CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Bukan Muslim, Tapi Aku Tak Pernah Lupa Bayar Zakat Harta, Fitrah" - Chandra

15-4-2021 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4540| Komen: 24

Description: KUALA LUMPUR: Mempercayai prinsip bahawa setiap sen yang dibelanjakan untuk kebaikan dan manfaat orang lain akan menambah rezeki si pemberi membuatkan Chandramogan Jasingo tidak pernah lokek untuk mem ...
KUALA LUMPUR: Mempercayai prinsip bahawa setiap sen yang dibelanjakan untuk kebaikan dan manfaat orang lain akan menambah rezeki si pemberi membuatkan Chandramogan Jasingo tidak pernah lokek untuk memberi sumbangan.


Rezeki yang diterimanya juga lazimnya dikongsi kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira latar agama, bangsa, keturunan atau kelas masyarakat.

Justeru, tidak hairanlah kenapa Chandramogan atau lebih mesra disapa Chandra turut menunaikan ‘tanggungjawab’ membayar zakat fitrah setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Berusia 40 tahun, dia yang juga penganut agama Hindu mula menyalurkan pembayaran fitrah melalui Lembaga Zakat Negeri Kedah sejak 10 tahun lalu.

Tidak hanya melunaskan pembayaran fitrah, Chandra, juga tidak terlepas daripada mengeluarkan zakat harta benda setiap tahun.


Foto: Awani


Kata pengurus di sebuah syarikat insurans itu, kepayahan dan kesulitan hidup yang pernah dilaluinya suatu masa lalu menjadi titik permulaan padanya untuk memahami konsep serta nilai yang ada di sebalik pembayaran zakat fitrah.

Menurut Chandra, pengalaman silam benar-benar mengajarnya keperitan hidup dalam serba kekurangan.

“Hidup saya dulu bukanlah senang sebab itu saya sangat faham macam mana kehidupan sebagai orang susah.

“Saya juga dibesarkan di persekitaran budaya orang Melayu dan agama Islam, jadi agama Islam dan budaya orang Melayu bukan perkara asing dalam kehidupan kami sekeluarga,” ujar Chandra yang fasih berbahasa kebangsaan dalam perbualan dengan Astro AWANI pada Rabu.

Kesediaan Chandra secara sukarela membayar zakat fitrah dan harta juga selepas dia memahami bahawa bukan sahaja agama Islam, bahkan kepercayaan-kepercayaan lain juga sentiasa menuntut penganutnya berbuat baik sesama manusia.


Foto: Awani

Chandra yang masih bujang memberitahu dia pernah membaca buku mengenai sejarah agama Hindu, Islam serta Budha dan melalui bacaan itu, banyak hal mengenai setiap kepercayaan itu diketahuinya.

“Saya juga baca apa yang terkandung dalam hadis dan saya rasa kesemuanya menyuruh kita untuk membantu orang yang susah.

“Tidak rugi kalau kita berbuat baik atau tolong orang lain… percayalah Tuhan akan menambah rezeki kita dalam setiap sedekah, derma atau bantuan kita pada orang lain, yakinlah,” kata Chandra yang tidak henti-henti mengucapkan syukur kerana rezeki yang dipanjangkan kepadanya tidak pernah putus.

Berdasarkan bacaan dan pemahamannya juga, Chandra sentiasa meningatkan dirinya bahawa dalam setiap rezeki yang Tuhan berikan kepada setiap manusia, ada sebahagiannya milik orang lain.

“Kita kena ingat bahawa setiap rezeki yang kita perolehi itu bukan 100 peratus milik kita… di dalamnya ada bahagian hak orang lain.

“Jadi jangan takbur dengan harta-harta yang kita ada, itu semua Tuhan bagi pinjam pada kita sahaja dan Dia akan ambil (bila-bila masa) jika Dia mahu,” kata Chandra memberi takrifan pada maksud rezeki yang ditakdirkan pada setiap manusia.

Mengambil tanggungjawab membayar zakat fitrah dan harta juga, kata Chandra yang membesar di Kuala Ketil, Kedah adalah kerana berpegang pada nasihat ibunya yang tidak pernah putus berpesan agar sentiasa membantu orang lain yang dalam kesusahan apabila sudah berjaya.

“Dulu saya kerja kilang selama 10 tahun, bawa kereta Proton Saga model 1985, kadang-kadang kereta tersadai di tepi jalan sebab saya tak mampu nak isi minyak,” kata penggemar lagu-lagu ‘rock kapak’ Melayu era 90-an

Itu sambil mengenang kisah sedihnya.

Usai melunaskan pembayaran fitrah pada hari kedua Ramadan, Chandra berkongsi resit pembayaran itu di akaun media sosialnya diringi kapsyen yang menyentuh hati sebilangan besar netizen.

“Syukur Alhamdulillah masih bernyawa menunaikan tanggungjawab sebagai salah seorang umat di muka bumi,” demikian nota yang mengiringi gambar yang dikongsi Chandra di akaun Facebooknya.

