CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sedia Dikenakan Tindakan, Tun Mahathir Minta Maaf Langgar SOP Di Langkawi

12-5-2021 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3550| Komen: 19

Description: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika menghadiri satu program Ramadan di Langkawi, Sa ...
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika menghadiri satu program Ramadan di Langkawi, Sabtu lalu.


Ahli Parlimen Langkawi itu meminta maaf kerana kesalahan tersebut dan menyatakan kesediaan untuk dikenakan tindakan.

Terdahulu, tular video di media sosial yang memaparkan Dr Mahathir dikatakan melanggar SOP ketika menghadiri satu majlis di Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Langkawi.

Kredit foto: mStar


"Pada 8 Mei, saya ke Langkawi untuk memenuhi beberapa program memberikan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri di kawasan Parlimen saya.

"Saya diberitahu bahawa semasa acara itu, saya telah melanggar SOP dengan tidak memeriksa suhu ketika memasuki surau.


"Ini merupakan satu kesalahan. Perkara ini tidak seharusnya berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP. Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang yang berkaitan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dr Mahathir berkata Covid-19 adalah penyakit serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh sesiapa.

"SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat bantu bendung merebaknya penyakit ini.

"Kita tidak harus ambil ringan. Sekali lagi saya minta maaf kerana melanggar peraturan ini," katanya. -CARI

Sumber: mStar/ THE STAR

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 12-5-2021 04:24 PM
Talam dua muka betol orang tua ni. Kat Kini TV dia tegah public bersungguh2..sampai 2-3 bidio
Quote stingeralfa 12-5-2021 04:28 PM
KIM.K replied at 12-5-2021 04:24 PM
Talam dua muka betol orang tua ni. Kat Kini TV dia tegah public bersungguh2..sampai 2-3 bidio

Momentary lapse of insanity....

Shit happens....
Quote Orix 12-5-2021 04:47 PM
KIM.K: Talam dua muka betol orang tua ni. Kat Kini TV dia tegah public bersungguh2..sampai 2-3 bidio


Terlupa scan suhu jah pun. Benda plg nonsense antara byak2 SOP. Plg annoyed tgok org scan guna tangan. Better lagi wajibkan sanitized tangan semua pengunjung drpd scan suhu mengarut.

Meanwhile perdana menteri berpenjana duk suh jaga sop jgan ke sana ke sini, dia yg gigih bershopping membeli groceries bersama bini di saat pkp 1 dlu pdahal dia yg luluskan SOP hanya sorg jah boleh beli groceries. Lepastu tak pakai pelitup muka dalam meeting, tak jaga jarak masa kempen PRN Sabah, eh byak lagi lah
Quote LadyCarefree 12-5-2021 05:05 PM
Orix replied at 12-5-2021 03:47 PM
Terlupa scan suhu jah pun. Benda plg nonsense antara byak2 SOP. Plg annoyed tgok org scan guna t ...

Agreed. Scan suhu tu paling nonsense. Kalau luar panas, satgi suhu naik. Pagad suruh duduk kat airkon jap pastu scan lagi.
Quote caca_eric 12-5-2021 05:09 PM
Orix replied at 12-5-2021 04:47 PM
Terlupa scan suhu jah pun. Benda plg nonsense antara byak2 SOP. Plg annoyed tgok org scan guna t ...

tak ingat ke budak kena kompoun 10k kat kedai tu
Quote dudaberhias 12-5-2021 05:12 PM
Scan suhu memang antara paling mengarut, baik la sanitize tangan je. Asalkan mysejahtera scan ok la.
Quote KIM.K 12-5-2021 05:20 PM
Orix replied at 12-5-2021 04:47 PM
Terlupa scan suhu jah pun. Benda plg nonsense antara byak2 SOP. Plg annoyed tgok org scan guna t ...

