CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda 7 Anak Makan Nasi Lauk Bawang Je, Duduk Di Flat Penuh Penagih Dadah

18-5-2021 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14839| Komen: 165

Description: "Hanya Tuhan yang tahu betapa beratnya hati saya setiap kali keluar bekerja meninggalkan anak di flat usang ini yang turut menjadi sarang penagih dadah," kata Nor Azlinawati Muda.
"Hanya Tuhan yang tahu betapa beratnya hati saya setiap kali keluar bekerja meninggalkan anak di flat usang ini yang turut menjadi sarang penagih dadah," kata Nor Azlinawati Muda.


Nor Azlinawati, 38, yang juga ibu tunggal tinggal dengan tujuh anaknya di Flat Cenderai, Megah Ria di sini.

Katanya, sejak berpisah dengan bekas suami pada Julai tahun lalu, dia mula berdikari dan terpaksa menyewa di flat berkenaan atas faktor kewangan.


Foto: Harian Metro

"Saya bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Tebrau bagi menyara keluarga dengan pendapatan bulanan RM1,200.

"Ia tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga malah ada kalanya, saya terpaksa meminjam wang daripada kenalan," katanya ditemui di kediamannya semalam.


Dia ditemui pada kunjungan wakil Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Johor (Maij), Nasir Ishak.

Menurutnya, dia pernah memohon rumah di projek perumahan rakyat (PPR) di Desa Mutiara atau Setia Indah di Tebrau pada awal tahun ini kerana ia berhampiran dengan tempat kerja.

"Ia juga lebih selamat bagi anak-anak. Bagaimanapun, masih tiada maklum balas hingga kini," katanya.

Nor Azlinawati berkata, anak-anaknya sudah biasa hidup susah malah ada kalanya, mereka hanya makan nasi berlaukkan bawang.

"Perjalanan hidup kami memang susah termasuk pernah terputus bekalan dapur untuk beberapa hari.

"Bagaimanapun, apa yang lebih saya bimbangkan ialah tahap kesihatan anak kembar lelaki berusia dua tahun yang menghidap penyakit kekurangan enzim iaitu Glucose-6-phosphate dehydrogenase' (G6PD). Mereka sepatutnya makan makanan bernutrisi dan berkhasiat," katanya.

Nor Azlinawati berkata, pendapatannya digunakan untuk menampung komitmen bulanan seperti sewa rumah berjumlah RM400, bayaran utiliti, perbelanjaan dapur serta keperluan anak.

"Anak sulung perempuan berusia 17 tahun berhenti sekolah lima tahun lalu kerana masalah keluarga dan kini, dia membantu saya menjaga adik-adiknya yang berusia dua hingga 15 tahun.

"Setiap kali keluar untuk bekerja, saya akan berpesan kepadanya untuk menjaga keselamatan adik selain memastikan rumah sentiasa berkunci," katanya.

Sumbangan boleh disalurkan kepada keluarga ini menerusi akaun bank CIMB di 7068 5567 46 atas nama Nor Azlinawati Muda.

ada masa sama, Nor Azlinawati bersyukur di atas sumbangan dihulurkan Maij.

"Saya amat bersyukur dan berharap dapat menaik taraf kehidupan keluarga pada masa depan," katanya.

Sementara itu, Nasir berkata, pihaknya menyalurkan bantuan segera RM500, barangan elektrik dan barangan dapur kepada keluarga berkenaan selain akan mempertimbangkan bantuan sara hidup bulanan. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 18-5-2021 12:59 PM
tangkap suaminya...dan hantar ke palestine...
Quote white_musk 18-5-2021 01:02 PM
ifanonline replied at 18-5-2021 12:59 PM
tangkap suaminya...dan hantar ke palestine...

Akak yakin suaminya itu sedang sakan mengutuk israel di media sosial juga
Selayaknya dihantar ke sempadan israel pasaltin
Quote darkness 18-5-2021 01:04 PM
white_musk replied at 18-5-2021 01:02 PM
Akak yakin suaminya itu sedang sakan mengutuk israel di media sosial juga
Selayaknya dihantar  ...

