CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Remaja Perempuan Dipercayai Dibunuh Ditemui Di Kebun Getah Di Pokok Sena

14-5-2021 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17829| Komen: 97

Description: Mayat remaja perempuan berusia 17 tahun dipercayai dibunuh ditemui di tepi jalan dalam kawasan kebun getah di Pokok Pauh Dalam, Pokok Sena di sini kelmarin.
Mayat remaja perempuan berusia 17 tahun dipercayai dibunuh ditemui di tepi jalan dalam kawasan kebun getah di Pokok Pauh Dalam, Pokok Sena, Kedah pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, anggota dari Balai Polis Pokok Sena menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung penemuan satu mayat dipercayai wanita kira-kira pukul 7.45 malam.




Katanya, terdapat kesan kecederaan iaitu lubang pada paha hadapan bahagian kanan berukuran 1.5 sentimeter.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini dan pengecaman si mati dilakukan oleh ibu mangsa pada pukul 11 pagi semalam.

“Pengecaman positif berdasarkan tubuh badan dan rupa serta rambut si mati,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ahmad Shukri, siasatan lanjut yang dilakukan membawa kepada penahanan lima lelaki dan tiga perempuan berusia antara 13 hingga 33 tahun pada pukul 5 petang, kelmarin.


“Hasil soal siasat awal kesemua suspek mengakui bersama si mati dalam satu ‘private party’ yang dipercayai diadakan pada malam Ahad lalu hingga keesokan pagi,” ujarnya.

Menurutnya, polis seterusnya membuat tangkapan kedua membabitkan seorang lelaki berusia 27 tahun di Taman Derga Jaya di sini kira-kira pukul 11.15 malam, hari sama.

“Suspek juga mengaku terlibat dalam ‘private party’ yang dihadiri si mati,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek termasuk seorang positif ketamin direman enam hari sehingga 18 Mei ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.


Sumber: K! ONLINE

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • uori


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 14-5-2021 12:20 PM
Bangsa apa ni....nk spm ni....
Quote Artemesiaa 14-5-2021 12:49 PM
Kes dadah kot
Quote Belibis 14-5-2021 12:54 PM
Macam pakai seluar pendek...tunggu csi warga porum.
Quote MontanaHannah 14-5-2021 12:54 PM
kena rogol juga ke????????
Quote Ciktiekus 14-5-2021 01:05 PM
Dahsyat sungguh budak2 skarang..rilex je bunuh2..nyawa mcm xde harga..tiap2 hari ade kes bunuh..
Quote chandrahusin 14-5-2021 01:10 PM
Siap ada private party
Mcm dlm movie Amereka
Quote mawarika 14-5-2021 01:15 PM
Party saja la di club.. lg best. Party kt rumah baik buat birthday party je... atau party Tupperware.
Quote toynme 14-5-2021 01:17 PM
Chinese kan? Nampak keluar berita..kesian
Quote kivio 14-5-2021 01:19 PM
Kalau dadah, xleh cakap ape. Kewarasan dah takde.
Quote Kurex 14-5-2021 01:21 PM
Dalam pandemik pun nak berparty? Gila kau korang
Quote LadyCarefree 14-5-2021 01:33 PM
Taik dadah. Pastu nak ikut barat sngt private party bagai
Quote sukacactus 14-5-2021 01:45 PM
Wah! Plg muda kena cekup tu br 13
Apa nak jd la
Quote matchstick 14-5-2021 01:49 PM
Party ape smpi berlubang peha budak tu haa..
Quote underground 14-5-2021 01:54 PM
amoi.. buat private party siap mabuk mendadih bohsia bohjan..

selalu blame melayu je.

bangsa leluhur suci sejak azali dah buat parti bebas ni..
Quote Buritan 14-5-2021 01:55 PM
MontanaHannah replied at 14-5-2021 12:54 PM
kena rogol juga ke????????

Mungkinnn.. tembam gebu mcm tuuu.. dara lg sape tak mo
Quote MsKathryn 14-5-2021 02:19 PM
Sendiri cari penyakit
Quote dua_chzy 14-5-2021 02:19 PM
OD pehtu kengkawan ko buang ko gitu je ke dek? Tapi lubang tu kejadah boleh tetiba hada?
Quote hareeeesah 14-5-2021 02:21 PM
Senangnya main bunuh-bunuh, tak takut ke confirm la polis boleh cari pastu habis dah masa depan korang.. semoga Allah sentiasa menjaga anak-anak aku dari benda tak baik..
Quote salmon-suki 14-5-2021 02:48 PM
Bala jgn dicari. Tak pasal2 mati pun dalam keadaan hina..sorry,ai kenot husnuzon dgn manusia gini..time hidup menyusahkan,mati memalukan..

Semoga kita terpelihara drpd segala perbuatan maksiat n semoga kita dikurniakan husnulkhotimah..

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.055385 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top