Sis, atuk ni kata dia tak pegi dah semayang jemahat sebab orang duk kerumun dia tanya hawauyuu..? Hauduyudoo..pehtu dia tak pi bazar gak pasal orang ramai duk bergambaq. Apahal dia pi surau??

Abahkau tu kena bayar denda dan amik tindakan tata tertib kat diri dia dgn kabinet dia baru iols caya org tua tu balik
Quote stingeralfa 12-5-2021 05:28 PM
KIM.K replied at 12-5-2021 05:20 PM
Sis, atuk ni kata dia tak pegi dah semayang jemahat sebab orang duk kerumun dia tanya hawauyuu..?  ...

Apa yg  kau percaya, tak mustahak.....whu r yus?
.kalau ikut rekod pun pernah dihantar utk assesment pakar otak kheunz?

Kahkahkahkah

Quote Skuau 12-5-2021 06:26 PM
Edited by Skuau at 12-5-2021 06:28 PM

pendapat berbeza...untuk...orang yg berlainan....walau perkara yg mereka lakukan itu....SAMA.......nampak tak@ketara sangat
Quote Normabaru 12-5-2021 08:48 PM
Kedah pkp since 30hb april..1st may..  Cmne leh buat majlis bagai siap mumia ni blh rentas negeri so simple?
Quote Normabaru 12-5-2021 08:49 PM
dudaberhias: Scan suhu memang antara paling mengarut, baik la sanitize tangan je. Asalkan mysejahtera scan ok la.


Kan ada org scan pokok pon suhu sama je sume. Hahahaha
Quote minahsenget 12-5-2021 08:55 PM
Orix replied at 12-5-2021 04:47 PM
Terlupa scan suhu jah pun. Benda plg nonsense antara byak2 SOP. Plg annoyed tgok org scan guna t ...

mini mkt kat umah i,lalu tepi je dah ckp normal temperature blum scan lg tuh
Quote najib888 13-5-2021 12:04 AM
"SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat bantu bendung merebaknya penyakit ini.

"Kita tidak harus ambil ringan. Sekali lagi saya minta maaf kerana melanggar peraturan ini," katanya.


-ramai je ambil ringan, melilau sana sini... bila angka c19 naik, escapism mudah, kerajaan gagal.. pastu blame pasal tak tutup kilang, mall..mai nak raya, sanggup menipu semata-mata nak rentas negeri/daerah..
-ahli politik, kerajaan ataupun pembangkang, artis, golongan kayangan kaki melilau pun bangsat nakharom..
Quote Babai 13-5-2021 12:22 AM
Yang kebal sekarang ni utera jamaica tu je. Sampai ke hari ni takde yang berani bertindak.
Quote mikasa 13-5-2021 12:24 AM
Babai replied at 13-5-2021 12:22 AM
Yang kebal sekarang ni utera jamaica tu je. Sampai ke hari ni takde yang berani bertindak.

Ada sesapa yang dah buat report? Semua rakyat jamaica pun tak berani bersuara
Quote damian_lee 15-5-2021 03:13 PM
Perangai mcm bijan

Langgar sOP

Pastu feeling patuh redha ...
Quote cambaik 15-5-2021 03:32 PM
KIM.K replied at 12-5-2021 04:24 PM
Talam dua muka betol orang tua ni. Kat Kini TV dia tegah public bersungguh2..sampai 2-3 bidio

Kau jangan
kutuk atok
kan dah masuk
pemuja atok
dalam ni

"ahak"

Quote KIM.K 15-5-2021 03:36 PM
cambaik replied at 15-5-2021 03:32 PM
Kau jangankutuk atokkan dah masukpemuja atokdalam ni
"ahak"

bidio nasihat SOP atok ni bleh plak siar ke oversea ok. kemain penyucian
Quote becir 15-5-2021 04:37 PM
Babai replied at 13-5-2021 12:22 AM
Yang kebal sekarang ni utera jamaica tu je. Sampai ke hari ni takde yang berani bertindak.

Dia buat apa?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.062403 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top