View: 2041|Reply: 8
|
Kanak-kanak Patah Lengan, Otak Gegar Lompat Dari Bas Elak Dibuli
[Copy link]
|
|
Seorang kanak-kanak lelaki melompat keluar dari tingkap bas sekolah hanya kerana mahu mengelak daripada dipukul pelajar lain di dalam kenderaan b.
berkenaan.
Lapor Metro, Dion Murphy berkata, anaknya melompat keluar dari tingkap sebuah bas di Walton County, Georgia selepas diserang sekumpulan pelajar.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202105/13/090332j8qu0uedeppyu5z0.png) Kredit foto: FOX5
Murphy menggambarkan tindakan drastik anaknya sebagai percubaan terdesak untuk melarikan diri daripada pelajar lain yang didakwa membuli.
Ketika kejadian, murid berusia 11 tahun itu melompat keluar dari tingkap belakang bas sekolah dan menaiki sebuah trak yang sedang bergerak sebelum jatuh bergolek di jalan raya.
Sejurus selepas kejadian, bas sekolah terbabit dikatakan berhenti di hentian seterusnya.
Pasukan patrol Georgia dan pasukan perubatan kecemasan tiba di lokasi kejadian selepas dihubungi dan membawa mangsa ke hospital berdekatan.
FOX5 Atlanta melaporkan, kanak-kanak lelaki itu patah lengan dan gegaran otak (concussion) dalam kejadian yang berlaku pada Rabu lalu.
Menurut Murphy, ini bukan kali pertama anaknya diganggu pembuli.
Malah Murphy mendakwa keluarganya pernah melaporkan kepada pihak sekolah mengenai insiden yang menimpa anaknya sebelum ini.
Sumber: Utusan Malaysia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku harap geng pembuli tu akan dikenakan tindakan segera! |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti dah tak tahan sangat kerap kena beli sampai dia berani bertindak macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Hopefully pembuli kena covid varian south africa |
|
|
|
|
|
|
|
Driver bus tak perasan ke kejadian buli tu? |
|
|
|
|
|
|
|
r_innalif: Driver bus tak perasan ke kejadian buli tu?
Silap haribulan, driver pon join sekali membuli {:hero |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian lah. Takleh bygkn perasaan mak dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|