CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda Maut Ditikam Kekasih

15-4-2021 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16990| Komen: 91

Description: IPOH: Seorang wanita ditemui mati dengan kesan tikaman di badan di rumahnya di Taman Perpaduan, dekat Ipoh, pada Rabu malam.
IPOH: Seorang wanita ditemui mati dengan kesan tikaman di badan di rumahnya di Taman Perpaduan, dekat Ipoh, pada Rabu malam.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, K Krishna, 31, ditemui mati akibat kecederaan parah dipercayai ditikam seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata polis menerima panggilan mengenai kejadian daripada jiran mangsa yang memaklumkan berlaku pergaduhan di antara mangsa dengan seorang lelaki.

Foto: Berita Harian

"Apabila pihak polis datang untuk buat siasatan didapati terdapat satu lelaki dan satu perempuan berdarah di dalam rumah.


"Apabila kita jalankan siasatan didapati terdapat beberapa tikaman pada tubuh badan wanita tersebut dan juga terdapat beberapa tikaman juga daripada tubuh badan si lelaki.

"Suspek lelaki ini telah kita hantar kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut disebabkan oleh beberapa tikaman.

"Kita tidak pasti sama ada tikaman tersebut dilakukan oleh wanita si mati tu ataupun dia cuba bunuh diri," kata Anuar.

Menurutnya, polis turut menemui senjata pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Polis akan memanggil beberapa saksi termasuk dua anak mangsa yang berusia 6 dan 8 tahun bagi membantu siasatan.

Lelaki berusia 23 tahun itu dilaporkan telah beberapa kali mengganggu mangsa dan pernah ditangkap polis pertengahan Mac lalu kerana menceroboh rumah mangsa.

Setakat ini, polis mengesyaki kejadian itu berpunca daripada masalah hubungan di antara pasangan kekasih.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cupu 15-4-2021 09:14 AM
Ganasnya...gaduh bertikam tikaman...anak pulak kecik lg...masalah apa ni..tp sah2 jantan tu jahat..ceroboh rmh org.xkeje....sian dkt anak.trauma la nant yg bsr tu dgr mak gaduh nangis.
Quote jazaa100 15-4-2021 09:20 AM
kesian ank ank.....

kecik lg pulak tu
Quote Supersirap 15-4-2021 09:21 AM
Apa nak jadi dengan si pelaku ni, semoga mendapat hukuman yang setimpal
Quote SweetRehan 15-4-2021 09:26 AM
Kesian anak2nya...diorang lihat sendiri Ibu dibunuh...trauma bebudak tu...dah la kecik2 lg
Quote sukacactus 15-4-2021 09:30 AM
Berkerut kening sku tgk pic mangsa
Ank2 yg jd saksi apatah lg
Trauma sepanjang hayat kot
Quote watymuchaz 15-4-2021 09:33 AM
Mesti trauma budak tu.
Quote Budakmomok 15-4-2021 09:34 AM
trauma la anak-anak
Quote rikiruj 15-4-2021 09:36 AM
Yang difahamkan mangsa dah pernah buat polis report diganggu suspek.  Takde restraining order? takkan untuk sekadar record je.  Harap pihak berkuasa ambil serious kes2 macam ni.. orang jenis gila talak ni memang semacam, depa sangat possessive dan boleh buat perkara2 luar batasan.
Quote chauky314 15-4-2021 09:37 AM
alahai siannya... sahih bf tu nak duit jek....
Quote little_sis 15-4-2021 09:37 AM
Ngeri siot.. ada berita susulan x  ni
Quote saviour_09 15-4-2021 09:39 AM
stalker?

kesian anak2
Quote chandrahusin 15-4-2021 09:49 AM
jgn nnt anak2 plk jadi dendam
Quote adeqbun 15-4-2021 09:58 AM
kesiannya budak2 tu..xpsl jd yatim..huhuhuhu..dh la traima..terhiris jari pon kite x sggup tgk..ni pulak kene tikam..
Quote sarah82 15-4-2021 09:58 AM
Kesian kat anak2 mangsa.. Semoga budak2 ni tak trauma
Quote ainonymous 15-4-2021 09:59 AM
kesiannya anak2 kecik tu. sedihhhh trauma dan hilang ibu sebab jantan sial bunuh mak dia
Quote hazzy0304 15-4-2021 10:04 AM
mangsa kerja kt rumah orang2 tua,, mesti sejenis perempuan yang penuh kesabaran ni ...

jantan yg problem kot, x kije pulak tu, nk pow duit la tu gaknye...

apa nak jadi dengan dunya sekarang ...

Quote nipskacang 15-4-2021 10:05 AM
Ya ampun obses ke ni. Kesian nye kat anak2 tgk bnde cmni.
Quote melly 15-4-2021 10:05 AM
Kesian kat anak2 yg masih kecik. Allahu
Quote luvemedaa 15-4-2021 10:17 AM
Takziah. kesian pada anak2 dia
Saiko giler jantan tu.

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.054283 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top