CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

PPIM Rampas Produk Sokong Israel Buat Netizen Marah

20-5-2021 11:11 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11535| Komen: 101|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Segelintir netizen mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menyerbu sebuah restoran lalu menurunkan produk minuman berkaitan Israel.




Segelintir netizen mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menyerbu sebuah restoran lalu menurunkan produk minuman berkaitan Israel.

Ini kerana tindakan tersebut disifatkan menganiayai peniaga serta tidak sampai pada sasarannya.

Manakan tidak, merampas minuman satu jenama lalu membakar logo tersebut membuatkan ramai yang terpinga-pinga, nak memboikot Israel tetapi dengan cara menganiayai orang tempatan?

Atau mungkinkah ini permulaan boikot besar-besaran yang akan membantu Palestin di sana?



Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan ini adalah tindakan termampu mereka lakukan untuk memboikot produk yang menyokong Israel.

"Kalau tindakan ini berkesan, kita akan teruskan dengan produk lain, supaya mereka faham dan harap rakyat Malaysia menyokong kempen ini."


Foto:Ig

Bagaimanapun, segelintir netizen berpendapat niat tidak menghalalkan cara.

Foto: Twitter


Namun, cerita sebenarnya ialah Ketua Eksekutif Kumpulan Rangkaian restoran tersebut turut hadir dan bersetuju untuk bersama-sama PPIM bersolidariti dalam isu pembantaian umat Islam di Palestin.

Usaha berkenaan akan digerakkan di lebih 10,000 restoran ahlinya di seluruh negara.

Jadi, anda rasa bagaimana? Patutkah kita memboikot dengan cara merampas produk-produk ini atau hanya meneruskan kempen memboikot produk sahaja? - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 20-5-2021 11:17 AM
hahahahahahahahahahahahahahahahahaahhaha
Quote Orix 20-5-2021 11:19 AM
bodohnya la hai... itu jelah otak lobai mampu kan dari dulu sampai sekarang ??? bikot lah sekali teknologi yg pro zionis kalau mampu
Quote caprut 20-5-2021 11:21 AM
Orix replied at 20-5-2021 11:19 AM
bodohnya la hai... itu jelah otak lobai mampu kan dari dulu sampai sekarang ??? bikot lah sekali tek ...

Bnda yg tk payah kluarkan duit tk nak pula boikot. Haha
Quote Orix 20-5-2021 11:23 AM
caprut replied at 20-5-2021 11:21 AM
Bnda yg tk payah kluarkan duit tk nak pula boikot. Haha

dia xtau sekali Israel betul2 boikot negara yg dia benci tarik semua access teknologi, platform, mengelupo ke tak ummah.....
Quote JunkMail 20-5-2021 11:23 AM

Rampas kat peniaga kecil je ke? Pergilah rampas burger McD, kopi Starbucks, block Facebook

Quote ezacbee 20-5-2021 11:24 AM
Boikot bermusim.
Lepas tu senyap..
Quote Normabaru 20-5-2021 11:29 AM
Takat ko byr utk bakar.. Hepi ja tokei presma tu.ppim isu kartel daging isu logo halal haram isu tunggang agama ko xbising plak.. Lols
Quote ang_bess 20-5-2021 11:30 AM
Takdirrrr!!! Aku syor kan gomen hanta la 1 way ticket kat pejuang2 pelestin ni ker gaza. Pergi la mengkomer pegi berjuang bantai israhell. Nak jugak aku tengok geng2 ni dan keyboard watriuh berani x pegi.
Quote tripleid 20-5-2021 11:30 AM
Coca-Cola ketengah jasanya di Palestin

Diterbitkan 19 May 2021, 1:37 pm
Dikemaskini 19 May 2021, 2:18 pm
A+
A-
Coca-Cola Malaysia berkata gesaan untuk memboikot produk mereka dibuat berdasarkan maklumat yang salah, khabar angin dan kurang pemahaman, khususnya termasuk operasi mereka di Timur Tengah.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika muncul semula gesaan memboikot minuman itu di tengah-tengah kehangan konflik Israel dan Hamas daripada kumpulan pejuang Palestin.

“Kami tetap memandang serius terhadap keganasan di Israel dan Gaza dan kesan buruknya terhadap masyarakat di wilayah itu.