Jangan ditegur..pejuang tuh haha. Kita xtau dibelakang dia 7 anak yg wajib dikasi makan..adoi
Quote glump 18-5-2021 01:09 PM
Cian ibu tunggal..keluarga ex suami pun menyepi   alaha parai waris tunaikan tanggung jawap anda.
Quote lavendernovella 18-5-2021 01:13 PM
Banyak kes sama, kenapa bapak nya terbang bebas tanpa pemantauan pihak berkuasa?
Quote caprut 18-5-2021 01:15 PM
Asalkan berlaki kan
Quote noor2 18-5-2021 01:18 PM
white_musk replied at 18-5-2021 01:02 PM
Akak yakin suaminya itu sedang sakan mengutuk israel di media sosial juga
Selayaknya dihantar  ...

Betul juga tu...hehe
Quote white_musk 18-5-2021 01:20 PM
lavendernovella replied at 18-5-2021 01:13 PM
Banyak kes sama, kenapa bapak nya terbang bebas tanpa pemantauan pihak berkuasa?

Pihak barkawasa sedang sibuk mamantau dan manyantau geng pro seroel...

Quote lolen 18-5-2021 01:23 PM
kejinya laki dia....blh tinggal anak mcm tu je
aku sokong je pompuan ni bercerai dr tanggung laki biawak hidup tp
silaki xde langsung perikemanusiaan nak tlg bg duit makan ke anak2 mmg keji lah

hujung2 bila dah tua anak dah sng mula dtg menagih simpati mintak duit nak hidup..choyyyy benci aku org mcm nih
Quote chandrahusin 18-5-2021 01:24 PM
Sumbangan boleh disalurkan kepada keluarga ini menerusi akaun bank CIMB di 7068 5567 46 atas nama Nor Azlinawati Muda.
Bila lah jabatan Agama nak tangkap lelaki2 yg culas nafkah ni
Quote mejaputih 18-5-2021 01:26 PM
anak2 dia nampak terurus...sian dia...sib baik dah terlepas dari bewok...harap yg sulung dpt sambung belajar...
Quote Lengkong 18-5-2021 01:32 PM
Kesiannya anak2..permudahkan rezeki mereka.


Quote xy_daen 18-5-2021 01:37 PM
Takde pulak jantan2 Melayu yang nak ikut sunnah kawin lebih pilih ibu tinggal ni sebagai isteri ye...
Quote ejans 18-5-2021 01:37 PM
Rumah kemas. Anak2 nampak kemas. Bersih. Cantik2 anak dia. Kesian yg sulong terpaksa berhenti sekolah..mak yg baik dia ni sbb boleh pikir takut persekitaran penagih ramai influence anak2.. para forumer yg baik hati. Boleh lah save as favourite cimb acc akak ni. Tiap bulan bagi rm50 ke 100.. moga murah rezeki kalian..ramai2 mungkin boleh bantu akak ni
Quote squeeze 18-5-2021 01:48 PM
xy_daen replied at 18-5-2021 01:37 PM
Takde pulak jantan2 Melayu yang nak ikut sunnah kawin lebih pilih ibu tinggal ni sebagai isteri ye.. ...

dieorg nk yg lawo2, putih pink je baru sibok nak ikot sunah...
Quote Potpouri 18-5-2021 01:48 PM
Ramai anak-anak lelaki, semoga tak terjebak dengan penagih2 kt situ.

Kalau boleh pihak berkuasa bantulah pindahkan family ni. Kesian plk ku tengok anak2 dia. Persekitaran yang baik tu penting dalam pembentukan diri anak2. TAkut berkawan pula dengan budak yang salah
Quote miznora 18-5-2021 01:48 PM
Yang kecik didukung kiri kanan tu kembar ke. Macam sama beso lak gayanya

Kesian lak.. Tanggungan ramai gaji seribu lebih tu. Memang tak cukuplah belanja dapur
Quote Buritan 18-5-2021 01:51 PM
ifanonline replied at 18-5-2021 12:59 PM
tangkap suaminya...dan hantar ke palestine...

Aku sebenonya nyampahh.. bg aku laa tgko org jntn tuu pas tuu paksa bg duit.. ko tak bg duit masuk punjara..
Quote Cece1234 18-5-2021 01:51 PM
Kesian anak2 dia..

Lihat semua komen(165)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.061746 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top