CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Lucah Dipindah Ke JPNS

13-5-2021 08:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11260| Komen: 99

Description: Guru pendidikan jasmani Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam yang didakwa bergurau menggalakkan perbuatan rogol telah ditukar ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).
Guru pendidikan jasmani Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam yang didakwa bergurau menggalakkan perbuatan rogol ditukar ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM), guru itu dipindahkan sehingga siasatan berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kata-kata tidak wajar semasa melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) selesai untuk tindakan lanjut.



Kredit foto: FMT

Katanya, kementerian itu mengambil maklum akan laporan polis yang dibuat pelajar terbabit mengenai kejadian yang berlaku di sekolah berkenaan pada 24 April lalu.

“Berikutan insiden itu masih dalam siasatan polis, KPM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sepanjang tempoh siasatan.

“Ketika ini, KPM menempatkan guru terbabit di JPNS sehingga siasatan selesai dan tindakan seterusnya bergantung kepada hasil siasatan,” katanya.

Berikutan itu, KPM sedang meneliti perkara yang tular mengenai komen yang didakwa dibuat Pengetua SMK Puncak Alam terhadap murid berkenaan menerusi laman Facebook.

“KPM juga mengesahkan bahawa satu laporan polis dibuat Pengetua terbabit di Balai Polis Kuala Selangor.

“Beliau (Pengetua sekolah) menafikan memuat naik komen berkenaan dan mengesyaki akaun Facebook miliknya digodam,” katanya.

Sementara itu, KPM yang menjelaskan mengenai Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah memberitahu, sekolah berkenaan mengeluarkan enam surat kepada pelajar tersebut pada 16 hingga 30 April lalu.

“Amaran pertama diterima murid berkenaan, Pemantauan kehadiran murid ke sekolah dilaksanakan melalui Sisten Sahsiah Diri Murid (SSDM).

“Sekiranya murid tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau 10 hari tidak berturut-turut tanpa mengemukakan sebab secara bewrtulis kepada pihak sekolah, guru, melalui sistem ini, akan menjana Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah sebagai amaran pertama yang kemudian diposkan kepada ibu bapa atau penjaga murid tersebut.

“Secara umumnya, surat pemberitahuan ini dikeluarkan bagi memastikan ibu bapa, penjaga dan juga pihak sekolah mengetahui dan cakna akan kehadiran serta keberadaan murid semasa sesi persekolahan,” ujarnya.

Selain itu, menurut kenyataan tersebut, tindakan berkenaan juga akan membolehkan KPM memantau kemungkinan berlaku keciciran dalam kalangan murid dan mengambil tindakan intervensi sewajarnya. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote star_karat 13-5-2021 08:49 AM
Potential rapist lagi mahu bawak duduk kat kementerian punya office. Patut suruh duduk tunggu kat rumah gari kat bilik air.
Quote Nokiaman 13-5-2021 08:56 AM
star_karat replied at 13-5-2021 08:49 AM
Potential rapist lagi mahu bawak duduk kat kementerian punya office. Patut suruh duduk tunggu kat ru ...

Stendedlaa kalo melayu tak support melayu..sapo lg nk support...
Quote slyfynx 13-5-2021 08:57 AM
star_karat replied at 13-5-2021 08:49 AM
Potential rapist lagi mahu bawak duduk kat kementerian punya office. Patut suruh duduk tunggu kat ru ...

Bukan masuk jabatan rasenye.
Ditempatkan sementara di situ, and do nothing.
Mcm kuarantin le.
Aku lupe, mmg ade istilah untuk mende mcm ni.
Quote domestobot 13-5-2021 09:00 AM
elok la tu transfer ke kementerian lepas tu dapat ubah dasar pendidikan supaya sekolah2 dibenarkan melawak lucah.
Quote zehra2 13-5-2021 09:13 AM
itu je la yg kpm boleh buat hmmm
utk ain, mak bpk ko patut tulis surat yg maklumkn ko berehat dirumah.
penting utk pihak sekolah tau keberadaan ko dgn pengetahuan parents.
itu tk dikira sbg ponteng.
cuti dgn pengetahuan skolah. kot dulu2 sblum pandemic, skolah bg je cuti umrah 2 mggu. janji ada surat.
Quote krustykrab 13-5-2021 09:23 AM
Itu la untungnya koje gomen..ko buat la salah apa pun, paling teruk pun ditrf sana sini je...syurga ....
Quote akuchenta 13-5-2021 09:30 AM
Ditukar ke jabatan pulak. Nanti melawak lucah lagi dgn acik2 officer di situ.

