CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aedy Ashraf Dan Daiyan Trisya Pasangan Sedap Di Kaca TV Saat Ini

19-4-2021 01:09 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 22715| Komen: 93|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Tidak ramai gandingan pelakon masa kini yang begitu diingati peminat hinggakan ramai meminta mereka menjadi pasangan di luar lokasi.



Tidak ramai gandingan pelakon masa kini yang begitu diingati peminat hinggakan ramai meminta mereka menjadi pasangan di luar lokasi.

Berlainan dengan lakonan Aedy Ashraf bersama Daiyan Trisha dalam drama bersiri Projek Anchor SPM yang menepati cita rasa penonton. Pelbagai emosi dapat dirasakan ketika kedua-duanya bertelagah, bergaduh, perang mulut dan akhirnya jatuh cinta tanpa kata.

Ternyata, kita tidak ketandusan pelakon pelapis berkarektor dan juga skrip drama yang bagus. Lebih manis, apabila Aedy tidak henti-henti mempromosikan drama tersebut di laman Instagramnya, ada apa-apa ke?


Foto :IG


Malahan, ada satu adegan berpelukan yang begitu dekat dengan jiwa penonton ketika watak Aida memujuk Aizat bangkit kembali yang membuatkan penonton terasa sweet sangat.


Foto :IG


Foto :IG

Berlatarbelakangkan tahun 2003, drama bersiri ini mungkin memberi impak berbeza kepada penonton kerana ketika itu, teknologi media sosial masih belum wujud di Malaysia.

Jadi, ianya lebih segar dan mengimbas kembali zaman sebelum munculnya gajet.


Foto : IG

Mungkinkah selepas ini gandingan Aedy - Daiyan akan lebih banyak di kaca televisyen? Sama-sama kita nantikan. Kalau anda, siapa gandingan paling menjadi saat ini? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 19-4-2021 01:58 PM
Menguap.....
Quote gujiwa 19-4-2021 02:01 PM
layan gak la cite ni.. sbb cara drong shoot nampak best..
Quote rosannazmia 19-4-2021 02:26 PM
Oh mcm reply 1997 lah ni ek ?ahkak kena tgk ni huhuhu
Quote gundah37 19-4-2021 02:30 PM
konsep citer mcm cite thai tu
Quote skinsandstars 19-4-2021 03:41 PM
oklah. takda lah meletop sangat pun tapi comel jelah dedua ni.
Quote msdummy.2018 19-4-2021 04:09 PM
Aku suka citee ni..dia pun background, theme sma best
Quote Cari-Azza 19-4-2021 04:09 PM
gundah37 replied at 19-4-2021 02:30 PM
konsep citer mcm cite thai tu

Eh! Tak,


Masa mula2 keluar teasar pun ingatkan sama dengan Bad Genius tu, tapi tak ya. BG tu movie, ni series, so lain.


Dia macam untold story atau urban legend (tapi ni konsep seram lah) motifnya citer turun temurun camna budak SPM meniru, tapi baru episod 5 ni, kira not bad lah.


Quote anony-mous 19-4-2021 09:36 PM
Cari-Azza replied at 19-4-2021 04:09 PM
Eh! Tak,



Mana nk tgk cerita ni? I ni klau cerita melayu mmg memilih sgt2. Klau ala2 drama pukul 7 tv3 mmg i bakul sampahkan
Quote dudaberhias 19-4-2021 09:42 PM
tak sedap pun...

macam atta halilintar dengan nadia brian...

kalau banyak duit macam atta confirm lezuart sekali acik2 semua kata...
Quote Temenung 19-4-2021 10:05 PM
Dah bape episod aku tertinggal projek anchor ni.bz keje punya pasal

Layan la jugak citer ni.nyampah aku bapak aida tony eusoff tu.tiberrr
Quote orglama 19-4-2021 11:17 PM
I suka crita ni
Quote Carcosa 19-4-2021 11:42 PM
Cinematography mmg cantik Meols pun kagum.
Tapi lakonan si Dayan ni, biasa2 jelah. Takdelah wow pun. Ada part2 yg keras jua. Aedy pun sama.
Me'ols suka "Botol", lakonan Chub-bee
Comel yach Chub-bee Gituuuu, me'ols teringin ber anak ikannn
Quote immaryjane 19-4-2021 11:54 PM
Jatuh cinta sampai ex nya si munah tu pun di tinggal kan demi bersama si alter hidung muka mahal ni
Quote immaryjane 19-4-2021 11:55 PM
rosannazmia replied at 19-4-2021 02:26 PM
Oh mcm reply 1997 lah ni ek ?ahkak kena tgk ni huhuhu

Reply 1997 dn reply2 yg lain tu same tk? Ke 1 season tu je. Best sgt!!
Quote oggy 20-4-2021 02:55 AM
Carcosa replied at 19-4-2021 11:42 PM
Cinematography mmg cantik  Meols pun kagum.
Tapi lakonan si Dayan ni, biasa2 jelah. Takdelah wow  ...

Sama laa.. ada scenes yg aku rasa macam kayunya DT ni.. turn off tengok dia berlakon. Dah la takde rupa budak Form 5.
Yes Botol tu cute, relax je berlakon tak nampak trh hard pun.
Quote cmf_premierleag 20-4-2021 05:32 AM
akak layan je drama ni
lain dr yg lain la..tak kuasa la nk tgk bdk skolah form 5 bertudung kepam bagai
pastu dh bosan tgk drama melayu stok2 megah holdings bagai
tp drama project anchor ni lagu OST sume sedap2...pasni nk tggu lagu Bintang release (botol dan jaja)
cinematography drama ni superb ya
props,wardrobe pun akak bg 5 bintang
Aedy Ashraf ni akak minat heshe since Oh My English lg...nmpk le ada talent acting.takde la rs nk baling remote pun
Quote RoseMerahJambu 20-4-2021 05:43 AM
dan tengok 2 episod pastu terlupa hari apa.. okla boleh layan. enjoy juga
Quote crinklecut 20-4-2021 05:45 AM
immaryjane replied at 19-4-2021 11:55 PM
Reply 1997 dn reply2 yg lain tu same tk? Ke 1 season tu je. Best sgt!!

best tak reply 1977? i tengok reply 1988 lebih 30x..still tak nak move on   
Quote rosannazmia 20-4-2021 06:02 AM
cmf_premierleag replied at 20-4-2021 05:32 AM
akak layan je drama ni
lain dr yg lain la..tak kuasa la nk tgk bdk skolah form 5 bertudung kepam ba ...

Okla mcm tu i nak tgk jugaklah.. Mengimbau kenangan.. Tp kalu 2003 iols dah abis U time tu   dah kerja dah pon..

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.064927 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top