CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelakon Iklan Judi Raya Cuba Bersihkan Nama

19-4-2021 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5702| Komen: 32

Description: "Sekarang ini saya nak bersihkan nama dari rakyat Malaysia. Semua bercakap buruk mengenai perkara ini.Mereka cakap berdasarkan apa dilihat, tapi tidak tahu apa berlaku sebaliknya."
"Sekarang ini saya nak bersihkan nama dari rakyat Malaysia. Semua bercakap buruk mengenai perkara ini.Mereka cakap berdasarkan apa dilihat, tapi tidak tahu apa berlaku sebaliknya."


Itu kata pelakon, Saif Yunus susulan penularan video iklan judi raya membabitkan syarikat perjudian dalam talian yang tular sejak 14 April lalu.

Saif, 24, atau nama sebenarnya Saifullah Mohd Yunus ketika dihubungi berkata, dia memaafkan semua orang yang sudah mengecam dan melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya.


Foto: Harian Metro

Malah, Saif yang juga pelakon drama Marry Me Senorita yang ditayangkan di saluran Astro Ria baru-baru ini tidak mahu bersikap tegakkan benang basah kerana menyedari perkara itu adalah satu kesalahan.


"Walaupun saya sudah minta maaf sebelum ini, netizen masih nampak salah dan buruk. Tapi, saya tetap mahu bersihkan nama. Saya cuba untuk jelaskan agar semua faham, tapi jika masih ada yang tidak faham, nak buat macam mana. Apa yang penting saya sudah lakukan perkara sepatutnya.

"Dalam masa sama, saya bersyukur sebab dapat lihat yang mengecam ini sebenarnya mereka menegakkan perkara yang betul iaitu aktiviti perjudian ini adalah salah dan berdosa di sisi agama Islam.

"Jadi, nak cakap mereka jahat sebab kecam saya tidak boleh juga. Malah lebih bersyukur perkara ini terjadi dalam bulan Ramadan. Apa saja kata-kata dan kecaman dari rakyat Malaysia, saya maafkan mereka. Saya tidak akan tegakkan benang basah," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Saif, apa yang berlaku adalah pengajaran terbesar dalam dirinya dan menganggap ia adalah ujian daripada Allah SWT.

"Ini pengajaran terbesar dalam hidup saya. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Apatah lagi ini pengalaman pertama dan menjadi sejarah dalam hidup.

"Setiap orang ada ujian berbeza. Saya terima ujian ini pada umur 24 tahun. Saya berasa bertuah sebab perkara ini menjadi pengajaran awal untuk saya terus maju dalam bidang lakonan. Tidak semua orang mendapat ujian awal macam saya. Jadi, pada masa hadapan saya sudah tahu apa boleh dan tidak," katanya.

Terdahulu, Saif bersama lima pelakon lain dalam iklan itu sudah dipanggil bagi membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, pada 16 April lalu. -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Adrif

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 19-4-2021 01:55 PM
Helok.... Kita maafkan je la
Quote 234126 19-4-2021 01:57 PM
permintaan maaf dia kedengaran lebih ikhlas dan matang dari retis niqob
Quote Suchi 19-4-2021 02:08 PM
Tak kenal awak tp nampaknya lepas ni terkenal la kan.
Btw murahnya bayaran rm180 jer huhuhuhu
Quote MadameOnion 19-4-2021 02:22 PM
kesiannya gaji rm180 je..baik ko jadi rider grabfood je dik
Quote mrseller 19-4-2021 04:04 PM
muka bangladesh mcm ni pompuan msia mesti maaf punya.
Quote husna_amal 19-4-2021 04:23 PM
bayaran murah tapi dapat impak yang besar.
Quote dudaberhias 19-4-2021 04:58 PM
Sian pun ada sebab bayaran rm180 je, kalau jadi agen mamasabariah kambus belakang rumah pun boleh dapat lebih. Tapi tengok pun tahu memang sah2 la deorang pun tak tahu tentang iklan deorang shoot tu sampai 70% baru tahu katanya. Iols percaya deorang ingat dapat masuk MV ala2 duet dengan siti gittew so redha aja bayaran RM180 tu.
Quote lasagna 20-4-2021 08:28 AM
aku syak dia org tak tau video ni shoot utk iklan apa kot? mebi laa..
Quote Pak.dolla 20-4-2021 08:37 AM
mrseller replied at 19-4-2021 04:04 PM
muka bangladesh mcm ni pompuan msia mesti maaf punya.

Hahahhu cukup lah wajah bangla menghiasi drama2 melayu, keliru aku kadang2 tgh tgk drama melayu ke drama tamil
Quote salimrock 20-4-2021 09:26 AM
234126 replied at 19-4-2021 01:57 PM
permintaan maaf dia kedengaran lebih ikhlas dan matang dari retis niqob

ya lor, maafkan beliau.,.. dia pun cari rezeki juga...


Quote salimrock 20-4-2021 09:28 AM
dudaberhias replied at 19-4-2021 04:58 PM
Sian pun ada sebab bayaran rm180 je, kalau jadi agen mamasabariah kambus belakang rumah pun boleh da ...

dunia  glamour artis tidak seindah spt dlm drama Megah holding , CEO hensem, bapak dato sri, girlfriend 2,mercedes rim20'' bro
Quote LadyWhistledown 20-4-2021 10:12 AM
takkan la taktau nak shooting iklan apa. nak kejar duit sgt sampai nama jd busuk.. hadoii
Quote tipah89 20-4-2021 10:22 AM
padanla muka yg ko xreti pikir masa nak terima offer knp.. demi rm 180 satu malaya kecam kau.
Quote slyfynx 20-4-2021 10:26 AM
Buat video burung terbang.
Orang melayu x kisah kalau laki buat.
Lg nama naik
Quote makadek 20-4-2021 10:27 AM
Apsal acik2 kefam jadik pemaaf ...sbb muka mamat ni herlok ke
Quote haruslah 20-4-2021 10:28 AM
Pasni boleh berlakon drama kul 7
Xpun kul 10 MA
Quote smeetasmitten 20-4-2021 10:29 AM
Rm180 tu memang standard ke upah satu mv. Mcm terlalu rendah kot ye pun terdesak
Quote Asdira 20-4-2021 11:01 AM
murah menggiler..
baik dia pi niaga kat bazar ramadan..baju raya ke, songkok ke...berbaloi juga dari iklan takdak pedaah ni..
.
Quote hyunniesSS501 20-4-2021 11:05 AM
Marketing berjaya.
Bleh survive dah dlm industri

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.059712 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top