Segelintir netizen mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menyerbu sebuah restoran lalu menurunkan produk minuman berkaitan Israel.
Ini kerana tindakan tersebut disifatkan menganiayai peniaga serta tidak sampai pada sasarannya.
Manakan tidak, merampas minuman satu jenama lalu membakar logo tersebut membuatkan ramai yang terpinga-pinga, nak memboikot Israel tetapi dengan cara menganiayai orang tempatan?
Atau mungkinkah ini permulaan boikot besar-besaran yang akan membantu Palestin di sana?
Twitter
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan ini adalah tindakan termampu mereka lakukan untuk memboikot produk yang menyokong Israel.
"Kalau tindakan ini berkesan, kita akan teruskan dengan produk lain, supaya mereka faham dan harap rakyat Malaysia menyokong kempen ini."
Fotog
Bagaimanapun, segelintir netizen berpendapat niat tidak menghalalkan cara.
Foto: Twitter
Namun, cerita sebenarnya ialah Ketua Eksekutif Kumpulan Rangkaian restoran tersebut turut hadir dan bersetuju untuk bersama-sama PPIM bersolidariti dalam isu pembantaian umat Islam di Palestin.
Usaha berkenaan akan digerakkan di lebih 10,000 restoran ahlinya di seluruh negara.
Jadi, anda rasa bagaimana? Patutkah kita memboikot dengan cara merampas produk-produk ini atau hanya meneruskan kempen memboikot produk sahaja? - CARI
Post time 20-5-2021 11:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Takdirrrr!!! Aku syor kan gomen hanta la 1 way ticket kat pejuang2 pelestin ni ker gaza. Pergi la mengkomer pegi berjuang bantai israhell. Nak jugak aku tengok geng2 ni dan keyboard watriuh berani x pegi.
Diterbitkan 19 May 2021, 1:37 pm
Dikemaskini 19 May 2021, 2:18 pm
A+
A-
Coca-Cola Malaysia berkata gesaan untuk memboikot produk mereka dibuat berdasarkan maklumat yang salah, khabar angin dan kurang pemahaman, khususnya termasuk operasi mereka di Timur Tengah.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika muncul semula gesaan memboikot minuman itu di tengah-tengah kehangan konflik Israel dan Hamas daripada kumpulan pejuang Palestin.
“Kami tetap memandang serius terhadap keganasan di Israel dan Gaza dan kesan buruknya terhadap masyarakat di wilayah itu.
Coca-Cola dan pembotol kami NBC mempunyai komitmen yang panjang terhadap pasaran Palestin dan telah memulakan pengeluaran sejak 1998 dan hari ini kami menjadi salah satu majikan terbesar di wilayah itu,” katanya.
Setakat 2016, Coca-Cola, melalui NBC, menjadi majikan ketiga terbesar di Palestin.
Bagaimanapun, Coca-Cola juga dituduh mengaut keuntungan daripada penempatan haram orang Israel di Palestin.
Pada 2017, syarikat itu dilaporkan akan dimasukkan dalam senarai hitam Majlis Hak Asasi Manusia PBB berkenaan syarikat yang beroperasi di penempatan haram, tetapi ia tiada dalam senarai akhir yang diterbitkan.
Hubungan Coca-cola dengan pemilik NBC Zahi Khouri, yang juga pendukung pergerakan anti-Israel Boycott, Divestment, Sanctions (BDS), mengundang kritikan daripada kumpulan-kumpulan negara Zionis itu.
Setakat ini, lebih 200 terkorban akibat serangan udara Israel terhadap Gaza manakala sekurang-kurangnya 10 meninggal dunia susulan serangan roket Hamas.
Sementara itu, Coca-Cola berkata boikot di Malaysia hanya akan memberikan kesan buruk terhadap pekerjanya di negara ini dan pengedar tempatan.
“Walaupun Coca-Cola jenama antarabangsanya, operasi pembotolan dibuat di sini. Coca-Cola dibuat di Malaysia, dari rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia,” katanya.
Bodoh ke apa buat gimik sebegini? Ingat org suka ke cara ekstremis sebegini? Sebab tu di tanah air, isu palestin ni non moslem taknak ambil tau sbb isu ni nampk isu ugama, smbil puak2 ekstreme ni buat tindakan ikut sukahati kepala otak dia jah! Ujong2 meratap sendu kempen tak diambil peduli org ramai. Pfffttttttttt
Post time 20-5-2021 11:45 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Bawak bakul macam pondan je letak botol2 tuh. Kot ya pun bawak lah satu lori, nak punggah pun pakai lah crates Coke tu, baru lah nampak.serius & grand. Hadoiii mangang nya samseng tokey burger nih :lo
kerajaan Malaysia kena memainkan peranan besar dgn jangan benarkan import barangan dari Yahudi ni...kita try 1-3 bulan....boleh tu rasanya...contoh, kita sama sama minum teh ais ja...jangan minum coca cola...rasanya tak mati pun..org kapir duduk malaysia kena ikut jugalah..