CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elfira Loy Takut Nak Ambil Vaksin, Tapi...

18-5-2021 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3189| Komen: 18

Description: Memikirkan anak yang masih kecil apatah lagi karier sebagai selebriti yang bertemu ramai orang, Elfira Loy mengenepikan perasaan takut demi keselamatan diri dan keluarga bagi mendapatkan suntikan vaks ...
Memikirkan anak yang masih kecil apatah lagi karier sebagai selebriti yang bertemu ramai orang, Elfira Loy mengenepikan perasaan takut demi keselamatan diri dan keluarga bagi mendapatkan suntikan vaksin.


Biarpun dimomokkan dengan pelbagai kisah mengenai apa yang didakwa kesan dan keburukan vaksin, ia tidak menyekat keputusan ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf yang berusia dua tahun, untuk mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lalu.

Berkongsi pengalaman, Elfira yang ditemui pada majlis perasmian kempen anti buli siber anjuran Himaya Premium Hijab Mask di ibu negara, baru-baru ini, memuji perkhidmatan yang disifatkan cepat dan efisien.

Elfira berkata, proses yang terlalu cepat menyebabkan dia hampir terlupa ketakutannya kepada jarum suntikan.

Foto: IG


"Jika tidak kerana pembantu peribadi yang hantar, mungkin saya sudah berpatah balik kerana cepat gemuruh apabila hendak berjumpa doktor, lebih-lebih lagi bila perlu disuntik.

"Walhal suntikan tidaklah sesakit mana berbanding ujian calitan.

"Tapi, Alhamdulillah, semua berlaku dengan sangat pantas. Setakat ini, saya belum merasa kesan selepas suntikan, mungkin masih terlalu baharu kerana melalui pembacaan, kesannya dirasai selepas lima hingga sembilan jam.

"Walaupun takut untuk disuntik, saya sangat teruja. Bagi saya, ia sangat penting lebih-lebih apabila ada anak kecil.



"Tambah membimbangkan apabila melihat angka jangkitan yang semakin meningkat saban hari dan pesakit yang tidak menunjukkan gejala.

"Jadi, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku, lebih baik saya ambil langkah berjaga-jaga," katanya.

Selain Elfira, suaminya Muhamad Faris Khairol Anuar, ibu dan adik kepada pelakon Ekspress Dania ini juga sudah mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin.


Tambah Elfira, dia lebih gemar memberi fokus kepada faedah positif pengambilan vaksin daripada membaca apa yang dikatakan kesan buruk suntikan berkenaan.

Lagipun, daripada ribuan rakyat yang sudah mendapatkan suntikan itu, hanya beberapa peratus sahaja yang mengalami kesan negatif.

"Apabila terlalu takut, kita banyak mencari efek yang buruk sedangkan, kesan baik lebih banyak daripada buruk.

"Saya juga sudah mempersiapkan diri sekiranya terkena simptom seperti demam selepas vaksin.



"Bagi saya, perkara itu adalah biasa. Sama sahaja jika kita mengambil apa-apa vaksin seperti vaksin untuk ke luar negara.

"Sekiranya mengalami demam, sengal dan sebagainya, itu adalah tanda sistem imun kita sedang memberi tindak balas.

"Cuma sebelum jalani vaksin, dapatkan nasihat daripada doktor peribadi terlebih dulu," katanya.

Elfira mengaku memuat naik foto selepas disuntik vaksin di Instagram (IG) agar dapat membuka hati orang ramai yang belum mendaftar serta menambahkan keyakinan mereka terhadap vaksin.


Elfira juga menasihati individu yang belum mendaftar supaya tidak memberi tumpuan kepada perkara negatif vaksin.

Sebaliknya, tambah Elfira, kesan baik dan buruk adalah perkara biasa sama seperti seperti rawatan penyakit di mana ada yang sembuh dan sebaliknya.


"Ini adalah ikhtiar kita untuk kebaikan keluarga dan orang di sekeliling kita.

"Mungkin kita perlu tengok pengalaman positif orang yang sudah mengambil vaksin, ramai yang masih sihat walafiat.

