View: 13880|Reply: 165
|
Janda 7 Anak Makan Nasi Lauk Bawang Je, Duduk Di Flat Penuh Penagih Dadah
[Copy link]
|
|
"Hanya Tuhan yang tahu betapa beratnya hati saya setiap kali keluar bekerja meninggalkan anak di flat usang ini yang turut menjadi sarang penagih dadah," kata Nor Azlinawati Muda.
Nor Azlinawati, 38, yang juga ibu tunggal tinggal dengan tujuh anaknya di Flat Cenderai, Megah Ria di sini.
Katanya, sejak berpisah dengan bekas suami pada Julai tahun lalu, dia mula berdikari dan terpaksa menyewa di flat berkenaan atas faktor kewangan.
Foto: Harian Metro
"Saya bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Tebrau bagi menyara keluarga dengan pendapatan bulanan RM1,200.
"Ia tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga malah ada kalanya, saya terpaksa meminjam wang daripada kenalan," katanya ditemui di kediamannya semalam.
Dia ditemui pada kunjungan wakil Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Johor (Maij), Nasir Ishak.
Menurutnya, dia pernah memohon rumah di projek perumahan rakyat (PPR) di Desa Mutiara atau Setia Indah di Tebrau pada awal tahun ini kerana ia berhampiran dengan tempat kerja.
"Ia juga lebih selamat bagi anak-anak. Bagaimanapun, masih tiada maklum balas hingga kini," katanya.
Nor Azlinawati berkata, anak-anaknya sudah biasa hidup susah malah ada kalanya, mereka hanya makan nasi berlaukkan bawang.
"erjalanan hidup kami memang susah termasuk pernah terputus bekalan dapur untuk beberapa hari.
"Bagaimanapun, apa yang lebih saya bimbangkan ialah tahap kesihatan anak kembar lelaki berusia dua tahun yang menghidap penyakit kekurangan enzim iaitu Glucose-6-phosphate dehydrogenase' (G6PD). Mereka sepatutnya makan makanan bernutrisi dan berkhasiat," katanya.
Nor Azlinawati berkata, pendapatannya digunakan untuk menampung komitmen bulanan seperti sewa rumah berjumlah RM400, bayaran utiliti, perbelanjaan dapur serta keperluan anak.
"Anak sulung perempuan berusia 17 tahun berhenti sekolah lima tahun lalu kerana masalah keluarga dan kini, dia membantu saya menjaga adik-adiknya yang berusia dua hingga 15 tahun.
"Setiap kali keluar untuk bekerja, saya akan berpesan kepadanya untuk menjaga keselamatan adik selain memastikan rumah sentiasa berkunci," katanya.
Sumbangan boleh disalurkan kepada keluarga ini menerusi akaun bank CIMB di 7068 5567 46 atas nama Nor Azlinawati Muda.
ada masa sama, Nor Azlinawati bersyukur di atas sumbangan dihulurkan Maij.
"Saya amat bersyukur dan berharap dapat menaik taraf kehidupan keluarga pada masa depan," katanya.
Sementara itu, Nasir berkata, pihaknya menyalurkan bantuan segera RM500, barangan elektrik dan barangan dapur kepada keluarga berkenaan selain akan mempertimbangkan bantuan sara hidup bulanan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tangkap suaminya...dan hantar ke palestine... |
|
|
|
|
|
|
|
Akak yakin suaminya itu sedang sakan mengutuk israel di media sosial juga
Selayaknya dihantar ke sempadan israel pasaltin
|
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 18-5-2021 01:02 PM
Akak yakin suaminya itu sedang sakan mengutuk israel di media sosial juga
Selayaknya dihantar ...
Jangan ditegur..pejuang tuh haha. Kita xtau dibelakang dia 7 anak yg wajib dikasi makan..adoi |
|
|
|
|
|
|
|
Cian ibu tunggal..keluarga ex suami pun menyepi alaha parai waris tunaikan tanggung jawap anda. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak kes sama, kenapa bapak nya terbang bebas tanpa pemantauan pihak berkuasa? |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 18-5-2021 01:02 PM
Akak yakin suaminya itu sedang sakan mengutuk israel di media sosial juga
Selayaknya dihantar ...
Betul juga tu...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Pihak barkawasa sedang sibuk mamantau dan manyantau geng pro seroel...
|
|
|
|
|
|
|
|
kejinya laki dia....blh tinggal anak mcm tu je
aku sokong je pompuan ni bercerai dr tanggung laki biawak hidup tp
silaki xde langsung perikemanusiaan nak tlg bg duit makan ke anak2 mmg keji lah
hujung2 bila dah tua anak dah sng mula dtg menagih simpati mintak duit nak hidup..choyyyy benci aku org mcm nih |
|
|
|
|
|
|
|
Sumbangan boleh disalurkan kepada keluarga ini menerusi akaun bank CIMB di 7068 5567 46 atas nama Nor Azlinawati Muda.
Bila lah jabatan Agama nak tangkap lelaki2 yg culas nafkah ni
|
|
|
|
|
|
|
|
anak2 dia nampak terurus...sian dia...sib baik dah terlepas dari bewok...harap yg sulung dpt sambung belajar... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya anak2..permudahkan rezeki mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takde pulak jantan2 Melayu yang nak ikut sunnah kawin lebih pilih ibu tinggal ni sebagai isteri ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah kemas. Anak2 nampak kemas. Bersih. Cantik2 anak dia. Kesian yg sulong terpaksa berhenti sekolah..mak yg baik dia ni sbb boleh pikir takut persekitaran penagih ramai influence anak2.. para forumer yg baik hati. Boleh lah save as favourite cimb acc akak ni. Tiap bulan bagi rm50 ke 100.. moga murah rezeki kalian..ramai2 mungkin boleh bantu akak ni |
|
|
|
|
|
|
|
dieorg nk yg lawo2, putih pink je baru sibok nak ikot sunah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai anak-anak lelaki, semoga tak terjebak dengan penagih2 kt situ.
Kalau boleh pihak berkuasa bantulah pindahkan family ni. Kesian plk ku tengok anak2 dia. Persekitaran yang baik tu penting dalam pembentukan diri anak2. TAkut berkawan pula dengan budak yang salah |
|
|
|
|
|
|
|
Yang kecik didukung kiri kanan tu kembar ke. Macam sama beso lak gayanya
Kesian lak.. Tanggungan ramai gaji seribu lebih tu. Memang tak cukuplah belanja dapur |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 18-5-2021 12:59 PM
tangkap suaminya...dan hantar ke palestine...
Aku sebenonya nyampahh.. bg aku laa tgko org jntn tuu pas tuu paksa bg duit.. ko tak bg duit masuk punjara.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|