CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gagal Tunjuk Bukti, AP Gesa Siasatan Bebas Dilancarkan Ke Atas Operasi Rejim Zionis

18-5-2021 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2152| Komen: 9

Description: Associated Press (AP) pada Ahad menggesa siasatan bebas dilancarkan ke atas operasi ketenteraan rejim Zionis yang memusnahkan bangunan menempatkan agensi berita asing termasuk AlJazeera di Bandar Gaza ...
Associated Press (AP) pada Ahad menggesa siasatan bebas dilancarkan ke atas operasi ketenteraan rejim Zionis yang memusnahkan bangunan menempatkan agensi berita asing termasuk Al Jazeera di Bandar Gaza.


Editor Eksekutif, Sally Buzbee berkata, Israel masih gagal mengemukakan bukti jelas yang menyokong serangan udara ke atas Menara Jala setinggi 12 tingkat itu.


Kredit foto: AP

Menurutnya, AP telah beroperasi di premis itu selama 15 tahun dan tidak pernah dimaklumkan Hamas menggunakan bangunan itu sebagai pejabat risikan tentera dan pembangunan senjata mereka seperti didakwa rejim Tel Aviv.

"Kita berdepan situasi konflik dan tidak berpihak kepada sesiapa. Kami dapat tahu Israel dakwa mempunyai bukti, namun tidak mengetahui bukti apa yang diperoleh mereka.

"Oleh itu, kami berpendapat wajar siasatan bebas dilancarkan untuk mengenal pasti perkara sebenar," tegasnya.


Sementara itu, kumpulan pemerhati media, Wartawan Tanpa Sempadan juga menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk menyiasat kempen pengeboman rejim Zionis ke atas Menara Jala itu sebagai jenayah perang.

Pada Sabtu, tentera Israel dikatakan memberi tempoh kira-kira sejam kepada agensi media asing dan penyewa lain untuk mengosongkan bangunan tersebut yang menjadi markas Hamas.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Jonathan Conricus memaklumkan mereka kononnya mengumpulkan bukti untuk Amerika Syarikat (AS), namun masih berdalih untuk mendedahkan butirannya. 


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 18-5-2021 01:24 PM
Hang pikiaq depa nak bg bukti? Mahkamah jenayah antarabangsa pon depa poodaahkan sajorkk.. tunggu la kiamat nnt baru depa terkial2 nak bg bukti.. itupun bukti yg direka2.

Editor Eksekutif, Sally Buzbee berkata, Israel masih gagal mengemukakan bukti jelas yang menyokong serangan udara ke atas Menara Jala setinggi 12 tingkat itu.
Quote ultra78 18-5-2021 01:35 PM
Israel kalau dia rasa nak bom, dia bom aje. Tak perlu ada bukti.
Quote ais_kosong 18-5-2021 02:05 PM
Macam xkenal perangai yahudi mcm mana.
Quote VioletsAre_Blue 18-5-2021 06:12 PM
Nak sekat media dari laporkan berita la tu.. Buruk betul perangai israel
Quote edayildiz 18-5-2021 06:25 PM
cmana eh org yg hidup kt israel? mesti ada kan yg x sokong perang..pastu org  islam kt israel tu aman ke idup dorg?
#tanyajer
Quote Ciktiekus 18-5-2021 07:10 PM
Dah memang sejenis kaki kencing nak siasat apa lagi..die menipu pn die pedulik apa janji bom dulu..
Quote tripleid 18-5-2021 07:48 PM
edayildiz replied at 18-5-2021 06:25 PM
cmana eh org yg hidup kt israel? mesti ada kan yg x sokong perang..pastu org  islam kt israel tu ama ...

Arab yg dok israil aman2 je idop..tgk makcik dlm video ni rileks je lalu tgh2 askar yahudi x kena kacau pun

[youtube]7H5VYkxvlvc[/youtube]
Quote edayildiz 18-5-2021 08:14 PM
tripleid replied at 18-5-2021 07:48 PM
Arab yg dok israil aman2 je idop..tgk makcik dlm video ni rileks je lalu tgh2 askar yahudi x kena  ...

ooh i ingt ni kt palestin...kantoi  bebal wartawan ni..
kira aman la..xkena kacau la org islam kalau rkyt dorg..
teringin nk g israel..sbb i rasa sana penuh misteri..gitew.
Quote pyropura 18-5-2021 08:49 PM
Negara Zionis Seroel bom pejabat agensi berita Zionis AP . Mari melayu sunni semua tepok tangan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.064813 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top