjara selepas videonya tular menyokong kekejaman rejim Israel terhadap Palestin di aplikasi TikTok, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, suspek berusia 31 tahun ditahan selepas dipanggil hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah bagi memberi keterangan.


Katanya, hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek turut mendapati positif morfin.



“Susulan video tular itu, suspek dipanggil untuk memberi keterangan sebelum ditahan.

“Hasil siasatan awal, suspek dipercayai telah memuat naik rakaman video tersebut ketika dibawah pengaruh dadah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ujarnya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakannya untuk memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok.

“Suspek direman dua hari bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988.


“Dia juga akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 59 saat memaparkan seorang lelaki menyokong tindakan Israel melalui akaun TikTok bernama @pahlawan90.

Video tersebut menimbulkan kemarahan netizen dan masyarakat secara amnya kerana dilihat menyentuh sensitiviti agama. 



Sumber: K! ONLINE

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosasen 20-5-2021 11:52 AM
warden pn amik dadah ek...
Quote ezacbee 20-5-2021 11:53 AM
Warden ketum ke
Quote Simunggu 20-5-2021 11:54 AM
masukkan dia dlm penjara pula...minta mat gian jadi warden jaga dia pula...
Quote Babai 20-5-2021 12:13 PM
rosasen replied at 20-5-2021 11:52 AM
warden pn amik dadah ek...

Apa nak pelik
Quote NataliaLuiz 20-5-2021 12:54 PM
Tak terkejut warden pun amik dadah..tp sokong isr4hell Zionist laknatullah ni mmg bodoh gila.
Quote slyfynx 20-5-2021 01:21 PM
Just sharing info

Untuk prison officer, perkataan yang betul ialah WARDER.
Pengunaan WARDEN x salah, tp yang paling tepat WARDER, sbb tu mmg specifically untuk prison
Quote shiraloveyou 20-5-2021 01:36 PM
Sekarang ni org memang mencapub kt tiktok buat benda2 bangang je eh

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.301542 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top