Tidak ramai gandingan pelakon masa kini yang begitu diingati peminat hinggakan ramai meminta mereka menjadi pasangan di luar lokasi.
Berlainan dengan lakonan Aedy Ashraf bersama Daiyan Trisha dalam drama bersiri Projek Anchor SPM yang menepati cita rasa penonton. Pelbagai emosi dapat dirasakan ketika kedua-duanya bertelagah, bergaduh, perang mulut dan akhirnya jatuh cinta tanpa kata.
Ternyata, kita tidak ketandusan pelakon pelapis berkarektor dan juga skrip drama yang bagus. Lebih manis, apabila Aedy tidak henti-henti mempromosikan drama tersebut di laman Instagramnya, ada apa-apa ke?
Foto G
Malahan, ada satu adegan berpelukan yang begitu dekat dengan jiwa penonton ketika watak Aida memujuk Aizat bangkit kembali yang membuatkan penonton terasa sweet sangat.
Berlatarbelakangkan tahun 2003, drama bersiri ini mungkin memberi impak berbeza kepada penonton kerana ketika itu, teknologi media sosial masih belum wujud di Malaysia.
Jadi, ianya lebih segar dan mengimbas kembali zaman sebelum munculnya gajet.
Foto : IG
Mungkinkah selepas ini gandingan Aedy - Daiyan akan lebih banyak di kaca televisyen? Sama-sama kita nantikan. Kalau anda, siapa gandingan paling menjadi saat ini? - CARI
|