CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gubal Undang-undang Anti-Tapisan Perjuangan Palestin

18-5-2021 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2097| Komen: 8

Description: Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (Macsa) menyeru kerajaan menjadi negara pertama menggubal Undang-undang Anti-Tapisan (anti-censorship) Perjuangan Palestin supa ...
Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (Macsa) menyeru kerajaan menjadi negara pertama menggubal Undang-undang Anti-Tapisan (anti-censorship) Perjuangan Palestin supaya pengendali rangkaian media sosial gergasi seperti Facebook, Twitter dan TikTok  dipertanggungjawabkan dalam sebarang bentuk sekatan kebebasan bersuara. 


Macsa dalam satu kenyataan memberitahu, sememangnya pengendali rangkaian berkenaan mempunyai hak untuk menyekat ucapan kebencian tetapi apa yang dimaksudkan mereka itu mestilah diperjelaskan.


Gambar hiasan

Menurutnya, sebarang sekatan bersuara mestilah dilaksanakan dengan adil dan telus dan bukan sewenang-wenang serta mengenakan denda yang setimpal terhadap mana-mana syarikat rangkaian sosial gergasi yang melanggar undang-undang berkenaan. 

“Macsa memandang serius terhadap pelbagai aduan bahawa syarikat gergasi rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter dan TikTok telah mengenakan sekatan secara tidak adil, diskriminator dan sewenang-wenangnya terhadap berita-berita yang menyentuh keadaan rakyat Palestin. Pelbagai dakwaan dibuat oleh ramai pengguna bahawa syarikat-syarikat itu menyekat kebebasan bersuara mereka dengan menghapuskan posting atau komen yang sah dengan menutup akaun sewenang-wenangnya tanpa memberi alasan serta melalui proses sewajarnya. 


“Maka, sudah tiba masanya syarikat rangkaian sosial ini dipertanggungjawabkan ke atas pencabulan kebebasan bersuara. Rakyat Palestin sudah terlalu lama ditindas dengan kejam di bawah rejim Israel dan apa-apa lagi sekatan penyebaran berita dan hak bersuara mereka adalah tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima,” jelas kenyataan itu, malam tadi.

Tambah kenyataan itu, Macsa bersolidariti bersama penduduk Palestin dalam perjuangan mereka membebaskan diri daripada penjajahan di wilayah Palestin dan mengecam kerajaan Israel yang mencabul pelbagai undang-undang antarabangsa. 

“Ini merangkumi pengusiran penduduk Palestin dari kediaman mereka, mendirikan penempatan Israel baharu di tanah Palestin, pembunuhan orang awam Palestin tanpa bicara, penahanan sewenang-wenangnya kanak-kanak dan wanita Palestin serta pelbagai lagi pencabulan konvensyen-konvensyen antarabangsa yang sudah banyak didokumentasikan. 

“Macsa juga menghormati segala usaha rakyat Malaysia dan warga lain di seluruh dunia yang berdiri di belakang rakyat Palestin dengan menyuarakan pendirian dan bantahan mereka terhadap pencabulan pemerintah Israel. Penderitaan mereka dapat disebarkan secara meluas khususnya melalui media sosial,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 18-5-2021 01:22 PM
Jgn lupa instagram.. smlm ustaz adnin dpt amaran sbb melanggar community regulations ke hapa.. padahal bg ceramah asal usul bani israel je..
Quote ultra78 18-5-2021 01:40 PM
Suatu ketika dahulu kita ada ni..

image.png
Quote Beribear 18-5-2021 01:58 PM
Iolss pon kena sbb balas komen dgn mamat malaysia yg pro zionis. Dah guna nombor eja i5r43l dgn z10n15 pon kena block jugak.. Hampeh tol.. Komen kat ig idf
Quote LadyCarefree 18-5-2021 05:39 PM
Sukati dia la platform dia. Umat Islam buatlah platform sendiri then totally boikot IG dan FB or whatsapp segala. China pun ada, Russia pun ada platform serupa.
Quote Ciktiekus 18-5-2021 07:15 PM
Beribear: Iolss pon kena sbb balas komen dgn mamat malaysia yg pro zionis. Dah guna nombor eja i5r43l dgn z10n15 pon kena block jugak.. Hampeh tol.. Komen kat i ...


Kafirun kah?
Quote caprut 18-5-2021 07:23 PM
LadyCarefree replied at 18-5-2021 05:39 PM
Sukati dia la platform dia. Umat Islam buatlah platform sendiri then totally boikot IG dan FB or wha ...


Guna ig, fb, twitter model phone pula iphone  smbil2 tu google nk kena boikot mcd ke tak ni
Quote terma2nkondisi2 18-5-2021 07:43 PM
LadyCarefree replied at 18-5-2021 05:39 PM
Sukati dia la platform dia. Umat Islam buatlah platform sendiri then totally boikot IG dan FB or wha ...

amende la hang ni lady... hang baca ke dakkk berite tuu sepenuhnye
Quote LadyCarefree 18-5-2021 08:31 PM
terma2nkondisi2 replied at 18-5-2021 06:43 PM
amende la hang ni lady... hang baca ke dakkk berite tuu sepenuhnye

Opkos la. Chuols kot yg xfaham my komen. It is ok.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.067605 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top