CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Tak Zalim, Saya Ambil Keputusan Lindungi Nyawa Anda" - Muhyiddin

13-5-2021 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11383| Komen: 80

Description: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika sambutan Aidilfitri menimbulkan kemarahan rakyat.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika sambutan Aidilfitri menimbulkan kemarahan rakyat.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan yang sukar dan tidak popular itu terpaksa dibuat untuk mellindungi nyawa rakyat kerana negara ketika ini berada pada satu titik genting yang memerlukan respons segera kerajaan bagi mengelakkan krisis kesihatan yang lebih parah.


Menurutnya, rakyat harus faham bahawa negara ketika ini sedang sedang berhadapan dengan virus yang begitu cepat merebak, lebih-lebih lagi dengan kehadiran mutasi varian baharu.


Kredit foto: Muhyiddin

“Saya tahu, ini bukanlah satu keputusan yang popular. Ada yang marah kepada saya. Kenapa ambil tindakan begini ketika umat Islam akan menyambut 1 Syawal esok. Sudahlah tak boleh balik kampung. Nak ziarah keluarga dan sahabat handai pun tak boleh. Zalim sangatkah Kerajaan ini?


“Saudara-saudari, saya bukan zalim. Saya ambil keputusan ini untuk lindungi nyawa saudara-saudari. Kalau saya benarkan ziarah dari rumah ke rumah, mana lah tahu ada tetamu yang datang ke rumah saudara-saudari itu positif Covid-19,” katanya ketika perutusan khas Perdana Menteri pada Rabu.

Jelas Muhyiddin, disebabkan ramai pesakit Covid-19 kini tidak menunjukkan sebarang simptom, ia telah menyukarkan lagi usaha negara untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Bayangkan kalau tetamu ini datang ke rumah saudara-saudari, maka berjangkitlah penyakit itu kepada saudara-saudari. Selepas itu dia pergi ke rumah orang lain. Berjangkit pula kepada tuan rumah itu.

“Kalau dia ziarah 10 rumah, maka 10 keluarga akan dijangkiti Covid-19. Akhirnya, habis sahaja kita merayakan Aidilfitri, jumlah kes positif Covid-19 di negara kita berkemungkinan melonjak ke puluhan ribu sehari,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang sukar dan tidak popular itu kerana mengambil kira keseriusan situasi penularan Covid-19 di Malaysia.

“Keputusan ini tidak popular dan mungkin tidak memuaskan hati saudara dan saudari. Tetapi pada hemat saya ini yang tepat yang saya perlu lakukan untuk menyelamatkan kehidupan dan masa depan saudara dan saudari sekalian.

“Saya faham dan sedar anda marah kepada saya tetapi ini ikhtiar saya dan kerajaan untuk jaga nyawa saudara dan saudari. Selebihnya, saya serahkan kepada ALLAH,” ujarnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 13-5-2021 09:44 AM
Raya cina boleh pula makan open table, raya melayu semua xboleh? Pru kami akan balas undi.
Quote noor2 13-5-2021 09:46 AM
Sila pastikan semua rakyat Malaysia yg ingin terima vaksin menerima secepat mungkin wahai PM....
Quote blastoff 13-5-2021 09:52 AM
Edited by blastoff at 13-5-2021 10:06 AM
CiliPadiSedap replied at 13-5-2021 09:44 AM
Raya cina boleh pula makan open table, raya melayu semua xboleh? Pru kami akan balas undi.


ketika covid memuncak , DAP boleh buat konvensyen dihadiri 2000 olang maaa pada 13 mac tahun ini hingga gaduh2 berlaku menyebabkan SOP kelaut ke longkang , masuk news kat tv, tapi sampai ke la tarak tindakan terhadap depa itteww ...
so soalan cepumas : adakah PM dan KKM serta MKN barua dan puppet DAP kerana membenarkan perhimpunan seramai camtu tanpa SOP gitu sedangkan terhadap org melayu di sekat dan dihalang itu ini ?

[youtube]dcXTpBKTS8s[/youtube]

Quote Normabaru 13-5-2021 09:56 AM
Alangkah bagusnya kalau otak abah fungsi mcm ni masa prn sabah sept lepas? Matriye abah..
Quote Normabaru 13-5-2021 09:57 AM
blastoff replied at 13-5-2021 09:52 AM
ketika covid memuncak , DAP boleh buat konvensyen dihadiri 1500 olang maaa hingga gaduh2 ber ...

Kaka tggu jgk isu ni.. Bila nk saman? Ke xde org bt report lg?
Quote Belibis 13-5-2021 10:00 AM
blastoff:    Edited by blastoff at 13-5-2021 09:57 AM  ketika covid memuncak , DAP boleh buat konvensyen dihadiri 2000 olang maaa pada hingga gaduh2 berlaku meny ...

Undi cina penting lorrr..undi melayu pun penting,tapi melayu sangat pemaaf dan paling penting mudah lupa.
Quote blastoff 13-5-2021 10:15 AM
Edited by blastoff at 13-5-2021 10:17 AM
Normabaru replied at 13-5-2021 09:57 AM
Kaka tggu jgk isu ni.. Bila nk saman? Ke xde org bt report lg?

