CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Anak Dah Mula Tanya, Cari Arwah,"- Balu Abam Bocey

12-5-2021 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1077| Komen: 15

Description: Balu pelawak Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali berkongsi anak mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini mencecah usia dua tahun sudah mula bertanya dan mencari bapanya.
Balu pelawak Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali berkongsi anak mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini mencecah usia dua tahun sudah mula bertanya dan mencari bapanya.


Siti Norhidayah atau Hidayah berkata, dia mengambil pendekatan menjelaskan situasi sebenar supaya Hamzah lebih cepat faham.


Foto: IG

"Selama ini gambar arwah sentiasa ada bersamanya. Kebetulan ada peminat bagi dia bantal yang ada gambar arwah. Kalau ikut saya keluar dan balik rumah dia akan cari bantal itu dulu. Jadi, apabila semakin membesar dia sudah bertanya mengenai arwah.

"Memang saya akan terangkan dan tunjuk gambar arwah. Saya akan cakap ayah sudah tiada, ayah di syurga. Dia faham cakap saya. Saya juga tunjukkan video persembahan arwah. Kalau kebetulan ada program arwah keluar di TV, saya akan tunjuk dan beritahu. Saya bawa dia ke depan TV. Jadi dia lebih kenal ayah dia," katanya kepada Harian Metro.


"Rasa rindu masih terasa walaupun tak selalu kemaskini di Instagram, tapi sentiasa ingat dia. Saya letak nama arwah Abam untuk perniagaan dijalankan pun sebab semua orang kenal dia dengan Abam. Sebab ada juga tak kenal.

"Jadi, apabila aktifkan akauan Instagram suami, tak salah untuk digunakan dan kembangkan perniagaan yang saya buat selama ini. Sekurang-kurangnya ada juga rezeki anak kami," katanya.



Berkongsi mengenai kenangan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama arwah, Hidayah berkata dia sentiasa teringat ketika setiap kali membuat persiapan raya.

"Ini tahun kedua kami beraya tanpa arwah. Macam tahun lepas pun, saya lebihkan kepada persiapan Hamzah. Saya nak gembirakan dia.

"Kalau bercakap mengenai hari raya, saya akan teringat persiapan dibuat arwah. Kami bersama-sama pergi beli barangan dapur, beli baju raya dan buat lemang. Selepas arwah tiada, saya buat sendiri.


"Kalau makanan kegemaran arwah pula, dia suka rendang ayam dan daging. Macam tahun lepas saya tetap buat untuk hidangan keluarga. Insya-Allah raya kali ini pun buat juga. Saya nak kenangan bersama arwah itu sentiasa ada," katanya.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari tahun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote biozipstar 16-5-2021 07:07 PM
sorry tau.. bebudak mmg mcm tu... aku ada kawan yg laki dia meninggal heart attack, anak dia time tu 1 tahun, now anak dia dah 3 tahun baru terfikir mana bapak dia... benda ni normal... yg x normalnya si wartawan ni sibuk sgt tanya !!!
Quote Ninjanunu 16-5-2021 06:46 PM
Bukan senang untuk move on bila ada orang yg disayangi meninggal dunia. Stages of grieve boleh mengambil masa bertahun-tahun lamanya..
Quote nonierahman 16-5-2021 03:03 PM
Kesian anak dia
Quote kiah78 16-5-2021 02:36 PM
Budak2 sekarang cepat membesar dan bijak. Ada jer budak2 cari mak n bapaknya.
Quote kiah78 16-5-2021 02:35 PM
Budak2 sekarang cepat membesar dan bijak.
Quote Afifi82 14-5-2021 11:37 PM
Alahai.. siannya anak..
Quote mongoose_kidz 13-5-2021 11:09 PM
biar la dia x move on pun...tok laki dia kot..bulan x move on tok laki org lain.
kita x duduk tmpat dia kita xtau peritnya hilang suami masa ank masih kecik
Quote mamajawie 13-5-2021 03:30 PM
Aku da mula rasa dia ni nk limelight arwah..biar betik umo 2 thun xpenah jumpa ayh tetiba tnya ayah mana?cm x logik lak
Quote mamajawie 13-5-2021 03:29 PM
Aku da mula rasa dia ni nk limelight arwah..biar betik umo 2 thun xpenah jumpa ayh tetiba tnya ayah mana?cm x logik lak
Quote Belibis 13-5-2021 09:18 AM
Move on jee la dikkk..arwah yang artis,anda hiduo macam orang biasa sudah..semoga ada jodoh baru.
Quote LadyCarefree 12-5-2021 11:09 PM
Biarlah dia nak guna nama abam dahtu laki dia. Tu je kot laki dia tinggalkan kat dia dan anak. Dapat gk guna popularity abam dia jana pendapatan. Selagi dia belum kahwin laibmn.
Quote mclaren 12-5-2021 09:41 PM
Tak kenal pelawak ni sebab tak follow lawak2 ni.

Tapi anak semuda tu boleh ingat ke ibu ayah yang dah pergi? Ayahnya meninggal masa dia umur setahun kan, takkan dah paham? Pelik je?
Quote mclaren 12-5-2021 09:40 PM
Tak kenal pelawak ni sebab tak follow lawak2 ni.

Tapi anak semuda tu boleh ingat ke ibu ayah yang dah pergi? Ayahnya meninggal masa dia umur setahun kan, takkan dah paham? Pelik je?
Quote giyomi 12-5-2021 06:12 PM
dayah, rasanya better ko move on instead of using sentimen anak and so on. arwah pon dah takder, klu selalu sgt update status camne kat socmed, lama2 netijen muak and will fire back. so just teruskan hidup dgn tenang and majukan kedai tu. sekian terima kasih
Quote bluebutter 12-5-2021 04:20 PM
biasalah tu. dh ditya tya abah mna. anak dia pun tyalah balik mak dia.

kadang si dayah ni I cam tak caya sgt...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.032653 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top