"Jadi kenapa perlu takut, lagipun lambat laun kita perlu mengambilnya," katanya yang bakal melalui proses suntikan kedua dalam tempoh 12 minggu lagi. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 18-5-2021 12:30 PM
Ok good elfira.. aku antara yg tak berani dgn vaksin kobik ni jugak
Quote my_irina 18-5-2021 12:35 PM
Eh tetiba rase mcm cerdik penuh ilmu statement dia ni...bagus la bagi kesedaran...ramai je antivac dkt luar sana
Quote BicaraHatiku 18-5-2021 12:36 PM
retis idaman @Kurex
Quote Kurex 18-5-2021 12:52 PM
BicaraHatiku replied at 18-5-2021 12:36 PM
retis idaman @Kurex

Eeeeeee... Dia ni hampirrrrrrr masuk carta. lagi sikit nak satu level dgn melvins pprt, bella sangap k*te alip, joy repah, mira basic, intan sundel. Tapi sebab dia dah tak berlakon, jadi dia tak masuk list
Quote Kurex 18-5-2021 12:56 PM
Kau doa dekat ig ni macam ig ni tolong sampaikan dekat depan Tuhan pulak.. kau pun bukannya baca pn caption doa kau yg serupa pompuan muka garang mak si jahlopak tu. Post sekali, lepas tu dah tak tengok dah. Yg followers kau pun asal ada doa, dorang baca sekali imbas, ntah2 takat baca atas tu je, hujung2 komen amin... Buatnya kau doa laki kau nak dekat kurex, followers kau yg malas baca ni pun tolong aminkan... Bahagia hidup kurex
Quote sofinamini 18-5-2021 01:02 PM
fira nie lawo lah kalau dh makeup - tapi baju baju dia mmg jenis mcm salah jahit jek. semendang lah mcm menggelebh la mcm 1 size bigger . jadi buat dia nampak tak kemas . pada mata ioll la
Quote midori_katana 18-5-2021 02:05 PM
Awat tak boh gambar dan video beraya bersama adik beradik ? Ambik vaksin baguih tapi langgar SOP sangat tak baguih....
Quote eely_shana 18-5-2021 03:53 PM
Besar dah anakdia
Quote bulanbulat 18-5-2021 03:54 PM
Helok anak dengan laki dia
Quote ImpianSeroja 18-5-2021 07:00 PM
Tahniah da suntik vaksin
Quote user.name 18-5-2021 07:27 PM
ada nak ropa mak azal azil sikit
Quote ms.koala 27-7-2021 04:47 AM
Gedik dia xleh bincang
Quote mendeluk 27-7-2021 09:35 AM
sofinamini replied at 18-5-2021 01:02 PM
fira nie lawo lah kalau dh makeup - tapi baju baju dia mmg jenis mcm salah jahit jek. semendang lah  ...

Kau gilak ke apa elbulus ini cantik kihkih. Aku rse kau lagi cantik. Dia ini mcm tin kosong. Tu cume jge2 jelah takut suami dia larik
Quote sofinamini 27-7-2021 09:38 AM
mendeluk replied at 27-7-2021 09:35 AM
Kau gilak ke apa elbulus ini cantik kihkih. Aku rse kau lagi cantik. Dia ini mcm tin kosong. Tu cu ...

masa aku type nie mungkin tgh high minum teh banyak sgt . laki dia rupa pijak semut tak mati . selalu jugak iolls nampak laki dia area cyber nie. mcm tidak ada rupa nak menggatal jah tapi tu lah air tenang jgn disangka tak de buaya kannnnn
Quote mendeluk 27-7-2021 09:40 AM
sofinamini replied at 27-7-2021 09:38 AM
masa aku type nie mungkin tgh high minum teh banyak sgt  . laki dia rupa pijak semu ...


Kannnn haha. Sbb aku tgok faris ini ada jawatan, educated, he deserves someone better. Mcm tak selari dapat bini sama elbulus pulak.
Tengok mcm adik faris jelah, girlf dia semua setaraf sama fikiran etc? ini mcm mana Faris boleh pilih elbulus. Harap2 jangan nanti Faris lari dahlah . #sekadarnasihat
Quote sofinamini 27-7-2021 10:06 AM
mendeluk replied at 27-7-2021 09:40 AM
Kannnn haha. Sbb aku tgok faris ini ada jawatan, educated, he deserves someone better. Mcm tak s ...

mungkin lelaki mcm tu dia suka bimbo2 mcm el kot . serabut kt office bertekak buat keputusan lah aplaah jenuh  jumpa perempuann yg cemerlang otak. so balik rumah nk rehat2 , dpt bimbo2 manja2 bersiap jek kt rumah so tak serabut kepala
Quote shaiy 27-7-2021 10:10 AM
Dia ni dah boleh lenyap kot dari industri.. nak berlakon jd heroin pun mcm tak sesuai je sbb dh remaja purba..
Quote TerataiMelur02 27-7-2021 10:15 AM
El ni comel jugak kalau pakai tudung kemas2. Kalau main selempang dah macam bibik2

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.106346 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top