CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Naim Daniel Tak Sabar Masuk Banglo Baharu

18-5-2021 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3773| Komen: 16

Description: Bakal memasuki rumah baharu pada minggu ini, penyanyi Naim Daniel melahirkan rasa teruja untuk mendiami banglo yang dibeli hasil titik peluhnya sepanjang berkecimpung dalam bidang seni.
Bakal memasuki rumah baharu pada minggu ini, penyanyi Naim Daniel melahirkan rasa teruja untuk mendiami banglo yang dibeli hasil titik peluhnya sepanjang berkecimpung dalam bidang seni.


Menurut Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 24, dia teruja untuk menghias rumah mengikut konsep minimalis yang selama ini menjadi pilihannya.


"Alhamdulillah, minggu ini saya akan berpindah masuk ke rumah baharu... baru sahaja dapat kunci baru-baru ini.

"Saya beli rumah showroom jadi semua perabot dah ada, cuma saya kena top up dengan barangan keperluan rumah seperti pinggan mangkuk dan hanya perlu bawa masuk baju sahaja.

"Memang daripada dulu lagi saya suka konsep minimalis... tak suka rumah banyak sangat barang," katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Sembah itu membuat pembelian rumah pertamanya pada awal tahun lalu dan rata-rata peminatnya kagum dengan pencapaian penyanyi muda ini yang mampu membeli kediaman sendiri pada usia muda.


Foto: IG
Sementara itu, ketika ditanya mengenai sambutan hari raya baru-baru ini, Naim hanya menyambutnya secara bersendirian memandangkan semua ahli keluarganya menetap di Melaka.

"Tahun ini merupakan kali pertama saya raya seorang diri... terasa sedih jugalah tapi lepas juga rindu dapat buat panggilan video di pagi raya.

"Saya pun masak simple sahaja pagi raya hari itu... masak nasi lemak sotong. Nasib baik saya ni jenis tak cerewet makan, tak dapat jamah juadah yang sinonim dengan raya pun tak mengapa," ujarnya.




Sementara itu dalam perkembangan seni, Naim bakal muncul dengan lagu baharu kolaborasi dengan rapper Joe Flizzow serta akan bekerjasama dengan penerbit antarabangsa Alan Walker untuk album terbaharunya nanti.

"Saya baharu sahaja rakam lagu baharu bersama Joe Flizzow minggu lalu dan kini dalam perbincangan untuk konsep muzik video pula.

"Selain itu, saya juga teruja untuk bekerjasama dengan Alan Walker untuk album terbaharu saya yang akan dikeluarkan kemungkinan besar pada tahun ini juga," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 18-5-2021 10:24 AM
Rumah heols yang haritu 3 tingkat tu ke? Tak duduk lagi rupanya. Renovate la tu. Mujur la dah boleh nak pindah masuk dah dari Banglo Istana Kodiang Che ta sampai ke harini duk pakai wallpaper istana kokdiang dia tu untuk ambil gambar raya
Quote ashcroft86 18-5-2021 10:37 AM
Bagus heols ni. Tengok karier makin depan. Brani approach producer luar utk hasilkan album, banyak bnde baru heols akan blajar. Tahniah Naim! Ini yang kita mahu kan, ada perkembangan. Tak mcm adik mano, dok buat lagu stail kampong tak abis2. Educate la your peminat tu, there are more genres dari lagu kampung.com. Tahniah sekali lagi. Untuk dek mael, tiba masanya chuols step up the game la. Mcm stagnant sikit. Identity sebagai penyanyi dah ada dah.
Quote stania83 18-5-2021 10:38 AM
heols mmg talented lagu semua sedap...setakat 1 juta cash senang je boleh kumpul
Quote bintangct 18-5-2021 10:44 AM
rumah banglo dia kat mana uolss?

iols tgk penyanyi marsya ceria pop star pun baru dpt rumah 3 tingkat.. hebat artis2 muda skg ni
Quote Temenung 18-5-2021 10:57 AM
Iols nak tanya soalan serius ni.kira payment job untuk penyanyi lg kencang la dari berlakon?

Ramai gak iols tgk penyanyi muda mcm naim ni dah mampu beli rumah.hari tu wany hasrita.haqim rusli pun siap beli kereta untuk parents dia.kira bagus la diaorg muda2 ni dah ada aset sendiri
Quote Tudungpink 18-5-2021 11:07 AM
Iols suke tgk naim ni.. Pandai buat lagu n pandai cari peluang.. Tahniah
Quote dudaberhias 18-5-2021 11:20 AM
Temenung replied at 18-5-2021 10:57 AM
Iols nak tanya soalan serius ni.kira payment job untuk penyanyi lg kencang la dari berlakon?

