CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lama Berlakon, Harga Makin Turun- Syanie Terkilan Produksi Tawar Bayaran RM500

18-5-2021 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5697| Komen: 31

Description: Pelakon Syanie Hisham meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan sebuah produksi drama yang menawarkan peluang berlakon dengan bayaran tidak munasabah.
Pelakon Syanie Hisham meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan sebuah produksi drama yang menawarkan peluang berlakon dengan bayaran tidak munasabah.

Justeru Syanie, 47, berkata dia tidak teragak-agak menolak tawaran lakonan yang difikirkan tidak bersesuaian dengan bayaran dan komitmen yang perlu diberikan.


Foto: IG

"Sebelum ini ada production manager tawar saya berlakon drama dua episod dengan bayaran RM500 sahaja, memang saya tolak! Bukan sebab saya demand tapi biarlah berbaloi dengan harga berapa lama kita berlakon.

"Saya dah berlakon banyak drama dan filem tapi itulah hakikat di Malaysia ini apabila dah lama berlakon harga pun makin turun... saya beritahu pihak berkenaan untuk cari pelakon lain atau ambil sahaja pelakon tambahan... dia jawab tak apa la ada saja artis lain!


"Apabila berdepan isu ini, saya tak marah pun cuma rasa kecewa. Bagi saya lebih baik tak payah berlakon daripada ambil job sekadar tangkap muat. Mereka nak kita tapi nak bayar dengan harga tak sesuai," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Syanie turut meluahkan rasa terkilan apabila ada tawaran lakonan yang diberikan diukur berdasarkan jumlah pengikut di Instagram.

Sudah tiga dekad dalam industri hiburan, Syanie berpendapat tidak wajar produksi menilai kredibilitinya sebagai pelakon dengan membandingkan jumlah pengikut itu.



"Kalau saya boleh bertahan selama 30 tahun maknanya adalah kerja saya yang memang bagus... bukan nak cakap saya hebat, tapi jika saya boleh bertahan selama ini, takkanlah kredibiliti saya diletak begitu rendah dengan dibandingkan dengan jumlah pengikut di Instagram.

"Saya sangat kecewa apabila ada pengurus produksi yang bertanyakan jumlah pengikut Instagram saya untuk watak yang ingin ditawarkan. Saya ini bukanlah pengguna yang pandai menggunakan media sosial dan saya tak akan buat kandungan yang mengarut.

"Walaupun saya tahu kandungan yang bukan-bukan ini cepat mendapat perhatian dan boleh menaikkan jumlah pengikut tapi itu bukan prinsip hidup saya. Kalau itu jadi ukuran, memang tertinggal jauhlah saya dengan pelakon baharu lain yang memiliki ratusan pengikut," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 18-5-2021 10:07 AM
Nampak muda
Quote piao 18-5-2021 12:50 PM
ko henyakatau himpap je producer tu syanie nk bayar org 500 agak2 la..
Quote Boomibulat 18-5-2021 01:05 PM
Kira sekilo 5 ringgit kut..
Quote dudaberhias 18-5-2021 01:11 PM
Boomibulat replied at 18-5-2021 01:05 PM
Kira sekilo 5 ringgit kut..

Kalau syanie ni 100kg kaka. Tu kira RM5000 dah tu. Rasanya 10KG bundle RM5
Quote Boomibulat 18-5-2021 01:14 PM
dudaberhias replied at 18-5-2021 01:11 PM
Kalau syanie ni 100kg kaka. Tu kira RM5000 dah tu. Rasanya 10KG bundle RM5

Betul la kiraan saya..100x5=500..
Quote eely_shana 18-5-2021 03:55 PM
Tak berubah sgt muka syani dari zaman kecik2 tgk dia dulu2
Quote salimrock 18-5-2021 04:01 PM
teringat lagi2 senario jadi bini Azlee,
Quote asamfish 18-5-2021 04:44 PM
Actually berapa bayaran utk artis2 level Syanie ni?
Quote LadyCarefree 18-5-2021 04:56 PM
Edited by LadyCarefree at 18-5-2021 03:59 PM

2 episod watak sampingan dialog minima memang dapat 500 la sbb most likely sehari kerja saja @asamfish

Kalau pelakon extra xde dialog is RM60 to 80 per day max 12 hours on location. Tiada allowance lain. Makan minum kat set je dapat free.
Quote LadyCarefree 18-5-2021 04:57 PM
piao replied at 18-5-2021 11:50 AM
ko henyakatau himpap je producer tu syanie nk bayar org 500 agak2 la..

Untuk sehari kerja kalau 2 episod bukan watak utama oklah tu. Mmg macam tu bayarannya.
Quote wirazam 18-5-2021 04:58 PM
piao replied at 18-5-2021 12:50 PM
ko henyakatau himpap je producer tu syanie nk bayar org 500 agak2 la..

500 utk watak sampingan ok la..ntah2 utk 2 episod tu ada 2 - 4 Kali dialog je
Quote asamfish 18-5-2021 05:00 PM
LadyCarefree replied at 18-5-2021 04:56 PM
2 episod watak sampingan dialog minima memang dapat 500 la sbb most likely sehari kerja saja @asamfi ...

Ooo...nama je 2 episod, tapi kerja sehari je eh....kalau mcm tu saya rasa ok kot
I thought kalau 2 episode tu kerja empat lima hari.


Quote piao 18-5-2021 05:21 PM
500 MCM GAJI AKU je
Quote ina_na 18-5-2021 05:24 PM
500 tuk 1 episode kot.. Biasa artis ni ade level2 dia.. Gred A biasa mahai skt 2-3k tuk 1 episode..ni dl la rsnye kalo x salah.. Skrg x tau la.. Kalo 1 episode 500x6=3000 ok la tu.. Dr kita ni sebulan keje.. Dia shooting kalo citer berepisode pun bape lama je..
Quote LadyCarefree 18-5-2021 05:55 PM
asamfish replied at 18-5-2021 04:00 PM
Ooo...nama je 2 episod, tapi kerja sehari je eh....kalau mcm tu saya rasa ok kot
I thought kalau  ...

Biasanya tak lebih sehari kalau 2 episode takat watak sampingan je pun.
Quote LadyCarefree 18-5-2021 05:56 PM
piao replied at 18-5-2021 04:21 PM
500 MCM GAJI AKU je

Gaji hang RM500 sehari? Dalam sehari tu yg kena buat kerja maybe sejam dua saja. Yg lain standby.
Quote LadyCarefree 18-5-2021 05:59 PM
Edited by LadyCarefree at 18-5-2021 05:01 PM
ina_na replied at 18-5-2021 04:24 PM
500 tuk 1 episode kot.. Biasa artis ni ade level2 dia.. Gred A biasa mahai skt 2-3k tuk 1 episode..n ...


Tak juga ikut grade melainkan retis kebabom macam mekjurah, zahirah, ungka, kamal adli camtu nama dah gah. Yg ni negotiable antara production house dengan retis. Selain tu ada standard payment tak jauh lari dari this baseline. Watak utama 1k per episode drama yg tayangan sejam. Kalau telemovie atau filem bayaran lain basis.
Quote slyfynx 18-5-2021 06:39 PM
Retis ni selalu demand tinggi nau.
Pastu bile org x nk offer job bising.
Ntah la
Quote ImpianSeroja 18-5-2021 06:50 PM
Bertabah la Kak Syanie ..kot rasa x berbaloi x payah la ambil job tu

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.050913 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top