CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syok Tayang Kemeriahan Raya, Artis Buat-buat Lupa SOP Atau Dah Sedia Duit?

18-5-2021 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7427| Komen: 29

Description: Tindakan beberapa selebriti memuat tnaik gambar menyambut hari raya bersama seisi keluarga (tidak termasuk yang bukan sebumbung) nyata mengundang kemusykilan ramai.
Tindakan beberapa selebriti memuat tnaik gambar menyambut hari raya bersama seisi keluarga (tidak termasuk yang bukan sebumbung) nyata mengundang kemusykilan ramai.

Perbuatan yang pastinya menjadi sasaran teropong netizen sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, sekali lagi menyemarakkan kemarahan ramai.


Entah terlupa dengan prosedur operasi standard (SOP) tiada aktiviti ziarah iaitu lebih tepat Aidilfitri dirayakan hanya bersama anggota satu rumah sahaja, mungkin juga mereka sudah bersedia dengan wang berkepuk untuk membayar kompaun.


Kredit foto: IG/Twitter/OH MY MEDIA

Antara yang menjadi bualan netizen adalah perlakuan aktor Gerak Khas, Norman Hakim yang dilihat berkongsi momen raya bersama keluarga bekas isteri, Abby Abadi dan suaminya serta anak mereka.

Menyaksikan komen-komen menjurus kepada pertanyaan mengenai perhimpunan keluarga besar seramai 13 orang, suami kepada Memey Suhaiza itu dilihat menutup ruangan komen.


Bukan sahaja peminat, golongan selebrtiti seperti Que Haidar turut menyuarakan teguran berhubung perkara berkenaan. Nama Rozita Che Wan yang turut mengabadikan gambar Aidilfitri saudara-mara terdekat turut dinyatakan.

Secara sinikal Que tertanya-tanya adakah semua anggota keluarga mereka yang terlibat tinggal sebumbung sehingga boleh berhimpun sebegitu meriah.
Abby Abadi pula mengambil pendekatan membalas perkongsian aktor terbabit menerusi Insta Story akaunnya dengan menegaskan dia dan keluarga bekas suaminya memang rapat.

“Hari biasa lepak rumah kita (kami), kadang-kadang rumah Norman. Bulan puasa selang sehari berbuka bersama, takkan raya tak boleh jumpa? Apa yang dengki sangat tu?” katanya.

Pada masa sama, Que turut meluahkan kemusykilan serupa dalam Instagram terhadap keluarga seorang menteri kanan bersama anak dan menantunya.

Barangkali ada yang berpendapat pihak berkuasa tidak mungkin dapat memantau aktiviti semua orang hingga ke dalam rumah, tetapi jangan lupa kuasa netizen mampu menyelongkar segala ruang.

Teropong warga maya bekerja 24 jam tujuh hari seminggu, ibaratnya mereka bergabung bagi memantau suasana, tambahan pula isu ‘golongan kayangan’ berleluasa.

Apabila kerajaan sudah memutuskan jangan kunjung mengunjungi, SOP berkenaan digariskan untuk semua tanpa mengira pangkat dan darjat.

Rasa tidak puas hati neziten mungkin disebabkan mereka merasakan pihak berkuasa hanya menggandakan rondaan di kawasan flat, kampung dan perumahan sederhana sepanjang awal Syawal seperti yang ditularkan dalam media sosial.

Dari situ, tentu timbul rasa diskriminasi atau wujud pilih kasih dari segi pemantauan dan penguatkuasaan, sedangkan barangkali memang ada rondaan di kawasan elit, namun tiada siapa peduli.

Saat angka pesakit dan kematian akibat Covid-19 semakin meningkat, amaran terbabit seakan-akan tidak diendahkan.

Ketepikan seketika sikap segelintir ahli masyarakat yang berdegil melakukan ziarah sejak 1 Syawal lalu, memandang mereka bukan orang dikenali seperti selebriti atau ahli politik. Mereka juga dikompaun, namun impaknya tidak sehebat artis atau orang kenamaan.

Baik atau buruk tindakan mereka, ada harga yang perlu dibayar.

Lihat saja nasib penyanyi muda, Masya Masyitah yang dikecam secara berjemaah selepas kisahnya dapat berhari raya di kampung menjadi topik perbincangan netizen sehingga membawa kepada siasatan polis.

Selepas didakwa menggunakan ‘tiket’ ibu PJJ (pasangan jarak jauh) dengan bapanya, dia yang pada awalnya mengunci mulut menegaskan gambar seisi keluarga berbaju sedondon adalah gambar lama.

Kes membabitkan Marsya bukan baharu memandangkan sebelum ini isu pensohor media sosial dan selebriti langgar SOP sudah bukan luar biasa.

Kemarahan netizen mungkin sudah memuncak memikirkan hanya mereka yang perlu mengorbankan nikmat berhari raya demi memutuskan rantaian Covid-19.

Berbalik kepada gambar istimewa raikan 1 Syawal, bagi yang sudah ‘terkongsi’ detik menggembirakan bersama insan tersayang yang bukan sebumbung, belum terlambat untuk memadamkannya.



Simpan saja kenangan tersebut untuk ditatap menerusi telefon bimbit, bukan menunjuk-nunjuk dalam media sosial dan menambah luka hati insan lain atau risiko dikompaun.


