CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Gatal Tangan Baling Mercun Bola Ke Arah Polis Di Lebuhraya Karak Ditahan

20-5-2021 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2117| Komen: 18

Description: Polis menahan seorang remaja yang terlibat membakar dan membaling mercun bola ke arah anggota pasukan keselamatan itu yang sedang melakukan rondaan di Lebuh Raya Karak.
Polis menahan seorang remaja yang terlibat membakar dan membaling mercun bola ke arah anggota pasukan keselamatan itu yang sedang melakukan rondaan di Lebuh Raya Karak.

Suspek berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika bersama seorang lagi rakannya yang menaiki motosikal pada jam 10,30 malam semalam turut ditahan, kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe.



Kredit foto: Kosmo

“Anggota berkenaan telah ternampak dua pemuda menaiki motosikal jenis Yamaha LC 135 dalam keadaan mencurigakan dan berhenti di tepi jalan berhampiran Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Tiba-tiba salah seorang dari lelaki tersebut telah membakar dan membaling mercun bola ke arah anggota polis yang bertugas di SJR dan terus melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Arifai, berikutan pasukan polis mengejar mereka dan berjaya menangkap kedua-dua suspek tidak jauh dari SJR.


Tambah beliau, hasil pemeriksaan lanjut polis menemui satu plastik lutsinar yang mana di dalamnya mengandungi 14 biji mercun bola bersama dan satu pemetik api.

“Hasil siasatan mendapati salah seorang suspek merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia berusia 16 tahun bertindak membakar dan membaling mercun bola kearah anggota polis yang bertugas di Sekatan Jalan Raya tanpa niat dan bersahaja.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Kedua-dua suspek 16 dan 20 tahun itu telah dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang pagi tadi dan telah dibenarkan tahan reman selama tiga hari mulai hari ini hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut,” katanya.


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syidasaleh 20-5-2021 11:38 AM
Tahniah dik tahniah. Lembam ke dik. Tanpa niat dan saja2. {:nose
Quote renko 20-5-2021 11:40 AM
budak2 kimak cmni kurang ajar betul
bakar kan sume mercun tu
masuk kan dalam seluar masing2
Quote insulin 20-5-2021 11:44 AM
Xde kojo pastu cari masalah. meraso masuk lokap.
Quote pearl.silver 20-5-2021 11:53 AM
Ni mesti satu spesis ngn bdk2 yg kurung dan bkr tahfiz dulu..
Elok hapuskn bdk2 ni sblum diorg membunuh org lain.
Quote malaygirl 20-5-2021 11:54 AM
Awatlah marah ke polis sjr dik oiii
Quote ezacbee 20-5-2021 11:55 AM
Dorang pasang niat nak beraya dlm lokap.

Quote white_musk 20-5-2021 11:57 AM
Mungkin di ingat dia dah sampai sempadan Gaza, polis itu dilihat seperti IDF
Quote Skuau 20-5-2021 11:59 AM
kat balai...mcm2 'mercun' ko dapat dek...
Quote She-Ra 20-5-2021 11:59 AM
bebudak zaman sekarang
berani naw naw otak sangkut kt tiang rumah
Quote batmana 20-5-2021 12:31 PM
klu kt US ni, dh kene acu senjata dah ni, tembak kt tayar, biar jatuh bergolek..
Quote ImpianSeroja 20-5-2021 12:47 PM
Adoiiii dik..dah lama hidup ke tu
Quote prettyuglybabe 20-5-2021 12:50 PM
mesti mak bapak jenis menangkan anak..
Quote Cece1234 20-5-2021 12:56 PM
Padan muka..
Quote NataliaLuiz 20-5-2021 01:00 PM
Tak ada penyakit, cari penyakit
Quote Ayda89 5-8-2021 05:04 PM
Harap kena beduk dulu sedas dua baru bwk balai. Kurang ajaran punya budak
Quote Ayda89 5-8-2021 05:37 PM
Harap kena beduk dulu sedas dua baru bwk balai. Kurang ajaran punya budak
Quote Artemesiaa 5-8-2021 05:41 PM
Kerja sia2 tambah dapat masaalah
Quote tikusmontok 5-8-2021 06:10 PM
malaygirl replied at 20-5-2021 11:54 AM
Awatlah marah ke polis sjr dik oiii

Tak lepas sjr nak g berkumpul mendadih la tu...budak2 setan ni elok dirotan jer bontot memasing ngan ekor pari spi berbirat

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.062311 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top