Ketua polis daerah ipoh bagi macam2 alasan sebagai usaha dia ampu DAP..... mampu buka kertas siasatan saja maaa , sampai ke la krik krik bermakna yg dalam MKN, KKM dan PM sundrik dah jadi puppet DAP ler
Dari 13 mac hingga ke la 13 may .... 2 bulan dah berlalu masih dok cari bukti walau pada 13 mac dah terpampang di news video perlanggaran SOP jarak terang2 oleh ramai yg hadir itteww...bukti kejadah apa lagi diperlukan sampai lani tak boleh cari tu ?
Bukti yg kita mampu lihat adalah DAP ada bonekanya dalam kerajaan lani ...period



\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\



https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-program-dap-perak




Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (tengah) bersama Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming turut hadir pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Perak ke-19 di Ipoh, semalam. - NSTP/ Sharul Hafiz Zam


Ipoh: Polis membuka siasatan berkaitan dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan kekecohan yang tercetus sewaktu Konvensyen Biasa DAP Perak ke-19 di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan adalah bagi mengumpul semua bukti berkaitan penganjuran serta kesalahan perlanggaran SOP.

[b]Bagaimanapun katanya, tidak ada kesalahan berhubung tindakan penganjur tidak memohon permit mahupun membuat pemakluman awal mengenai acara itu kepada polis, memandangkan acara itu dilakukan secara tertutup.

"Kita mengesahkan insiden kekecohan berlaku antara segelintir perwakilan di konvensyen itu, namun ia hanya membabitkan pertengkaran mulut selain keadaan berjaya dikawal tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

"Siasatan dibuka berdasarkan laporan polis yang diterima dari Balai Polis Sungai Senam berkaitan kesalahan dari sudut pelanggaran SOP PKPB semasa kekecohan berlaku," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, penganjuran program terbabit adalah dibenarkan mengikut SOP PKPB dengan kapasiti kehadiran adalah tidak melebihi 50 peratus daripada keluasan dewan.

"Konvensyen itu acara tertutup dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dimaklumkan (awal) mengenai program itu. Bagaimanapun pemantauan polis mendapati jumlah kehadiran dan kapasiti dewan mematuhi SOP," katanya.

Semalam, media melaporkan berlaku sedikit kekecohan sewaktu konvensyen yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan itu.



Quote blastoff 13-5-2021 10:20 AM
Edited by blastoff at 13-5-2021 10:24 AM
Belibis replied at 13-5-2021 10:00 AM
Undi cina penting lorrr..undi melayu pun penting,tapi melayu sangat pemaaf dan paling penting muda ...

Bukan kah PM nak extend darurat hingga akhir hayatnya kerana takut di lucut jawatan oleh undi tak picaya dalam parlimen ? So kenapa plak dia nak pentingkan undi dari org2 kuat DAP kat konvensyen tu plak ? Melainkan dia se gang dgn depa laa.... sebelum ni kan sama satu kapal dlm PH
Kat org melayu nak berhimpun dlm rumah ketika raya pun polis pi kacau, kat DAP boleh plak berhimpun seramai tu hingga muncul video perlanggaran SOP masih polis tak mampu bertindak masih KKM pejam mata masih kompaun tak dikluarkan .... fishy la sgt kann   



Quote JunkMail 13-5-2021 10:22 AM
Sorry la abah yidin. Dah setahun kasi peluang sama jugak malah makin ke laut dalam. Paling tak bole tahan double standard, salah guna kuasa.. asal ada kabel dgn kerajaan or menteri... Semua boleh. Majlis boleh buat, boleh rentas negeri...boleh rentas negara.   Total cibei... So no more.
Quote Belibis 13-5-2021 10:23 AM
blastoff replied at 13-5-2021 10:20 AM
Bukan kah PM nak extend darurat hingga akhir hayatnya kerana takut di lucut jawatan oleh undi tak  ...

Boleh jadi juga balas budi..kasi muka la sikit..sama2 cari makan maa..
Quote blastoff 13-5-2021 10:27 AM
Belibis replied at 13-5-2021 10:23 AM
Boleh jadi juga balas budi..kasi muka la sikit..sama2 cari makan maa..

bermakna berlaku rasuah ler tuuu .... salahguna kuasa.  " Kalau aku diberi benefit aku lepaskan kau " 100% berkonsepkan rasuah !
Quote orion_pax 13-5-2021 10:53 AM
Lawak santai daripada Perdana munturi malaysia..
Quote Orix 13-5-2021 11:01 AM
Kau tak zalim, tp kau bodoh bangang sembab hipokrit hippopotamus
Quote edayildiz 13-5-2021 11:03 AM
ok abah mat hr raya
Quote nesloice 13-5-2021 11:11 AM
kepala bapak kau la bodo
Quote stingeralfa 13-5-2021 11:40 AM
Normabaru replied at 13-5-2021 09:56 AM
Alangkah bagusnya kalau otak abah fungsi mcm ni masa prn sabah sept lepas? Matriye abah..

Otaknya fungsi tetap sama la ngok...cuma  which hemisphere of the brain he was using at that time...

kahkahkahkahkahkah
Quote silencekiller 13-5-2021 11:59 AM
Tak zalim AbahCow?? hg pikiaq la berapa ramai peniaga kecik yg dah keluaq modal terjejas dek kerna kebodohan hg... SOP caca merba.. peniaga2 kecik suruh tutup... jakel aman2 buka.. pastu pusing & u turn sana sini...

jijik manusia bodoh ni ... kalo hg buat PKP dari awal2.. org pun tadak keluaq modal untuk meniaga.. xd laa rugi smp lagu niii... pikiaq laa sikit AbahCow...
Quote tripleid 13-5-2021 12:19 PM




[
Quote Normabaru 13-5-2021 12:34 PM
tripleid replied at 13-5-2021 12:19 PM
[

Kelaka bila fikir orka2 ruma jauh2.. siap gated guarded pon private sendiri.. Parking pon xsapa tahu if mai ziarah.. Rakyat jela cpt kantoi..plus ingt cina india tu dok dendiam kat rumah ke? Dorg pon hang out ramai2 kot.. Tp kt hotel la.. Dgn bb masing2. hahahaa

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.061357 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top