Sumber: Kosmo!
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 18-5-2021 10:30 AM
adakah mereka masih memikirkan pahala berganda???????
Quote Samerosie 18-5-2021 10:38 AM
La kosmo tertinggal gambar artis tersangkak si sohai siap rentas negeri beraya baju sedondon.  Tipu surat kata tok meninggal padahal yak yak yey satu family naik bas balik kampung selatan makan sup gear box dengan sambal udang.  Siap menganjing kan netizen lagi dia dapat rentas negeri balik beraya.
Quote matjerk 18-5-2021 10:40 AM
Tlg report Sohai jugak. Sesekali dia ni perlu jugak dipatahkan ego dia. Siap menyumpah kerajaandajal..padahal dia yg dajei.....
Quote Suchi 18-5-2021 10:52 AM
Wartawan ni dulu masa sekolah selalu tidur ke? Dah sah- sah la maksud perkataan artis tu = langgar peraturan

Jadi tak perlu dipersoalkan lagi , tak artis laa kalau tak langgar SOP.

Quote makneng 18-5-2021 11:00 AM
Cheta RSO tu mmg shoot pagi raya ke atau dah shoot masa bulan puasa lagi?

Sohai tak de pun? Terpaling dia kalah ninjah.. Dari kelate ke kota tinggi... Ke reputz dah x anggap sohai ni retis? Sian
Quote haruslah 18-5-2021 11:06 AM
Menteri kanan tu plg best
Dah siasat. Anak menantu tinggal 1 rumah =tiada pergerakan keluar masuk Pd 13mei
Untungkan duk rumah rasmi dgn anak menantu cucu
Quote kucingitam 18-5-2021 11:06 AM
bodonya jwpn abby..hari biasa lantak kau la nak melepak rumah sapa..kan dah kata hari raya PKP, takleh ziarah. kena kecam kang merempan..tapi sendiri tunjuk kurang bijak..eh..jgn bagi netizen tambah dosa boleh tak?
Quote Orix 18-5-2021 11:12 AM
tokti kalo x kena kecam aritu iols rs boleh jadik sheols beraya dgan kerabat tok k ......
Quote dudaberhias 18-5-2021 11:15 AM
Samerosie replied at 18-5-2021 10:38 AM
La kosmo tertinggal gambar artis tersangkak si sohai siap rentas negeri beraya baju sedondon.  Tipu  ...

jangan lupa siap bergambar depan istana kokdiang yang baru renovate pakai wallpaper kedai eco...
Quote krustykrab 18-5-2021 11:19 AM
Jawapan abbebal mcm bodo sgt...ingatkn dh bertudung litop ni tau la nk bezakan baik buruk rupanya hmmmmm
Quote krustykrab 18-5-2021 11:19 AM
Orix replied at 18-5-2021 11:12 AM
tokti kalo x kena kecam aritu iols rs boleh jadik sheols beraya dgan kerabat tok k ......

Beraya jgk kot ..maybe dh pintar sket lps kna kecam ari tu
Quote krustykrab 18-5-2021 11:23 AM
Semoga yg lamggar sop ni kna covid19 masuk icu, sesak napas 5-6hari sblm mati...
Quote kuzaime 18-5-2021 11:36 AM
Hmm jgn kata yg have2, yg sangkak mcm si sohai pun lepas jugak kdg terfikir, orang2 mcm ni boleh mati ke apa kalau x sambut raya??
Quote CaqJora 18-5-2021 11:59 AM
What do u expect, retis dan kebodohan berpisah tiada. Semua kena tunjuk di socmed, sbb nanti org tak tau maka naik la kayap dan kudis buta kat seluruh badan depa. Mmg bodoh tahap kerbau pendek depa ni
Quote ReginaGeorge 18-5-2021 12:28 PM
Norman tu x geli ke dgn setajah bebal tu {:nose
Quote sonatalady 18-5-2021 01:32 PM
selagi x kena.esok2 kena..isu lain plak.menyalahkan org lain masa tu.nama pn dunia tipu2.
Quote tikusmontok 18-5-2021 07:26 PM
Orix replied at 18-5-2021 11:12 AM
tokti kalo x kena kecam aritu iols rs boleh jadik sheols beraya dgan kerabat tok k ......

Ntah2 mmg beraya pun kumpul kerabat..cuma dah tobat tanak tayang kat socmed slps peristiwa enjoy hospital enjoy cukur jamboel
Quote Wayree 18-5-2021 07:31 PM
Ramai je retis n org biasa beraya gn kaum kluarganya yg lainTp versi cerdiklah. Tk pegi boh kt insta ka fb kaversi yg tongong nih tk taule meol nk bg gred apemmg jenis mintak kena kecam agakny. Dh meminta dikecam npe nk mndelete lak. Tadah jelah
Quote ImpianSeroja 18-5-2021 09:42 PM
Why la upload..di saat covid tgh mengganas..di saat SOP telah diperketatkan..di saat emosi rakyat Malaysia terganggu tak dapat rentas negeri ,x dpt balik jumpa mak ayah n family..sepatutnya semuanya lebih peka dan sensitif.bkn nya bergembira di saat org lain berduka lara..bergembira la dgn cara yg betul.
Kot mmg tinggal bersama mak ayah ipar duai adik beradik sedari azali ok lah kan..xde org akn pertikai

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.103365 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top