Kecenderungan Chandra juga sering berkongsi pelbagai potongan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis serta nasihat di akaun Facebooknya juga sering mendapat pujian warganet. -CARI

Sumber: Awani

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 15-4-2021 11:05 AM
Banyak kali betul sebut rezeki yang Tuhan bagi. Kalau sebut Allah bagi tak boleh ka? Ka kena minta kebenaran mahkamah
Quote zonan4 15-4-2021 11:08 AM
tak boleh sebab aku tak bagi....
Quote djzara81 15-4-2021 12:04 PM
Semoga bro dpt hidayah. Apa yg dia cerita tentang diri dia, almost mcm org Islam. Tinggal nk ucap kalimah syahadah.
Quote Sham143 15-4-2021 12:23 PM
Semoga tuan dimurahkan rezeki dan mendapat hidayah dari Allah..
Quote teky 15-4-2021 02:28 PM
bukan kewajipan untuk mereka yg bukan beragama islam..

tpi lhdn terima tak waktu nak set off kan dengan tax?
Quote hatikudus 15-4-2021 03:02 PM
spesis yg jarang ditemui
Quote brown_pupil 15-4-2021 03:07 PM
teky replied at 15-4-2021 02:28 PM
bukan kewajipan untuk mereka yg bukan beragama islam..

tpi lhdn terima tak waktu nak set off kan  ...

terima kot.. consider under donation.
Quote Decaffeinated 15-4-2021 03:13 PM
brown_pupil replied at 15-4-2021 03:07 PM
terima kot.. consider under donation.

Donation cuma dapat relief

Zakat dapat full rebate
Quote brown_pupil 15-4-2021 03:20 PM
Decaffeinated replied at 15-4-2021 03:13 PM
Donation cuma dapat relief

Zakat dapat full rebate

tapi since dia ada resit zakat, boleh je claim as zakat kan?

kalau lhdn nak argue pun, janji ada resit..
Quote pyropura 15-4-2021 03:44 PM
hatikudus replied at 15-4-2021 03:02 PM
spesis yg jarang ditemui

Mungkin dia tak tau yg. dia tu hanyalah sebatang kayu api neraka
Quote Buritan 15-4-2021 03:56 PM
Decaffeinated replied at 15-4-2021 11:05 AM
Banyak kali betul sebut rezeki yang Tuhan bagi. Kalau sebut Allah bagi tak boleh ka? Ka kena minta k ...

Itu sbb dis chandra ni tahuuu dan fhm konsep... lsgi senang berckp dgm org bkn islam yg menghormati berbanding berckp dgn isle tp acah acah faham isle tp haukkk.. jantina pun dia tak pasti inikanplk kenal dgn Tuhan.. koh koh
Quote Buritan 15-4-2021 03:58 PM
djzara81 replied at 15-4-2021 12:04 PM
Semoga bro dpt hidayah. Apa yg dia cerita tentang diri dia, almost mcm org Islam. Tinggal nk ucap ka ...

Kswan aku cina ade sorang mcm nii.. mmg sgt sgt menyenangkan.. baik hati.. selalu sgt ckp alhmdlh.. insyaaallah.. bila aku tanye whyyyy sebut ayat tuu.. dia ckp konpom ingat punyala takkan lupe kalo sebut insyaallah.. tp member aku tuu atesttt.. aku pun tak pernah la plk ajak masuk isle pungg..
Quote Buritan 15-4-2021 03:59 PM
pyropura replied at 15-4-2021 03:44 PM
Mungkin dia tak tau yg. dia tu hanyalah sebatang kayu api neraka

Kande sbtg kayu api kahh.. tanye je jgn marah.. koh koh
Quote pyropura 15-4-2021 04:02 PM
Buritan replied at 15-4-2021 03:58 PM
Kswan aku cina ade sorang mcm nii.. mmg sgt sgt menyenangkan.. baik hati.. selalu sgt ckp alhmdlh. ...

Cina mane ade yg.baik, kan semue nye same, kuminis Dapig  
Quote pyropura 15-4-2021 04:02 PM
Buritan replied at 15-4-2021 03:58 PM
Kswan aku cina ade sorang mcm nii.. mmg sgt sgt menyenangkan.. baik hati.. selalu sgt ckp alhmdlh. ...

Cina mane ade yg.baik, kan semue nye same, kuminis Dapig  
Quote Buritan 15-4-2021 04:04 PM
pyropura replied at 15-4-2021 04:02 PM
Cina mane ade yg.baik, kan semue nye same, kuminis Dapig

Taklaa kande.. kande punbaik.. cuma hitam ajo.. koh koh
Quote cmf_premierleag 15-4-2021 04:06 PM
uols ke ni????
@chandrahusin
Quote chandrahusin 15-4-2021 04:14 PM

bukan -
aku igt tadi Chandrasekaran kwn ofis aku dulu tu
pun bukan jgk
Quote addved 16-4-2021 12:48 AM
Semoga dapat hidayah untuk terima Islam

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.341863 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top