Quote exclusive_vvip 13-5-2021 10:33 AM
slyfynx replied at 13-5-2021 08:57 AM
Bukan masuk jabatan rasenye.
Ditempatkan sementara di situ, and do nothing.
Mcm kuarantin le.

haah..member iols penah citer psl ni..apa istilah tah..ada bilik khas, dtg keje tapi takleh buat apa2..mmg psiko la tempat tu..nama jer tak buat apa2, tapi mmg mengganggu emosi..org yg kene tu leh depressed..
Quote shernazz 13-5-2021 10:38 AM
exclusive_vvip replied at 13-5-2021 10:33 AM
haah..member iols penah citer psl ni..apa istilah tah..ada bilik khas, dtg keje tapi takleh buat a ...

Elok juga
Pastu staff kat situ pandang sinis
Baruntau langit tinggi rendah
Seumpama.merempat di halaman orang gitchuuu
Quote nefnefnef 13-5-2021 10:44 AM
Kena pool la tu
Quote nikaido 13-5-2021 10:46 AM
exclusive_vvip replied at 13-5-2021 10:33 AM
haah..member iols penah citer psl ni..apa istilah tah..ada bilik khas, dtg keje tapi takleh buat a ...

Cold storage.bapak aku pun penah cerita benda ni
Quote edayildiz 13-5-2021 11:08 AM
dlu cikgu sekolah i kena pindah sekolah kat hulu kelate..dh la cikgu tu warden kitorg..ank dia sekelas i..katanya dia raba junior i..ada org ckp student tu goda dia..mcm2 versi..bila i dgr versi yg bdk tu goda..i xcaya la pun..tp i stalk jgk time bdk perempuan tu mandi..weols mandi sesama..mmg dia punua body mcm prg dewasa nmpk menggoda
ok la bye tiberr..
kalau keja gov ni mmg takkan kena buang kan? paling2 transfer je..sbb aada ustazah i dlu dh sakit mental..meracau xblh nk mengajar pun still mengajar..org bg dia jaga waktu pj..pastu dia merapu..
oh ye psl lawak lucah ni kan..masa i sekolah dlu ustaz2 mmg suka buat lawak lucah..xde org ripot jer.
Quote wikedsaikel 13-5-2021 11:16 AM
slyfynx replied at 13-5-2021 08:57 AM
Bukan masuk jabatan rasenye.
Ditempatkan sementara di situ, and do nothing.
Mcm kuarantin le.

Pool atau Pol
Quote damsel_fiji 13-5-2021 11:17 AM
shernazz replied at 13-5-2021 10:38 AM
Elok juga
Pastu staff kat situ pandang sinis
Baruntau langit tinggi rendah

tp dpt gaji kan..heaven ya sistur ..keje takde..gaji jalan
Quote airmineral 13-5-2021 11:31 AM
aku x paham ape la masalah lembaga tatatertib pendidikan malaysia ni
pindah xselesaikan masalah..cuma pindah masalah je
iols berminat nak tau alasan dr perspektif lembaga tatatertib ni, apa hujah relevan drg ek?
Quote Thunderclouds 13-5-2021 11:31 AM
Gitu aje laaaa...abeh2 transfer je. Simpan tetap simpan,gaji tetap jalaannn..berak merata2. Heaven keje gomen ni tuan2 ye
Quote elnor_81 13-5-2021 12:45 PM
Ckgu2 yg komen bukan2 tu acaner plak? Kira cyber bully la kan.
Quote emera 13-5-2021 12:46 PM
krustykrab replied at 13-5-2021 09:23 AM
Itu la untungnya koje gomen..ko buat la salah apa pun, paling teruk pun ditrf sana sini je...syurga  ...

Sambil makan gaji buta
Quote shernazz 13-5-2021 12:48 PM
damsel_fiji replied at 13-5-2021 11:17 AM
tp dpt gaji kan..heaven ya sistur ..keje takde..gaji jalan

Ye ke? Dapat gaji?
Heaven sekejap.je
Pastu boring kan...baik jadi tukang bancuh air..
Tiap kalimmeeting...hahaha

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.055358 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top