CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-kanak Patah Lengan, Otak Gegar Lompat Dari Bas Elak Dibuli

13-5-2021 09:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2877| Komen: 8

Description: Seorang kanak-kanak lelaki melompat keluar dari tingkap bas sekolah hanya kerana mahu mengelak daripada dipukul pelajar lain di dalam kenderaan b.
Seorang kanak-kanak lelaki melompat keluar dari tingkap bas sekolah hanya kerana mahu mengelak daripada dipukul pelajar lain di dalam kenderaan b.
berkenaan.

Lapor Metro, Dion Murphy berkata, anaknya melompat keluar dari tingkap sebuah bas di Walton County, Georgia selepas diserang sekumpulan pelajar.



Kredit foto: FOX5

Murphy menggambarkan tindakan drastik anaknya sebagai percubaan terdesak untuk melarikan diri daripada pelajar lain yang didakwa membuli. 

Ketika kejadian, murid berusia 11 tahun itu melompat keluar dari tingkap belakang bas sekolah dan menaiki sebuah trak yang sedang bergerak sebelum jatuh bergolek di jalan raya. 

Sejurus selepas kejadian, bas sekolah terbabit dikatakan berhenti di hentian seterusnya. 

Pasukan patrol Georgia dan pasukan perubatan kecemasan tiba di lokasi kejadian selepas dihubungi dan membawa mangsa ke hospital berdekatan.


FOX5 Atlanta melaporkan, kanak-kanak lelaki itu patah lengan dan gegaran otak (concussion) dalam kejadian yang berlaku pada Rabu lalu.

Menurut Murphy, ini bukan kali pertama anaknya diganggu pembuli.

Malah Murphy mendakwa keluarganya pernah melaporkan kepada pihak sekolah mengenai insiden yang menimpa anaknya sebelum ini.


Sumber: Utusan Malaysia

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 13-5-2021 12:32 PM
Aku harap geng pembuli tu akan dikenakan tindakan segera!
Quote Artemesiaa 13-5-2021 03:34 PM
Mesti dah tak tahan sangat kerap kena beli sampai dia berani bertindak macam tu
Quote shernazz 13-5-2021 03:56 PM
Hopefully pembuli kena covid varian south africa
Quote LadyCarefree 13-5-2021 04:15 PM
I hate bullies
Quote Adrif 13-5-2021 04:53 PM
aku benci pembuli
Quote r_innalif 14-5-2021 09:14 AM
Driver bus tak perasan ke kejadian buli tu?
Quote ReginaGeorge 15-5-2021 01:20 AM
r_innalif: Driver bus tak perasan ke kejadian buli tu?

Silap haribulan, driver pon join sekali membuli {:hero
Quote Ninjanunu 16-5-2021 06:27 PM
Kesian lah. Takleh bygkn perasaan mak dia

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.078617 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top