Rama ...

banyak jugak sekali panggil 500 hingga ke 5 ribu untuk sendu2 macam maisya ke marsya marsitah tu...
kalau naim ni harus lerr 10 ribu ke atas, tapi bukan sentiasa orang akan panggil...
cumanya kita kena tengok background artis tersebut...

1. adakah dari keluarga sederhana atau kaya?
2. adakah jenis tak beli barang2 branded?
3. adakah jenis berjimat cermat?

kalau dalam golongan atas memang banyak simpanan waktu muda... marhaen biasa pun boleh lagi2 kalau no. 1 tu... makan minum semua mak bapak masih tanggung kalau golongan gitu... jadi duit2 semua boleh simpan elok2...
Quote Temenung 18-5-2021 11:44 AM
dudaberhias replied at 18-5-2021 11:20 AM
banyak jugak sekali panggil 500 hingga ke 5 ribu untuk sendu2 macam maisya ke marsya marsitah tu.. ...

Sendu2 pun cecah 5 ribu yach

Tp kalo mcm naim berbaloi la atas 10k tu.belum lagi income dekat youtube.menyanyi ni pun senang je kot kan.org dtg jemput nyanyi pastu dapat payment tp skarang tgh covid susah jugak nak hidup tu

Belakon pulak nak kena hafal skrip bagai shooting berbulan2 baru dapat payment.habis shooting boleh kambus skrip blakang umah
Quote BicaraHatiku 18-5-2021 12:13 PM
dudaberhias replied at 18-5-2021 10:24 AM
Rumah heols yang haritu 3 tingkat tu ke? Tak duduk lagi rupanya. Renovate la tu. Mujur la dah boleh  ...

banglo che ta jadi rumah angker... asyik tukar baju raya 20 pasang je tiap2 tahun.
Quote wirazam 18-5-2021 12:39 PM
dudaberhias replied at 18-5-2021 10:24 AM
Rumah heols yang haritu 3 tingkat tu ke? Tak duduk lagi rupanya. Renovate la tu. Mujur la dah boleh  ...

dia beli rumah showhouse yg lengkap dgn perabot dah...cuma nak beli barangan peribadi je masuk rumah...
berapa umur mamat nih...nampak mcm mda dah ada banglo kat ibukota..wow
Quote wirazam 18-5-2021 12:41 PM
Temenung replied at 18-5-2021 10:57 AM
Iols nak tanya soalan serius ni.kira payment job untuk penyanyi lg kencang la dari berlakon?

Rama ...

antara penyanyi dan pelakon...penyanyi lebih  senang buat duit tapi itular tak semua boleh menyanyi dengan baik...nak jadi pelakon, perlukan rupa aras yg menarik
Quote Kurex 18-5-2021 01:02 PM
Dari dulu dok cerita tak sabar tak sabar.. masuknya tak jugak... Iols cuma harap dia tarik iols sekali dalam banglo tu jadi puan besarrrr
Quote amal12bh 18-5-2021 02:06 PM
iols pun suka tgk perjalanan career heols. mmg bz, mcm2 aktiviti. jemputan, lagu, drama. advantage dia sbb dia boleh compose lagu sendiri n proven sedap. mmg laku la..

bak kata alif satar, dalam byk2 bidang dia masuk, dia suka menyanyi. sbb payment lebih masyuk..
Quote bintangct 18-5-2021 06:24 PM
wirazam replied at 18-5-2021 12:41 PM
antara penyanyi dan pelakon...penyanyi lebih  senang buat duit tapi itular tak semua boleh menyany ...

kalo tgk pelakon yg boleh buat duit ialah si janna tu.. yg lain2 mcm kureng skit.. artis lain mena usaha lebih skit kot sb kalau semata2 jd pelakon mmg lmbt kumpul aset.. mcm mimi lana.. rasanya lama dh dia berlakon tp still tak boleh lawan janna kot
Quote wirazam 18-5-2021 06:37 PM
bintangct replied at 18-5-2021 06:24 PM
kalo tgk pelakon yg boleh buat duit ialah si janna tu.. yg lain2 mcm kureng skit.. artis lain mena ...

Janna tu mmg popularity dia meningkat..drama back to back..bukan telefilm ye...pastu dia menyanyi juga didamoing dpt jadi duta, kontrak pengacaraan melodi yg boleh tahan lumayan juga..
Quote ImpianSeroja 18-5-2021 06:41 PM
Tahniah Naim..muda lg dah ada rumah sendiri

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.083118 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top