Coca-Cola dan pembotol kami NBC mempunyai komitmen yang panjang terhadap pasaran Palestin dan telah memulakan pengeluaran sejak 1998 dan hari ini kami menjadi salah satu majikan terbesar di wilayah itu,” katanya.

Setakat 2016, Coca-Cola, melalui NBC, menjadi majikan ketiga terbesar di Palestin.

Bagaimanapun, Coca-Cola juga dituduh mengaut keuntungan daripada penempatan haram orang Israel di Palestin.

Pada 2017, syarikat itu dilaporkan akan dimasukkan dalam senarai hitam Majlis Hak Asasi Manusia PBB berkenaan syarikat yang beroperasi di penempatan haram, tetapi ia tiada dalam senarai akhir yang diterbitkan.

Hubungan Coca-cola dengan pemilik NBC Zahi Khouri, yang juga pendukung pergerakan anti-Israel Boycott, Divestment, Sanctions (BDS), mengundang kritikan daripada kumpulan-kumpulan negara Zionis itu.

Setakat ini, lebih 200 terkorban akibat serangan udara Israel terhadap Gaza manakala sekurang-kurangnya 10 meninggal dunia susulan serangan roket Hamas.

Sementara itu, Coca-Cola berkata boikot di Malaysia hanya akan memberikan kesan buruk terhadap pekerjanya di negara ini dan pengedar tempatan.

“Walaupun Coca-Cola jenama antarabangsanya, operasi pembotolan dibuat di sini. Coca-Cola dibuat di Malaysia, dari rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia,” katanya.
Quote ChildrenOfBodom 20-5-2021 11:32 AM
kalao aku jadi tokey kedai ni aku tembak mampos celaka2 yg dok ganggu bisnes aku,, diri sendiri perangai macam zionis..
Quote dodolgemok 20-5-2021 11:32 AM
Bodoh ke apa buat gimik sebegini? Ingat org suka ke cara ekstremis sebegini? Sebab tu di tanah air, isu palestin ni non moslem taknak ambil tau sbb isu ni nampk isu ugama, smbil puak2 ekstreme ni buat tindakan ikut sukahati kepala otak dia jah! Ujong2 meratap sendu kempen tak diambil peduli org ramai. Pfffttttttttt
Quote Boomibulat 20-5-2021 11:34 AM
Lebih afdal pgi terus serbu kilang coke tu..bkn jauh pun..tp jgn lupa jugak kilang arak tu
Quote ChildrenOfBodom 20-5-2021 11:35 AM
dekat UK ada jugak puak pro palestine buat demo sambil kata rape their daughter kat orang yahudi.. so pejuang la sangat

[youtube]x8-tOHe6Csk[/youtube]
Quote renko 20-5-2021 11:35 AM
lepas tu bila bangsa sendiri jobless xde pendapatan
melalak salahkan kerajaan dgn bangsa lain
Quote mejaputih 20-5-2021 11:39 AM
jgn la buat perangai mcm israel pulak...rampas2 brg org....
Quote Mamidingdong 20-5-2021 11:41 AM
Datang kedai org tetiba rampas itu ini, tak rasa ke perangai tu dah serupa dgn zionis?
Quote pyropura 20-5-2021 11:45 AM
Bawak bakul macam pondan je letak botol2 tuh. Kot ya pun bawak lah satu lori, nak punggah pun pakai lah crates Coke tu, baru lah nampak.serius & grand. Hadoiii mangang nya samseng tokey burger nih :lo
Quote pyropura 20-5-2021 11:47 AM
Normabaru replied at 20-5-2021 11:29 AM
Takat ko byr utk bakar.. Hepi ja tokei presma tu.ppim isu kartel daging isu logo halal haram isu tun ...

Isu daging beku aritu dia salahkan.org2 masjid diam.diri tak buat keja katanya
Quote Simunggu 20-5-2021 11:52 AM
kerajaan Malaysia kena memainkan peranan besar dgn jangan benarkan import barangan dari Yahudi ni...kita try 1-3 bulan....boleh tu rasanya...contoh, kita sama sama minum teh ais ja...jangan minum coca cola...rasanya tak mati pun..org kapir duduk malaysia kena ikut jugalah..

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.300650 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top